Islam.Inside
Ahlan Wa Sahlan Hijrah (Bahagian 1)
12 April 2013 ? 1 Bismillah ?

Bismillahirrahmanirrahim...

“…Insaflah wahai SAYA bin IBU SAYA,bahawasanya mati itu adalah benar,
Soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur adalah benar,
Bangun dari kubur dan dihidupkan semula adalah benar,
Dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar,
Minum di kolam air Kautsar adalah benar,
Syurga dan Neraka adalah benar,
Bahawasanya hari kiamat tetap akan tiba juga,
Begitu juga Tuhan yang Maha Kuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang berada di dalam kubur.
Diakhirnya,kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala…”
………
Tatkala bait-bait akhir talqin dibacakan,maka gugurlah air mata Muhammad Mustaqim bin Abdul Rahman.Dengan dada yang berombak,tidak dapat Mustaqim hayati bait-bait seterusnya akibat emosi yang amat berkecamuk ketika itu.Akhirnya,Mustaqim rebah di atas riba ibunya.

******************************************************************************************

7 Januari 2011

“Eh Mus..Hari ini ada budak baru masuk..kau tahu tak?” ujar Jal.

“Ada kena mengena dengan aku ke dia masuk atau keluar?” Mus menjawab.

“Aduh kau ni.Manalah tahu satu kepala dengan kita.Boleh jadi ‘geng’.” Jal mencebik.

“Apa-apa je lah kau ni Jal.Malas aku nak layan!.” Mus melangkah malas keluar dari kelas.

“Hoi Mus! Kau nak pergi mana? Waktu rehat pun belum tiba lagi!” Rijal melaung.
 semua pelajar tingkatan Lima As-Siddiq menoleh ke arah Rijal akibat terkejut akan laungannya sebentar tadi.

“Macam biasalah…” Mustaqim mengangkat tangan sambil meneruskan langkahnya.Rijal mengangguk tanda faham mengekori langkah Mustaqim.

Dia benar-benar memahami.

*******************************************************************************************
14 Januari 2011

“Kenapa kau suka lepak sini waktu subjek kimia?kau tak rasa rugi ke?.Tambahan kita kan nak SPM tahun ini.” Thoriq menggunakan kata ganti nama ‘aku’ dan ‘kau’.Dia akur menerima syrat yang dikemukakan oleh Mus untuk berkawan dengannya.Dia ingin memimpin Mustaqim ke jalan yang seindah namanya,’Mustaqim’.Ikhlas dari lubuk hatinya.

“Aku bukan duduk jauh-jauh pun.Tepat-tepat belakang kelas kita.Aku dengar apa yang cikgu cakap.Tak rugi pun.” Mus menjeling.

“Kau cakap tak rugi? Tak tengok muka cikgu kau cakap tak rugi? Kau tahu tak betapa berkatnya pandang muka guru semasa mereka mengajar.” jelas Thoriq.

“Kau nak ceramah aku ke apa ni?” Mus mencebik.

“Agak-agak aku boleh jadi penganti UAI tak?” segera Thoriq mencari jalan untuk mendamaikan keadaan.

“Hehe.Boleh tahanlah.” Mus akur.
Tanpa disedari,hakikatnya benih keinsafan sudah mula bercambah di hati Mus.Mereka bertambah akrab.Mustaqim lebih senang bergaul dengan Thoriq meskipun mereka tidak searah dan sesifat..

*******************************************************************************************
7 Januari 2011

*Krinngggg*

     Loceng berdering menandakan tanatnya waktu rehat bagi pelajar-pelajar Sekolah Menengah Sains Tun Jaafar.Para pelajar sibuk memepercepat langkah menuju ke kelas masing-masing bagi memastikan kehadiran mereka di kelas lebih awal berbanding guru mata pelajaran selanjutnya selepas rehat.

     Lain pula situasinya dengan dua orang pelajar ini.Mustaqim dan Rijal mengambil langkah yang begitu cermat dan teratur untuk kembali ke kelas,atau lebih jelas lagi,’santai’.Mereka bernasib baik kerana Puan Rosnah tidak hadir ke sekolah pada hari tersebut.

    “Hoi,siapa punya beg ni?!” Mustaqim bersuara lantang sambil mengangkat beg sandang berwarna merah di atas kerusi sebelah tempat duduknya.

     “Bertenang Mus.Itu beg budak baru kat kelas kita.Kau dah sedia maklum kan?” selaku ketua kelas,Adam Cuma untuk menjernihkan keadaan.

    “Itu aku tau,tapi kenapa mesti duduk sebelah aku?” Mus membalas.

     “Tempat ni je kosong.Puan Misnah yang arahkan dia duduk di sini.Kau patut faham dengan keadaan sekarang ni Mus.Kau tak boleh pentingkan diri sendiri.Takkanlah kita nak biar budak baru tu duduk bersila kat lantai pulak?” Adam membalas matang.

     “Baiklah.Dalam sebulan dua ni aku terima.Sebulan saja tau.Tak lebih dan tak kurang.” Kata Mus tegas.Dia kemudiannya mengambil langkah keluar dari kelas.

*******************************************************************************************
     Malam itu Mustaqim menghabiskan masa malamnya bersama rakan-rakan motornya.Mustaqim lebih gemar bergaul dengan remaja yang lebih berumur darinya.Dia menganggap persahabatan lebih bererti dengan banyaknya masa yang dihabiskan untuk berseronok bersama.Hingga dia terlupa akan batas-batas syariat yang perlu dijaga untuk menikmati sebuah keseronokan dalam persahabatan.

*******************************************************************************************
7 Januari 2011

      “Kenapa kau ikut aku?” Mus menoleh ke belakang.Dia menduga ada langkah yang mengekorinya.Ternyata benar kata hatinya.Dia tidak selesa.

     “Maaflah,saya tak tahu nak ke mana.Saya masih belum arif akan selok belok sekolah ini.” Thoriq menjawab sopan.

      “Kau tak payah buat muka kesianlah.Macamlah takde orang lain yang kau nak jadikan ikutan.” Mus membalas.

     “Saya lebih selesa dengan kamu.Saya selesa duduk dengan kamu kat kelas.Jadi saya ekori kamu lah.”

     “Kau tak bosan ke asyik menghadap muka aku je separuh hari ini? Aku pun dah naik bosan menghadap muka engkau.” Mus mencari jalan untuk menghindarinya.

     “Tak..sama sekali tak.Saya bersyukur dikurniakan sahabat seperti kamu.Walaupun kita tak rapat dan kamu tak layan saya pun sepanjang sesi pembelajaran tadi,saya tetap bersyukur kamu dapat terima saya.” Jawab Thoriq lembut.

     “Dengan cara aku,kau kata aku terima kau?!” Mus kembali melenting.

     “Sebenarnya,cukup dengan keizinan kamu memberikan saya izin untuk duduk di sebelah kamu buat saya rasa macam tu.” Thoriq seorang yang berperwatakan sopan serta sentiasa berfikiran positif.Dia sentiasa menerima denga reda segala ketentuan dan takdir yang sudah ditetapkan oleh-Nya buatnya.

     Mustaqim terus berlalu pergi.Mungkin dari pandangan zahirnya kelihatan seolah-olah dia langsung tidak terusik dengan kata-kata Thoriq.Namun,sudah takdirnya.Benih yang bercambah menjalani proses seterusnya.Sedikir rasa kagum terselit dalam  hatinya memandang Thoriq.

*******************************************************************************************
8 Oktober 2011

     Mustaqim bersandar di salah satu tiang Masjid Jamek IV Shah Alam.Mathurat Suhgra di genggam erat.Satu persatu kenangan dia bersama Thoriq diimbas laju.Dia menyandarkan dahinya ke atas lututnya.Air mata merembes laju.Tidak tergambar rindu di hati terkenang sahabat sejati yang sudah pergi.

      “Tidak aku pinta sebarang simpati.Tidak ada pengganti.Thoriq,andai kau ada di sini.pasti akan kau isi hati yang kosong ini.Aku rindu nasihatmu,gurauanmu,madahmu.Kau sahabat sejati yang tidak lekang mengajakku mengejar reda Ilahi.Mana akan ku temui sahabat seperti ini lagi? Semoga kau bahagia di sana.Pasti kau sedang memerhati sungai-sungai yang mengalir indah di bawah syurga sekarang ini ..” Mustaqim bermonolog.

*******************************************************************************************
5 Februari 2011

     Pada malam itu,Thoriq bersetuju untuk menemani Mustaqim.

    “Ha,,dah sampai.Kau turun dulu.Aku nak matikan enjin sekejap.” Arah Mustaqim.

     “Betul ke ini tempatnya? Lain macam je aku tengok.” Thoriq memusingkan kepalanya memerhati setiap sudut tempat.

    “Iyalah.kenapa? apa yang tak kena? Tu haa,,budak-budak tu  awesome woo!”Mustaqim memucungkan mulutnya kea rah mat-mat motor yang sedang bertenggek sambil menghembus dan menyedut asap-asap rokok.Sungguh,menyesakkan pandangan.

     “Err,,aku tak biasalah bergaul dengan orang-orang macam ni.”

     “Sebab tu lah aku ajak kau.Aku nak ajar kau biasakan diri .Waktu remaja ni lah waktu  paling sesuai untuk kita nikmati bilai kehidupan.Enjoy life,It’s just once.”jelas Mustaqim.

      “Salah tu.Hidup di dunia ni hanya sementara sahaja.Akhirat jualah yang kekal selama-lamanya.Aku pegang kata-kata ni.Aku nak senyum dekat akhirat nanti.Kat syurga sana.kau tak nak join aku ke?” Thoriq memeluk erat bahu sahabatnya sambil tersenyum.
Mustaqim tersentak.

Benih benar-benar sudah bercambah menjadi pucuk yang subur.

*******************************************************************************************
8 Oktober 2011

 “Mustaqim,,Ya Mustaqim..Ya Mustaqim.” Seorang lelaki berumur awal 20-an menepuk-nepuk bahu Mustaqim.

     “Eh,Akhi.Dah lama sampai?” Mustaqim menjawab teragak-agak.

     “Masya-Allah.Apa yang enta fikirkan? Lebih 3 kali ana tepuk bahu enta.”
Mustaqim hanya tertunduk memandang jauh jubin lantai masjid.

     “Mari masuk ke dalam.Rasanya semua ahli usrah dah dating.Hanya kita yang terlambat.”ujar Murabbinya.

     Lelaki it uterus mengorak langkahnya memasuki masjid dan diekori oleh Mustaqim.

*******************************************************************************************
7 Mac 2011

     “Kenapa dengan kau hari ni Mus? Hodohlah muka sepuluh sen kau tu,”
Mustaqim hanya tersenyum hambar ibarat kerang busuk.

     “Kau tak nak share dengan aku ke Mus? Kita kan kawan.” Thoriq mempamerkan riak muka sedih.Memohon simpati.

     Mustaqim tersenyum hambar lagi.

     “Eh,,dah kenapa kau ni.stop sengih sekarang!” Thoriq berasa ada ‘sesuatu’.

Papppppp!

      Satu tamparan singgah di belakang badan Mustaqim.Tamparan yang mungkin boleh membawa maut bagi pesakit jantung yang kronik.

     “Sakitlah wehh!.” Mustaqim membalas dengan satu tumbukan kecil pada dada Thoriq.Hubungan mereka semakin akrab.

     “Aduhh..”Thoriq merintih.Dia mengusap dadanya beberapa kali.Sakit.

     “Eleh kau,,nak buat drama lah tu.Hurmm,,okaylah,aku takde mood lah.” Mustaqim mengeluarkan sekotak rokok dari seluar jeans yang dipakainya.

     “Stoplah Mus.kau nak mati cepat ke?” tegas sindiran Thoriq.Kotak rokok dirampas.

     “Ok.Kita tengok siapa yang mati dulu.Bagi balik rokok aku.”

     “Apa yang kau dapat daripada benda ni?apa yang kau harap lepas dapat hisap benda ni?.” soal Thoriq.

     “Aku stress.Aku dapat ketenangan lepas hisap benda ni.Aku dah jawab.Pulangkanlah!.” marah Mus.

     “Tak Mus,,itu perasaan kau je.Bisikan syaitan semua tu.

“Mana kau tahu?kau tak pernah hisapkan?kau tak akan tahu.” Persoalan yang cukup membuatkan Thoriq rasa tertembak.

Yakni mereka yang beriman dan hati mereka menjadi tenang dengan mengingati Allah.Ingatlah! sesungguhnya dengan mengingati Allah,hati akan menjadi tenang.” (Surah Ar-Ra’d 13:28)

     “…..Sadakallahul Aziim..” Thoriq membacakan surah tersebut berserta tafsirannya kepada Mustaqim.Thoriq merupakan seorang Al-Hafiz sejak berusia 6 tahun.Namun,dia lebih gemar berahsia akan hal ini.Dia tidak mahu dipandang tinggi.

Sekali lagi pucuk yang bercambah mengeluarkan hasilnya.Bunga-bunga keinsafan sudah  mula mekar.

*******************************************************************************************
8 Oktober 2011

     Di dalam sebuah masjid kelihatan 15 bulatan terbentuk.Ia adalah ‘bulatan gembira’ buat mereka yang benar-benar ingin mengejar rahmat-Nya.
      “Mengapa Allah mematikan seseorang itu?”

Mustaqim tersentap.Tidak dia duga Murabbinya bakal mengolah tajuk ini pada hari itu.
     “Kerana Allah sayangkan mereka.Itu berdasarkan apa yang orang-orang selalu cakap lah..HEHEh..”Abdul Rahman menjawab.Dia merupakan ahli yang paling muda dalam bulatan usrah tersebut.Umurnya sekitar 15 tahun mungkin.

      “Na’am Abdul Rahman.Sudah sampai masanya dia bertemu dengan Penciptanya,kita perlu terima.Tidak kira cepat atau lambat.Terima dengan penuh ikhlas dan redha.Bersedia atau tidak,kita juga akan pergi.Kita akan menyusuli dia.Kita semua bakal jenazah.”Murabbi Azmi mendiamkan diri sebentar.Seakan-akan seperti menahan sesuatu.

     “Ustaz,tiba-tiba ana rindukan akhi Thoriq.Bagaimana agaknya keadaannya disana?”Abdul Rahman bersuara lagi membuatkan semua ahli tertunduk.

     “Allahu..Abdul Rahman,ana pun rindu sangat dengan arwah.Wallahua’lam.Itu semua urusan Allah Taala.Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.Ana rindu akan  nasihat-nasihat dan untaian kata-kata hikmah arwah.Arwah begitu baik.Sesiapa pun pasti terpikat dengan akhlaknya.”Murabbi Azmi menjawab.

     “Amiinn..” semua ahli mengaminkan kata-kata Murabbi mereka.Masing-masing menahan sebak di dada.Lihatlah betapa kuat ikatan ukhuwah yang terjalin diantara mereka.
     
     Dalam bulatan yang sama,seseorang begitu menahan gelora kencang yang berombak di dada akibat nafas yang tidak turun naik kerana menahan sebak di dada.Tidak dapat ditahan,air matanya akhirnya melimpah jua.Ahli-ahli yang lain hanya memandang dengan wajah yang sugul menyelami perasaan yang sedang dirasai ‘dia’.

Murabbi Azmi memeluk tubuh Mustaqim erat sambil berkata,”Semoga kita bertemu dengan Thoriq di Syurga sana.”

..........(bersambung)

*********************************************************************************************

Wan Aira Atika binti Wan Mazlan,
Tingkatan 5B,
Madrasah Al-Attas Al-Arabiah Johor.





(: Syukran aala isti'daadikum liqira'ah :)




Older Post . Newer Post



// Copyright by Muslim

Tutorial Here