Ingatlah,,Kita sering Lupa~
Assalamualaikum,,
Alhamdulillah,,segala puji bagi Allah S.W.T. yang telah menciptakan penciptaan-Nya yang unggul yakni akal fikiran di mana dengan akal fikiran inilah kita mampu mengenal Al-Khalik dan mampu membezakan yang manakah ma'aruf dan yang manakah mungkar dengan izin-Nya.Tambahan pula,dengan akal fikiran jugalah kita mendapat kelebihan mengingat dengan baik di mana dengan ingatan yang kukuh,kita mampu untuk menyimpan pelbagai memori di dalam kehidupan seharian.Pun begitu,menjadi lumrah dunia,setiap yang
pro pasti ada
kontranya.Begitu juga dalam konteks 'mengingat',yang mana setiap yang diingat pasti akan 'dilupa' sedikit..mungkinkah?
Memang lumrah manusia mereka akan 'terlupa' sesuatu,,'Lupa' yang bagaimana?
Terlupa main bola?
atau,,
Terlupa hendak makan?
atau,,
Terlupa untuk tidur?
ataupun,,
Terlupa segala-galanya?
#Sebelum antum menjawab persoalan tersebut,ada baiknya antum pergilah basuh muka dahulu dan kemudian fikirkan sedalam-dalamnya,,
Percayalah,kita mungkin tidak akan terlupa walau sedikitpun dengan fitrah makan,minum,tidur dan yang sebaris dengannya.Kerana apa?kerana memang sudah menjadi fitrah untuk kita melakukan sedemikian rupa.Sampaikan waktu rehat di sekolah pun akan diingatkan dengan deringan loceng.Kadang-kala,,tahap kempunan seseorang itu untuk makan lebih tinggi berbanding tahap kempunannya untuk bertemu Allah S.W.T.Lihat,betapa kuatnya ingatan hamba-hambaNya kepada dunia yang sifatnya hanya sekadar transit untuk ke Akhirat yang kekal selama-lamanya.Kalau kita boleh ingat makan,minum,mandi,tidur dan sebagainya tanpa sedikit perkataan 'ter'lupa pun yang terluah daripada mulut,mengapa tidak kita ingat Allah juga?
Semakin kehadapan dunia ini berganjak,semakin berani juga hambaNya menambah hutang(dosa) yang sedia ada,sedangkan akaun(bekalan pahala) yang dimiliki pun tidak pernah berganjak.Jikalau berganjak pun,hanya sekadar umpama
air yang panas terdedah kepada kesejukan.Bagaimanakah itu?
#Cuba antum ambil air panas,kemudian tempatkan air panas itu di dalam peti ais..seterusnya,perhatikan apa yang berlaku.Pasti akan perlahan-lahan menjadi sejuk bukan?maka,seperti itu jugalah peningkatan amalan manusia.Tidak istiqamah dalam melakukan sesuatu amalan.Ketika keinginan untuk melakukan amal kebaikan sedang membara,perkara itu hanyalah sekadar
bara yang di simbah air sahaja.Tidak berkekalan.
Hal ini kerana kita sering lupa.Lupa untuk ambil "Lilin Hidayah" supaya dapat menerangi hati yang berada dalam kegelapan.Orang yang berada dalam dalam kegelapan ini sukar untuk melihat hidayah Allah,kerana apa?kerana mereka ini boleh diumpamakan seperti kanak-kanak yang bergantung dengan ayahnya ketika rumah sedang
blackout.Sebagai contoh,apabila seorang kanak-kanak berjalan bersama ayahnya di dalam kegelapan sambil bersuluhkan cahaya lampu suluh,sudah pastilah kanak-kanak ini bergantung sepenuhnya kepada ayahnya dan juga cahaya lampu suluh itu.Apabila lampu suluh itu terpadam dalam kegelapan,keadaan akan menjadi gelap gelita.Lalu,kanak-kanak itu juga pasti menyangka bahawa dia sudah sesat jauh daripada ayahnya di dalam kegelapan padahal ayahnya berada dekat disampingnya.Begitu juga orang-orang yang gelap hatinya,mereka tidak nampak hidayah Allah tatkala berada dalam keadaan hati yang gelap,sedangkan hidayah Allah itu berada dekat di sampingnya.Cuma mereka belum temui 'cahaya iman' untuk melihat hidayah itu.
Kita lupa bahawa Allah lah yang mencipta kita,tetapi mengapa kita terlalu obses dengan perkara yang lain?Kita lupa bahawa Allah lah yang mengingatkan kita tentang masa,tetapi mengapa masa kita tidak banyak dihabiskan dengan mengingatiNya?Kita lupa bahawa Allah lah yang menghamparkan bumi,tetapi mengapa kita pula yang berdiri gah seakan-akan bumi ini milik kita?
Manusia itu apabila dia dapat mengecapi nikmat Allah,maka secara automatik mereka akan lupa kepada Allah serta membelakangkan perintah-Nya kecuali bagi orang-orang yang sentiasa tahu bahawa nikmat itu datangnya dari Allah S.W.T.Manakala,apabila mereka sedang menghadapi bala mahupun cubaan,maka mereka akan segera ingat kembali kepada Allah S.W.T. dan makin memanjang-manjangkan doa-doa mereka memohon keampunan kepada yang Maha Pengampun..Nampak tidak?adakah antum terasa telah melakukan sedemikian rupa?~tepuk dada tanya Iman..
Kita juga haruslah sentiasa ingat,jangan sesekali mengakui segala kejayaan mahupun ke
sucessan kita itu bermula daripada usaha kita sendiri kerana setiap kejayaan itu bermula daripada kuasa Allah menggerakkan kerja-kerja kita.Ingatlah,segala-galanya daripada Allah.Apabila kita sudah berfikiran bahawa segala usaha kitalah yang menyebabkan kejayaan kita,maka akan timbul perasaan sombong dalam diri dan hilangnya sifat tawadu'.Syeikh Ibnu Atha'illah As-Sakandari telah berkata di dalam
hikamnya,,
من علامات الاعتماد على العمل نقصان الرجاء عند وجود الزلل
"Antara tanda-tanda bahawa seseorang itu bersandar diri dan mengutamakan kekuatan amal usahanya ialah kurangnya pengharapan terhadap rahmat Allah S.W.T. ketika terjadinya suatu kesalahan dosa."
Oleh itu,amat penting bagi kita untuk mengingati bahawa setiap kejayaan itu adalah takdir Allah dan bukan dengan amalan kita yang kita banggakan itu.Maka,setiap amalan yang kita banggakan itu,bukan amalan namanya bahkan ia merupakan sesuatu yang sia-sia.Pun begitu,kita hendaklah sentiasa ingat bahawa kesungguhan dalam melakukan amalan itu sangat penting bagi menjamin amalan yang mantap dan Ikhlas.Akhir kata,,"Ingatlah,,kita sering lupa,,"maka,,sentiasa ingatkan diri supaya sentiasa refresh ingatan untuk mengingati yang Maha Pencipta.
Sekian,:)
(: Syukran aala isti'daadikum liqira'ah :)
Older Post . Newer Post
Join Us
    Pihak kami di
Islam.Inside amat mengalu-alukan sebarang promosi di sini tanpa sebarang bayaran..Ahah!it's free..No pay-pay because i'm not a legend yet,,*cehh,,ayat orang*.Oh,okay-okay,,berbalik kepada tajuk asal,,ehem..jikalau anda berminat,anda boleh menghantar permohonan melalui email = izham_7th@yahoo.com dan juga boleh melalui inbox Facebook = https://www.facebook.com/kawankepadakawan2saya .Tanamlah bibit-bibit usaha anda meskipun anda yakin bahawa peluang amatlah tipis untuk laman ini menembusi sempadan kejayaan yang Owsemm..:)
Blog :)
Tempat para blogger melabuhkan promosi untuk blog mereka~