Perhatikan Bulan
15 August 2014 ? 1 Bismillah ?
`` Selalukah kita melihat bulan mengambang ? Saya suka apabila bulan mengambang . Saya akan terasa seperti itulah makhluk terindah di dunia yang pernah saya lihat . Cantik, berseri, dan sinarnya menyenangkan . Namun, ada sesuatu yang besar saya dapati semasa memerhatikan bulan yang indah itu `` °BULAN YANG HODOH° Bulan . Walaupun indah, tetapi kita,mengetahui hakikat dirinya . Bulan adalah sejenis makhluk yang tidak mempunyai kehidupan di dalamnya . Tidak mempunyai air, tiada oksigen, berwarna kelabu hodoh, penuh berdebu dan banyak lekak-lekuk . Hakikatnya, bulan tidak menarik. Jadi, apakah yang membuatkan kita terpukau dengan bulan semasa bulan mengambang ? "Cahayanya" . °BULAN TANPA MENTARI GELAP & HODOH° sekiranya tidak memantulkan cahaya mentari, bulan hanya,makhluk hodoh yang buruk . Begitulah manusia, apabila tidak memantulakan Islam dalam kehidupannya, hanya menjadi mereka yang rugi. Allah s.w.t menyatakan dalam surah Al Imran ayat 85 yang bermaksud : `` Sesiapa yang mencari jalan hidup selain Islam, maka tidak akan diterima segala amalannya, dan dia di akhirat kelak tergolong dalam kalangan orang yang rugi `` Bagaimana pula dengan kita ? Hendak kekal hodoh ? Ataupun hendak bersinar indah seperti bulan ? Bersinar indah seperti di hadapan Allah s.w.t yang mempunyai nama Ar Rahman . ° JADILAH SEPERTI BULAN ° Hakikatnya kita perlu mengambil pengajaran daripada bulan . Ketahuilah kita ini manusia. Banyak kekurangan . Kita hodoh dan buruk hakikatnya dihadapan Allah s.w.t . Sangat kerdil, lemah dan hina . Itulah hakikat kita . Tetapi, apakah yang menjadikan seseorang itu benar-benar mulia ? `` Islam `` Mari kita lihat Rasulullah s.a.w . Baginda miskin orangnya, pakaian Baginda ada yang berjahit, dan rumah Baginda kecil . Tetapi, mengapa Rasulullah s.a.w ini menyenangkan ? Mengapa sesiapa yang melihatnya akan terus jatuh cinta dan tertawan ? Sekiranya diperhatikan, kelebihan Baginda adalah pada akhlaknya yang halus . Hal ini kerana Baginda mempunyai peribadi yang indah . Dan peribadi Baginda itu , adalah pantulan daripada hakikat Islam yang sebenar . Saidatina Aisyah r.a. berkata ``Akhlak Rasulullah s.a.w. itu adalah Al Quran`` ..
PERSAHABATAN
24 December 2013 ? 0 Bismillah ?
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Persahabatan adalah satu hal yang sangat penting dalam kehidupan kita selain keluarga, karena Sahabat dalam hal tujuan & persepsi yang sama dengan kita. Maka berbahagialah mereka sampai saat ini yang mempunyai seseorang yang bergelar SAHABAT.
Kadang diwaktu kita berduka, diwaktu kita bersedih, tiada sesiapa disisi. Ibu, Ayah, Kakak, Abang, Adik semua dengan hala tuju masing-masing, yang kita ada hanya Sahabat. Sahabatlah tempat kita meluahkan segalanya diwaktu kita keseorangan.
Kadangkala juga, hanya Sahabat yang boleh buat kita ketawa, gembira & bahagia. Tanpa seorang Sahabat, mungkin kita akan kesepian. Cuba kalian fikir, sejak dari kecil, kalian hanya duduk sahaja dirumah, tidak keluar, bermain bersama rakan, perasaan anda? Di saat itulah kesedihan, kebosanan mulai menghantui.
Ada orang kata, "Sahabat yang sebenar adalah yang membawa ke syurga, yang kala dilihat wajahnya teringat kita akan dia, yang jika kita jatuh ke neraka dia akan menarik kita, yang redha-nya menjadi asbab persahabatannya bersama kita". Seandainya kita mempunyai seorang sahabat yang berjiwa besar seperti itu. Adakah ia benar-benar ada?
Suatu persoalan yang masih tertanya-tanya. Ada juga orang berkata, "Di-manakah kebahagiaan tiu terletak'? Kebahagiaan tidak dapat dilihat oleh mata, tapi ia dapat dirasa oleh hati. Insyaallah, kebahagiaan akan muncul pabila hati kita berada didalam ketakwaan terhadap Allah S.W.T
Terdapat 2 jenis sahabat, yang pertama, sahabat yang membawa kita ke syurga, yang kedua, sahabat yang membawa kita bergaul dengan hidup yang bebas, bersosial dan tidak menjaga tata tertib agama islam. Kita hendaklah bijak mencari kawan. Ada juga sahabat yang talam dua muka. Didepan baik, Dibelakang buruk. Manusia macam itu, kalau dah berbau busuk macam bangkai, pakailah wangian banyak mana sekalipun, akan tetap sama baunya.
Tapi sejahat mana pun dia, kita hendaklah memaafkannya. Sedangkan Nabi Muhammad S.A.W yang lagi teruk kena oleh orang sekeliling, dilemparkan tahi unta, dibaling dengan batu, semua itu jika terkena pada kita, pasti kita tidak akan memaafkannya, tetapi Nabi Muhammad walau sejahat manapun orang yang berkelakuan buruk padanya, dia tetap maafkan.
Jadi, berdoalah, agar kita ditemukan dengan orang yang benar-benar ikhlas untuk menjadi sahabat kita. Sedangkan permintaan iblis yang ingkar itupun Allah makbulkan, apalagi kita yang serba kekurangan. Berdoalah, agar kita dapat kebahagiaan yang selama ini kita tercari-cari.
Ahlan wa Sahlan Hijrah (Bahagian 2)
27 May 2013 ? 0 Bismillah ?
16 Mac
2011
“Aku
nak berubah.”
“Eh.
Hmmm. Aku mimpi ke ni?” Thoriq menepuk mukanya berulang kali. Dalam hati kecilnya,
dia percaya dengan sahabatnya itu. Cuma, dia mahu menguji.
“Tak.
Kau dah bangun lama dah. Aku serius nak berubah ni.” Mustaqim bernada serius.
“Alhamdulillah.
Bersyukur sangat sebab mak cik hidayah dah ketuk hati kau”
“Eh,
mak cik hidayah ? siapa ni ? kau ni. Tiba-tiba mak mak cik hidayah pulak!”
“Hidayah
lah sahabat ! aku berkias je tadi. Hidayah Allah dah ketuk pintu hati kau.”
“Boleh
kau tolong aku bagi mak cik hidayah ni masuk dan jadi penghuni tetap hati aku?”
“Sebagai
saudara seagama itu tanggungjawab aku. Sebagai seorang sahabat semestinya aku
Bantu sehingga di saat akhir nafasku. “Sayonara Jahiliah ! Ahlan wa Sahlan
Hijrah ! ”
“cehh
ayat. Haha. Syukran sahabat. Kau memang besttt ! yeahh !”
2 September 2011
Sebaris
kerusi di hadapan wad 303 Hospital Tunku Ampuan Afzan dipenuhi dengan sanak
saudara dan kaum kerabat. Kelihatan Hajah Puan Norain, ibu kepada Abdul Rahman,
mundar mandir di hadapan pintu masuk wad.
Di suatu ruang lain dalam tempat yang
sama, kelihatan seorang pemuda begitu khusyuk mengadu dan merintih kepada
Rabbnya. Dia berdoa dan memohon kepada tuhannya dalam syahdu. Begitu khusyuk.
Hanya dia dan Penciptanya.
“ya
Allah, hamba memohon kepadamu, permudahkanlah urusan sahabat hamba. Ringankan
penderitaannya, hapuskan dosanya ya Allah. Jika bertemu dengan-Mu adalah yang
terbaik buatnya, hamba Redha ya Allah. Hamba tidak sanggup melihatnya
menderita. Namun, hamba tidak pula sanggup menerima ketiadaannya di sisi hamba.
Maka, Engkau kuatkanlah hati hamba dalam menerima segala ketentuan-Mu. Hamba
bertawakkal kepada-Mu ya Rabb.”
Kemudian
doanya diakhiri dengan selawat.
31 Ogos
2011
“Mus,
penghijarahan kau ni kau kena kekalkan tau. Walaupun aku dah tak ada di sisi
kau.” Thoriq bersuara sambil melakukan beberapa renggangan badan setelah penat
bejoging.
“Insya-Allah.
Aku berubah ni semua kerana Allah. Aku akan pastikan ia kekal. Dengan izin
Allah.”
“Alhamdulillah.
Aku percaya kau boleh jadi da’ie moden. Berdakwah menegakkan panji-panji islam.
Menyeru ummah yang semakin merisaukan. Tapi satu aku nak pesan.”
“kau ni.
Kenapa lain macam je ? hmm. Apa dia ?”
“Mmm,
jangan sesekali berasa riak. Segala amal kita boleh terhapus dengan adanya
riak. Jangan putus asa. Jangan sesekali. Kau kena kuat walaupun dapat tohmahan
keji ketika berdakwah. Jadikan Rasulullah s.a.w sebagai model untuk kau
menyebarkan dakwah. Boleh ?”
“Insya-Allah.
Aku semat kata-kata kau dalam hati aku sahabat. Rasulullah telah aku jadikan
idola aku. Semoga kita sama-sama dapat mencontohi baginda dan ditetapkan hati
untuk berada di lebuh raya dakwah ini.”
“Mungkin
kebersamaan kita tak lama. Insya-Allah.” Thoriq terus meneruskan larian.
Manakala, Mustaqim masih terkial-kial menafsir maksud di atas kata-kata
sahabatnya itu. Dia berasa bingung dan aneh. Akhirnya, dia meneruskan larian.
1
September 2011
Kringg kringg kringgg.
“Abanggggg,
angkat telefon tu. Mungkin nenek.” Puan Sumaiyyah menjerit dari dapur.
“Iya
ummi !” Laung Mustaqim. Dia berhenti bermain dengan adik bongsunya yang baru
berumur 3 tahun. Segera dia berlari mendapatkan panggilan.
“Allah.
Lambat. Hmm tunggu kejap. Jap lagi mesti dia call balik.” Mustaqim berdiri di
samping telefon.
Kringggg
krii…….
“Assalamualikum.
Nak bercakap dengan siapa ?”
“Wa’alaikumussalam
w.b.t. Hmm… Ini Mustaqim ke ?” Suara lelaki tua yang seolah dikenali menyapa ke
telinga. Suara itu seolah menahan sedu-sedan tangisan.
“Iya
saya. Hmm, ini Pak cik Ra’is ya ?” Mustaqim menjawab teragak-agak.
“Ya ni
pak cik nak. Mus, boleh tak Mus datang ke Hospital Tunku Ampuan Afzan dengan
keluarga sekarang ?” Terdengar begitu sebak sekali suara tua itu.
“Insya-Allah
boleh pak cik. Mus lapang sekarang ni. Tapi pak cik, siapa yang sakit ya ?”
Walaupun berat, Mus tetap mahu bertanya.
“Hmm..
Thoriq. Dia sedang nazak sekarang. Dia mohon pak cik telefon kamu. Dia nak
jumpa kamu buat kali terakhir katanya.” Ternyata semakin syahdu suara tersebut.
Mustaqin mendengar esakan yang kuat.
Dada
Mustaqim berdebar semakin kuat. Lutut dan tangannya menggigil, air mata
mengalir deras tanpa sebarang isyarat. Terus mengalir tanpa diminta. Mujurlah
telefon masih ditekap pada telinganya.
“Mus,
Mus, Mus, pak cik faham perasaan Mus. Pak cik mohon maaf tak beritahu Mus dari
awal. Ini semua atas permintaan Thoriq. Pak cik harap Mus datang ya. Thoriq
berharap sangat. Kabulkan permintaanya, mungkin ini permintaan terakhir Thoriq
pada kita.”
Tuttt
tutt tutt. Talian diputuskan. Mustaqim segera berlari mendapatkan kunci kereta.
2
September 2011
“Ummi,
Abi, mana Mus ? baru tadi Mus suapkan abang air.” Thoriq bersuara lemah. Segala
alat bantuan pernafasan telah di cabut. Hal ini kerana mereka tahu bahawa
peluang Thoriq untuk hidup seperti biasa amatlah tipis. Mereka tahu Thoriq akan
dijemput Ilahi.
“Mus di
surau nak, mesti dia tengah doakan Thoriq sekarang. Sekejap lagi dia datang lah
tu.” Puan Norain memujuk dengan tabah.
Kriukkkkkk
krukkk
Bunyi
pintu memecah kesunyian sebentar tadi. Terlihat jelas di mata Thoriq sesusuk
tubuh yang amat di sayanginya. Mustaqim. Sahabat yang akan dia tunggu di
syurga.
“Mus,
terima kasih.”
“Eh,
terima kasih untuk apa ni ? aku baru je masuk, kau dah cakap terima kasih.
Haha..”
“Hmm.
Terima kasih sebab kau sudi jadi sahabat aku.”
“Alhamdulillah.
Sama-sama. Tapi, aku sebenarnya yang patut berterima kasih dekat kau. Kau banyak
tolong aku. Kau tolong aku keluar dari zaman jahiliah. Kau ajar aku erti hijrah
dan kau bombing aku ke arahnya. Kau sahabat sejati aku Thoriq.” Sebak di dada
hadir kembali.
“Mus,
kau sahabat aku dunia akhirat. Aku tunggu kau kat syurga. Kau kena sediakan
bekal banyak-banyak dekat dunia ni untuk jumpa aku kat sana tau.” Terpancar sinar dari muka Thoriq
meskipun dia dalam keadaan lemah tak bermaya. Mungkin itu fadilat atas al-quran
yang dihafalnya. Wallahu’alam.
“Insya-Allah
Thoriq. Insya-Allah. Hmm, Insya-Allah. Kau kena tunggu aku tau. Aku mesti
datang. Kat sana ,
kita dah tak perlu berpisah dah. Biar ukhwah kita kekal ke jannah.” Mustaqim
menjawab tersekat-sekat sambil diiringi linangan air mata sehingga terkena pada
wajah Thoriq. Thoriq kemudiannya menghapus lembut airmatanya.
Thoriq
menggenggam erat tangan Mustaqim. Diselitkan dalam tangan Mustaqim sebuku kecil
penemannya sepanjang hidupnya.
“Kau
jaga ma’thurat ni elok-elok ya Mus. Amalkannya. Biarlah ia menjadi pengganti
aku. Jadikan ia sahabat baik kau. Ini amanah sepanjang hidup kau tau. Janji
dengan aku ?”
“Aku
janji thoriq. Terima kasih.” Mus tersenyum. Thoriq membalas senyuman tersebut.
Seterusnya,
Thoriq meminta untuk berjumpa dengan seluruh keluarganya. Terutama, kedua ibu
bapanya. Mustaqim segera mendapatkan mereka.
“Sila
tunggu di luar sebentar ya. Kami akan menjalankan tugas. Serahkan pada kami
namun, jangan berhenti berdoa kepada Allah. Tawakkallah kepada-Nya. Hanya dia
penentu segalanya.” Doktor Imran bersuara.
“ya
Allah. Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Aku redha jika Engkau ingin
mengambilnya sekarang. Ambillah Thoriq secepat yang mungkin ya Allah. Aku tidak
sanggup melihat dia menderita sebegitu. Sudah cukup lama dia menderita. Aku
redha ya Rahman.”
Dia baru
sahaja tahu bahawa Thoriq menghidap barah harti. Sungguh dia tidak menyangka
Thoria yang periang dan lasak ketika bergaul dengannya menghidap penyakit yang
kronik. Pak cik Ra’is memberitahu, Thoriq memang sengaja merahsiakan ini semua.
Dia tidak mahukan simpati dari orang sekeliling.
Setelah hampir
satu jam, doktor keluar dari wad kecemasan.
“Saya
harap keluarga Thoriq terima ketentuan Allah ini. Saya harap awak semua dapat menerima
bahawa ternyata Allah lebih menyayangi Thoriq berbanding kita. Semo,,,,”
“Allahu
akbar ! Thoriq, anak ummi ! Thoriqqqq !” Puan Norain bagai hilang arah.
“sabar
ain, jangan meratap. Terseksa arwah kat sana .
Ain tahu kan
apa hukum meratap di atas kematian. Mengucap. Istighfar. Redha. Allah tahu apa
yang terbaik buat hamba-hambanya. Kita kena ikhlas. Thoriq hanya pinjaman untuk
kita. Dia milik Allah. Kita kena terima.”
Hj Rai’s
memujuk. Terlihat tenang sekali pemimpin keluarga itu. Begitu redha dengan
segala ketentuan Penciptanya. Di satu sudut yang lain, Mustaqim terduduk. Air
matanya bercucuran laju. Namun, dia redha.
Mayat
arwah Thoriq terlihat begitu tenang sekali mukanya. Seolah-olah ada ‘nur’ yang
terpancar dari muka arwah. Seperti dia sedang tidur dan akan bangun kembali.
Namun, itu hanya harapan kami yang pasti ia tidak akan terjadi.
Semua
orang yang melihat muka arwah kembali tenang. Tidak ada sudah mereka yang
meraung, meratap dan menangis tanpa arah. Termasuklah Mustaqim. Dia kini redha
dengan sepenuh hati dan perasaan rindunya membuak-buak untuk berjumpa dengan
Thoriq kembali. Di sana .
Dia tersenyum sehinggalah muka arwah ditutup dengan seputih-putih kain.
2
Februari 2012
“Mustaqim,
mari. Flight pukul 2. Elok rasanya kita bergerak ke lapangan sekarang.” Murabbi
Azmi mengajak.
“Baiklah.
Mari.” Mustaqim tersenyum sambil bangun dari kerusi. Kerusi di sebuah tasik
kegemaran arwah sahabat baiknya.
Dia kini
telahpun memperoleh keputusan yang amat cemerlang dalam peperiksaan SPM. Dia
bersama akhi Azim bersama-sama melanjutkan pelajaran ke Jordan bagi mengambil jurusan kedoktoran di
salah sebuah universiti di sana .
Andai Thoriq masih ada, pasti mereka bertiga bersama-sama ke sana sekarang…
**********************************************************************************************************
-TAMAT-
-TAMAT-
Ahlan Wa Sahlan Hijrah (Bahagian 1)
12 April 2013 ? 1 Bismillah ?
Bismillahirrahmanirrahim...
“…Insaflah wahai SAYA bin IBU SAYA,bahawasanya mati itu adalah
benar,
Soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur adalah benar,
Bangun dari kubur dan dihidupkan semula adalah benar,
Dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar,
Minum di kolam air Kautsar adalah benar,
Syurga dan Neraka adalah benar,
Bahawasanya hari kiamat tetap akan tiba juga,
Begitu juga Tuhan yang Maha Kuasa akan membangkitkan semula
orang-orang yang berada di dalam kubur.
Diakhirnya,kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu
disisi Allah Taala…”
………
Tatkala bait-bait akhir talqin dibacakan,maka gugurlah air mata
Muhammad Mustaqim bin Abdul Rahman.Dengan dada yang berombak,tidak dapat
Mustaqim hayati bait-bait seterusnya akibat emosi yang amat berkecamuk ketika
itu.Akhirnya,Mustaqim rebah di atas riba ibunya.
******************************************************************************************
******************************************************************************************
7 Januari 2011
“Eh Mus..Hari ini ada budak baru masuk..kau tahu tak?” ujar Jal.
“Ada kena mengena dengan aku ke dia masuk atau keluar?” Mus
menjawab.
“Aduh kau ni.Manalah tahu satu kepala dengan kita.Boleh jadi ‘geng’.”
Jal mencebik.
“Apa-apa je lah kau ni Jal.Malas aku nak layan!.” Mus melangkah
malas keluar dari kelas.
“Hoi Mus! Kau nak pergi mana? Waktu rehat pun belum tiba lagi!” Rijal
melaung.
semua pelajar tingkatan
Lima As-Siddiq menoleh ke arah Rijal akibat terkejut akan laungannya sebentar
tadi.
“Macam biasalah…” Mustaqim mengangkat tangan sambil meneruskan
langkahnya.Rijal mengangguk tanda faham mengekori langkah Mustaqim.
Dia
benar-benar memahami.
*******************************************************************************************
14 Januari 2011
“Kenapa kau suka lepak sini waktu subjek kimia?kau tak rasa rugi
ke?.Tambahan kita kan nak SPM tahun ini.” Thoriq menggunakan kata ganti nama ‘aku’
dan ‘kau’.Dia akur menerima syrat yang dikemukakan oleh Mus untuk berkawan
dengannya.Dia ingin memimpin Mustaqim ke jalan yang seindah namanya,’Mustaqim’.Ikhlas
dari lubuk hatinya.
“Aku bukan duduk jauh-jauh pun.Tepat-tepat belakang kelas kita.Aku
dengar apa yang cikgu cakap.Tak rugi pun.” Mus menjeling.
“Kau cakap tak rugi? Tak tengok muka cikgu kau cakap tak rugi? Kau
tahu tak betapa berkatnya pandang muka guru semasa mereka mengajar.” jelas Thoriq.
“Kau nak ceramah aku ke apa ni?” Mus mencebik.
“Agak-agak aku boleh jadi penganti UAI tak?” segera Thoriq mencari jalan untuk mendamaikan keadaan.
“Hehe.Boleh tahanlah.” Mus akur.
“Agak-agak aku boleh jadi penganti UAI tak?” segera Thoriq mencari jalan untuk mendamaikan keadaan.
“Hehe.Boleh tahanlah.” Mus akur.
Tanpa disedari,hakikatnya benih keinsafan sudah mula bercambah di
hati Mus.Mereka bertambah akrab.Mustaqim lebih senang bergaul dengan Thoriq
meskipun mereka tidak searah dan sesifat..
*******************************************************************************************
*******************************************************************************************
7 Januari 2011
*Krinngggg*
Loceng berdering menandakan
tanatnya waktu rehat bagi pelajar-pelajar Sekolah Menengah Sains Tun
Jaafar.Para pelajar sibuk memepercepat langkah menuju ke kelas masing-masing
bagi memastikan kehadiran mereka di kelas lebih awal berbanding guru mata
pelajaran selanjutnya selepas rehat.
Lain pula situasinya
dengan dua orang pelajar ini.Mustaqim dan Rijal mengambil langkah yang begitu
cermat dan teratur untuk kembali ke kelas,atau lebih jelas lagi,’santai’.Mereka
bernasib baik kerana Puan Rosnah tidak hadir ke sekolah pada hari tersebut.
“Hoi,siapa punya beg
ni?!” Mustaqim bersuara lantang sambil mengangkat beg sandang berwarna merah di
atas kerusi sebelah tempat duduknya.
“Bertenang Mus.Itu beg
budak baru kat kelas kita.Kau dah sedia maklum kan?” selaku ketua kelas,Adam Cuma
untuk menjernihkan keadaan.
“Itu aku tau,tapi kenapa mesti duduk sebelah
aku?” Mus membalas.
“Tempat ni je
kosong.Puan Misnah yang arahkan dia duduk di sini.Kau patut faham dengan
keadaan sekarang ni Mus.Kau tak boleh pentingkan diri sendiri.Takkanlah kita
nak biar budak baru tu duduk bersila kat lantai pulak?” Adam membalas matang.
“Baiklah.Dalam sebulan
dua ni aku terima.Sebulan saja tau.Tak lebih dan tak kurang.” Kata Mus
tegas.Dia kemudiannya mengambil langkah keluar dari kelas.
*******************************************************************************************
Malam itu Mustaqim
menghabiskan masa malamnya bersama rakan-rakan motornya.Mustaqim lebih gemar
bergaul dengan remaja yang lebih berumur darinya.Dia menganggap persahabatan
lebih bererti dengan banyaknya masa yang dihabiskan untuk berseronok
bersama.Hingga dia terlupa akan batas-batas syariat yang perlu dijaga untuk
menikmati sebuah keseronokan dalam persahabatan.
*******************************************************************************************
7 Januari 2011
“Kenapa kau ikut aku?” Mus menoleh ke
belakang.Dia menduga ada langkah yang mengekorinya.Ternyata benar kata
hatinya.Dia tidak selesa.
“Maaflah,saya tak tahu
nak ke mana.Saya masih belum arif akan selok belok sekolah ini.” Thoriq
menjawab sopan.
“Kau tak payah buat
muka kesianlah.Macamlah takde orang lain yang kau nak jadikan ikutan.” Mus
membalas.
“Saya lebih selesa
dengan kamu.Saya selesa duduk dengan kamu kat kelas.Jadi saya ekori kamu lah.”
“Kau tak bosan ke asyik
menghadap muka aku je separuh hari ini? Aku pun dah naik bosan menghadap muka
engkau.” Mus mencari jalan untuk menghindarinya.
“Tak..sama sekali
tak.Saya bersyukur dikurniakan sahabat seperti kamu.Walaupun kita tak rapat dan
kamu tak layan saya pun sepanjang sesi pembelajaran tadi,saya tetap bersyukur
kamu dapat terima saya.” Jawab Thoriq lembut.
“Dengan cara aku,kau
kata aku terima kau?!” Mus kembali melenting.
“Sebenarnya,cukup
dengan keizinan kamu memberikan saya izin untuk duduk di sebelah kamu buat saya
rasa macam tu.” Thoriq seorang yang berperwatakan sopan serta sentiasa
berfikiran positif.Dia sentiasa menerima denga reda segala ketentuan dan takdir
yang sudah ditetapkan oleh-Nya buatnya.
Mustaqim terus berlalu pergi.Mungkin dari
pandangan zahirnya kelihatan seolah-olah dia langsung tidak terusik dengan
kata-kata Thoriq.Namun,sudah takdirnya.Benih yang bercambah menjalani proses
seterusnya.Sedikir rasa kagum terselit dalam
hatinya memandang Thoriq.
*******************************************************************************************
8 Oktober 2011
Mustaqim bersandar di salah satu tiang
Masjid Jamek IV Shah Alam.Mathurat Suhgra di genggam erat.Satu persatu kenangan
dia bersama Thoriq diimbas laju.Dia menyandarkan dahinya ke atas lututnya.Air
mata merembes laju.Tidak tergambar rindu di hati terkenang sahabat sejati yang
sudah pergi.
“Tidak aku pinta sebarang simpati.Tidak
ada pengganti.Thoriq,andai kau ada di sini.pasti akan kau isi hati yang kosong
ini.Aku rindu nasihatmu,gurauanmu,madahmu.Kau sahabat sejati yang tidak lekang
mengajakku mengejar reda Ilahi.Mana akan ku temui sahabat seperti ini lagi? Semoga
kau bahagia di sana.Pasti kau sedang memerhati sungai-sungai yang mengalir
indah di bawah syurga sekarang ini ..” Mustaqim bermonolog.
*******************************************************************************************
5 Februari 2011
Pada malam itu,Thoriq bersetuju untuk
menemani Mustaqim.
“Ha,,dah sampai.Kau turun dulu.Aku nak
matikan enjin sekejap.” Arah Mustaqim.
“Betul ke ini tempatnya? Lain macam je aku
tengok.” Thoriq memusingkan kepalanya memerhati setiap sudut tempat.
“Iyalah.kenapa? apa yang tak kena? Tu haa,,budak-budak
tu awesome woo!”Mustaqim
memucungkan mulutnya kea rah mat-mat motor yang sedang bertenggek sambil
menghembus dan menyedut asap-asap rokok.Sungguh,menyesakkan pandangan.
“Err,,aku tak biasalah bergaul dengan
orang-orang macam ni.”
“Sebab tu lah aku ajak kau.Aku nak ajar
kau biasakan diri .Waktu remaja ni lah waktu paling sesuai untuk kita nikmati bilai
kehidupan.Enjoy life,It’s just once.”jelas Mustaqim.
“Salah tu.Hidup di dunia ni hanya
sementara sahaja.Akhirat jualah yang kekal selama-lamanya.Aku pegang kata-kata
ni.Aku nak senyum dekat akhirat nanti.Kat syurga sana.kau tak nak join aku ke?”
Thoriq memeluk erat bahu sahabatnya sambil tersenyum.
Mustaqim tersentak.
Benih
benar-benar sudah bercambah menjadi pucuk yang subur.
*******************************************************************************************
8 Oktober 2011
“Mustaqim,,Ya Mustaqim..Ya Mustaqim.” Seorang lelaki
berumur awal 20-an menepuk-nepuk bahu Mustaqim.
“Eh,Akhi.Dah lama sampai?”
Mustaqim menjawab teragak-agak.
“Masya-Allah.Apa yang enta fikirkan? Lebih
3 kali ana tepuk bahu enta.”
Mustaqim hanya tertunduk memandang
jauh jubin lantai masjid.
“Mari masuk ke dalam.Rasanya semua ahli
usrah dah dating.Hanya kita yang terlambat.”ujar Murabbinya.
Lelaki it uterus mengorak langkahnya
memasuki masjid dan diekori oleh Mustaqim.
*******************************************************************************************
7 Mac 2011
“Kenapa dengan kau hari ni Mus? Hodohlah
muka sepuluh sen kau tu,”
Mustaqim hanya tersenyum hambar
ibarat kerang busuk.
“Kau tak nak share dengan aku ke
Mus? Kita kan kawan.” Thoriq mempamerkan riak muka sedih.Memohon simpati.
Mustaqim tersenyum hambar lagi.
“Eh,,dah kenapa kau ni.stop sengih
sekarang!” Thoriq berasa ada ‘sesuatu’.
Papppppp!
Satu tamparan singgah di belakang badan
Mustaqim.Tamparan yang mungkin boleh membawa maut bagi pesakit jantung yang
kronik.
“Sakitlah wehh!.” Mustaqim membalas dengan
satu tumbukan kecil pada dada Thoriq.Hubungan mereka semakin akrab.
“Aduhh..”Thoriq merintih.Dia mengusap
dadanya beberapa kali.Sakit.
“Eleh kau,,nak buat drama lah
tu.Hurmm,,okaylah,aku takde mood lah.” Mustaqim mengeluarkan sekotak rokok dari
seluar jeans yang dipakainya.
“Stoplah Mus.kau nak mati cepat ke?”
tegas sindiran Thoriq.Kotak rokok dirampas.
“Ok.Kita tengok siapa yang mati dulu.Bagi
balik rokok aku.”
“Apa yang kau dapat daripada benda ni?apa
yang kau harap lepas dapat hisap benda ni?.” soal Thoriq.
“Aku stress.Aku dapat ketenangan lepas
hisap benda ni.Aku dah jawab.Pulangkanlah!.” marah Mus.
“Tak Mus,,itu perasaan kau je.Bisikan
syaitan semua tu.
“Mana kau tahu?kau tak pernah
hisapkan?kau tak akan tahu.” Persoalan yang cukup membuatkan Thoriq rasa
tertembak.
“Yakni mereka yang beriman dan hati mereka menjadi tenang dengan mengingati Allah.Ingatlah! sesungguhnya dengan mengingati Allah,hati akan menjadi tenang.” (Surah Ar-Ra’d 13:28)
“…..Sadakallahul Aziim..” Thoriq
membacakan surah tersebut berserta tafsirannya kepada Mustaqim.Thoriq merupakan
seorang Al-Hafiz sejak berusia 6 tahun.Namun,dia lebih gemar berahsia akan hal
ini.Dia tidak mahu dipandang tinggi.
Sekali lagi pucuk yang bercambah
mengeluarkan hasilnya.Bunga-bunga keinsafan sudah mula mekar.
*******************************************************************************************
8 Oktober 2011
Di dalam sebuah masjid kelihatan 15
bulatan terbentuk.Ia adalah ‘bulatan gembira’ buat mereka yang benar-benar
ingin mengejar rahmat-Nya.
“Mengapa Allah mematikan seseorang itu?”
Mustaqim tersentap.Tidak dia duga
Murabbinya bakal mengolah tajuk ini pada hari itu.
“Kerana Allah sayangkan mereka.Itu
berdasarkan apa yang orang-orang selalu cakap lah..HEHEh..”Abdul Rahman
menjawab.Dia merupakan ahli yang paling muda dalam bulatan usrah
tersebut.Umurnya sekitar 15 tahun mungkin.
“Na’am Abdul Rahman.Sudah sampai masanya
dia bertemu dengan Penciptanya,kita perlu terima.Tidak kira cepat atau lambat.Terima
dengan penuh ikhlas dan redha.Bersedia atau tidak,kita juga akan pergi.Kita
akan menyusuli dia.Kita semua bakal jenazah.”Murabbi Azmi mendiamkan diri
sebentar.Seakan-akan seperti menahan sesuatu.
“Ustaz,tiba-tiba ana rindukan akhi
Thoriq.Bagaimana agaknya keadaannya disana?”Abdul Rahman bersuara lagi
membuatkan semua ahli tertunduk.
“Allahu..Abdul Rahman,ana pun rindu sangat
dengan arwah.Wallahua’lam.Itu semua urusan Allah Taala.Semoga arwah ditempatkan
di kalangan orang-orang yang beriman.Ana rindu akan nasihat-nasihat dan untaian kata-kata hikmah
arwah.Arwah begitu baik.Sesiapa pun pasti terpikat dengan akhlaknya.”Murabbi
Azmi menjawab.
“Amiinn..” semua ahli mengaminkan
kata-kata Murabbi mereka.Masing-masing menahan sebak di dada.Lihatlah betapa
kuat ikatan ukhuwah yang terjalin diantara mereka.
Dalam bulatan yang sama,seseorang begitu
menahan gelora kencang yang berombak di dada akibat nafas yang tidak turun naik
kerana menahan sebak di dada.Tidak dapat ditahan,air matanya akhirnya melimpah
jua.Ahli-ahli yang lain hanya memandang dengan wajah yang sugul menyelami
perasaan yang sedang dirasai ‘dia’.
Murabbi Azmi memeluk tubuh Mustaqim erat sambil
berkata,”Semoga kita bertemu dengan Thoriq di Syurga sana.”
..........(bersambung)
*********************************************************************************************
Wan Aira Atika binti Wan Mazlan,
Tingkatan 5B,
Madrasah Al-Attas Al-Arabiah Johor.
Wasiat Para Pengharap:)
29 March 2013 ? 0 Bismillah ?
Assalamualaikum,,credit:) |
Satu suara daripada satu sosok tubuh pernah berkata kepada saya satu masa dahulu:
"Anakku,,apabila kamu sudah dewasa nanti,bagaimana kamu mahu berguna kepada agama,negara,masyarakat dan diri sendiri?.."
Kata-kata yang membina.
Cukup kuat untuk saya bulatkan tekad untuk membina satu perubahan.
Perubahan yang saya kira tidak akan sirna dengan izin-Nya.
Persoalan itu seolah-olah meletakkan satu tanggungjawab terhadap diri saya,di mana persoalan itu jelas ditujukan kepada nasib sesuatu bangsa di tangan anak-anak muda.Agak terkesan hati saya setelah menafsir kata-katanya yang cukup mendalam.Maka,saya mula bangkit untuk mencari apa-apa yang mungkin boleh saya sumbangkan.Orang kata,mahu menyumbang,mesti mahu ada duit.Namun,saya hanyalah seorang pelajar.
apa yang saya ada?
Kata akhuna Hilal Asyraff..bukan duit,duit yang sedikit juga tidak mengapa.Kita masih boleh menyumbang.
Maka,apa yang saya ada selain duit yang sedikit itu?
Ya! itu dia..saya ada kemahiran untuk menulis,dengan menulislah saya mampu menyumbang untuk masyarakat.Saya ada facebook's page,dan dengan medan itulah saya jadikan medium untuk saya menyumbang kepada masyarakat.Apabila saya sudah menyumbang dengan tidak menjadikan duit sebagai penyelesaiannya,maka saya tidak punyai keperluan untuk memaksa diri anda menjadi kaya duniawi semata-mata untuk menyumbang kepada dunia.Oleh itu,saya tidak akan rasa miskin.Bahkan,saya akan rasa lebih 'kaya' dengan jalan yang berbeza iaitu 'kaya ilmu yang boleh disumbangkan' kerana ilmu tidak akan berkurangan jika saya agih-agihkan,,,kan?
Kiai Syukron Ma'mun |
Kata kiai Syukron Ma'mun lagi.."Rumpun bangsa melayu masa hadapan tidak akan ditentukan oleh kami,para kiai.Bahkan ketentuan itu terletak di telapak tangan kamu.Maka,genggamilah tangan kamu sekuatnya,jangan biar nasib bangsa melayu itu sendiri terlepas dari landasannya sekarang."
Sekali lagi saya dapat rasakan hangatnya tanggungjawab di telapak tangan anak muda.Memetik kata-kata kiai itu lagi,
"Hijaunya nasib sesuatu bangsa tidak ditentukan oleh kami,para ulama'.Putihnya agamamu yang sedang kamu anuti ini yakni Islam,tidak diputihkan oleh kami,para kiai.Merahnya warna negaramu,tidak dicurahkan oleh kami,para habaib.Warna-warninya variasi warna masyarakatmu tidak dicorak oleh kami,para orang tua yang berada di hadapanmu ini!.Kami hanya memberikan kamu pena,maka dengan pena itulah kami tugasi kamu untuk mewarnakan sendiri nasib bangsa kamu.Kelak,kami juga akan meninggalkan dunia yang penuh dengan noda ini.Maka,kami tugasi kalian untuk menghapus noda-noda itu dengan hatimu,anak-anakku.."
Kata-kata ini sukar untuk saya lupakan bukan kerana saya takut untuk ditanya kembali,bahkan kata-kata ini saya ingati kerana saya sayang akan bangsa saya.Dengan setiap bait-bait perkataan inilah saya jadikan panduan untuk saya terus maju ke hadapan membina nasib bangsa Melayu yang kian rapuh.Rapuh dengan kehadiran teknologi yang membunuh.Seharusnya,teknologi itu diasasi dengan taqwa kepada Allah,barulah semuanya akan tunduk dengan rasa perhambaan kepada Allah S.W.T.
Seringkali manusia akan terpesona dengan segala permainan di dunia ini.Permainan bisnes,permainan tradisional,permainan dalam beribadah dan yang sebaris dengannya.Segala permainan itu membuatkan kita buta dan pekak sehingga kita tidak pernah terasa bahawa segala permainan itu akan terhenti satu masa nanti.Tangisan dan gelak tawa tidak akan berterusan selamanya.Tangisan akan disilihkan dengan senyuman,dan begitu juga sebaliknya.Maka,menangislah kamu di waktu mudamu,agar kamu bisa tersenyum di waktu tuamu..
Akhir kata,,kalau saya tidak mahu mendengar nasihat kiai ini untuk jangka masa sekarang,maka saya akan lihat sesuatu yang tidak ingin saya lihat pada mungkin 10 tahun akan datang.Sesungguhnya,hidup anak muda ialah dengan ilmu dan taqwa.Hiasi zaman mudamu dengan cahaya iman..Kutip iman para remaja yang tercicir lalu kembalikanlah kepada mereka,jangan simpan buat diri anda."Seandainya ilmu itu mampu diperolehi dengan angan-angan,maka tidak akan ada lagi orang bodoh di atas muka bumi ini.."
Sekian:)