Islam.Inside
{Kembalikan Islam Melalui Ilmu}
10 March 2012 ? 0 Bismillah ?
Assalamualaikum,,

Tujuan ana tulis artikel ini adalah untuk mengingatkan kepada para muslimin,iaitu pemegang satu-satunya agama yang diredhai di muka bumi ini,supaya sentiasa mengingati Allah walau di mana jua antum berada.

Wahai Saudaraku,
  Islam kini diambang kerapuhan,maka ana memohon kepada diri ana dan diri antum,antunna sekalian supaya mengembalikan kegemilangan yang dimiliki umat Islam terdahulu.Ana sendiri tidak sanggup melihat Islam diinjak oleh pegangan yang lain.Semakin jauh kita melangkah meninggalkan Allah dalam kehidupan kita, semakin jauh kita dengan kebenaran. Memang tidak dapat dinafikan, islam itu agama yang syumul dan menyeluruh serta lengkap daripada semua aspek kehidupan kita, tetapi bagaimana pula apabila kita berbicara tentang muslim, yakni penganutnya.

 
   Sekarang lihatlah,kebanyakan anak-anak muda Islam kini hanyut dengan propaganda yang dianjurkan oleh orang kafir.Itu berpunca daripada kemalasan orang-orang muslim sendiri untuk menuntut ilmu.Ya Allah,,majoriti penuntut Universiti terkemuka kini adalah orang kafir,kerana apa,,?
kerana mereka ingin menghapuskan Islam dengan Ilmu yang dimilikinya,,Mengembalikan muslim kepada kehidupan Islam sebenar, itulah tanggungjawab kita semua, tetapi bagaimana?

  Islam tersebar hanya dengan Akhlak Rasullulah,,hanya dengan kita mengutip sampah,manalah tahu orang yang melihat perbuatan kita akan menerima hidayah daripada Allah,,hanya dengan menjaga pertuturan,sabar,pergaulan juga menyumbang kearah yang sama,nampak,,?dengan hanya mengikuti panduan yang telah dinyatakan dalam sabda Rasullulah yang bermaksud,,'Aku meninggalkan dua perkara yang perlu dipegang bersama iaitu Al-Quran dan Sunnahku,,',,perlembagaan yang telah ditulis oleh Allah ialah sebaik-sebaik perlembagaan,,kita hanya perlu terokainya dengan mempelajari,menghayati,mengamalkan dan menyebarkan,,disinilah pentingnya ilmu itu,,dah nampak kn,,?

 Sabda Rasullulah S.A.W,,'Menuntut ilmu itu fardhu keatas muslimin dan muslimat,',,Kemenangannya sudah ada didepan mata, tetapi siapakah yang mahu mengejarnya? Kitalah yang patut menggapainya..
Tanamkan azam untuk bangkitkan islam dalam pelusuk kehidupan kita, niatkan pembelajaran yang kita lalui selama ini untuk menjadi penyumbang ke arah itu, bukan semudah berbicara tentang semua ini, tetapi pada masa yang sama juga ianya bukan mustahil untuk melaksanakannya. Hanya perlu ada kemahuan dan juga ikhtiar, serta istiqomah dalam perjuangan.

sekian,,;)




(: Syukran aala isti'daadikum liqira'ah :)




Older Post . Newer Post



// Copyright by Muslim

Tutorial Here