Sejarah,,?~Kenali sejarah Haqiqi..
Assalamualaikum,
Mungkin ramai dalam kalangan antum yang kurang berminat jika diajak berbual mengenai sejarah.Apabila bercerita mengenai sejarah,mungkin yang hanya bermain di dalam fikiran kita ialah 'Paleolitik','Datuk Bahaman','Tok janggut','Jepun' dan sebagainya.Tidak kisahlah sejarah apapun.Daripada sebesar-besar sejarah awal manusia sehinggalah sekecil-kecil sejarah hidup kita.Namun,ramai juga yang tidak tahu bahawa sejarah itu sering berjalan dalam kehidupan kita.Tak perlu buka buku teks.Fikirkan,,semalam,kita hidup.Hari ini,kita hidup lagi.Yang menjadi persoalan,adakah kita mengambil
input mengapa kita dihidupkan?
Disini ana tidak berniat untuk menegur mahupun berceramah,tetapi anggaplah perkara ini sebagai medium untuk kita jadikan sebagai
port berkongsi peringatan dan ilmu.
Baiklah,cuba lihat lipatan sejarah,,Allah telah berfirman:
وما خلقث الجن والانس الا ليعبدون
"Tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia,kecuali agar mereka beribadah kepadaKu."
#Kenali diri kita,,
Untuk apa kita bermegah-megah dengan kelebihan yang kita miliki sedangkan kita masih berjalan di atas muka bumi Allah?Untuk apa kita merungut dengan rezeki yang kita miliki sedangkan takdir itu Allah yang pinda?Untuk apa kita pentingkan perkara yang belum pasti (masa depan di dunia),sedang kita abaikan perkara yang benar-benar pasti (masa depan di Akhirat)?
Melalui firman Allah tadi,kita dapat lihat sejarah dan tujuan kita diciptakan.Bukan untuk bermegah-megah tetapi untuk beribadah.Mungkin ada yang boleh bermegah dengan status selaku orang ternama,namun mereka lupa bahawa mereka datang daripada sumber yang sama.Rasullulah pernah bersabda:
لا فضل لابيض على اسود ولا لعربي على عجمي الا بتقوى الله،انتم من ادم و ادم من تراب.
"Tiada kemuliaan antara yang berkulit putih (bangsawan) mahupun yang berkulit hitam (hamba abdi) dan antara orang Arab mahupun orang yang bukan Arab kecuali dengan Taqwa kepada Allah.Kamu daripada Adam dan Adam daripada tanah,"
Baiklah,,seperti mana yang kita tahu,Nabi Adam tercipta daripada tanah lalu diberi penghormatan sebagai manusia pertama yang tinggal di syurga sehingga boleh kita katakan sejarah awal manusia itu bermula di syurga.Sejarah sudah tercipta.Akibat daripada tipu daya syaitan,Nabi Adam dikeluarkan daripada syurga dan ditempatkan di dunia yang sedang kita singgah ini.Persoalannya,adakah manusia rindu untuk kembali ke kampung halaman kita yang
haqiqi yakni Syurga Allah?Suatu masa dahulu,manusia berkata,,
"YA,,Aku rindu sangat dengan syurga,aku sanggup berjihad di muka bumi ini untuk mendapatkan kembali kampung halamanku."
Zaman demi zaman telah ditempuhi,bumi menjadi saksi atas sejarah yang berlaku di atasnya.Sehinggalah manusia tiba di satu zaman.Dimana pada zaman itu manusia hanya tahu meluahkan omong kosong.
"Aku mesti dapat masuk syurga,,aku cintakan Allah dan RasulNya.."
Tetapi pada masa yang sama,dia berkhidmat untuk dunia melebihi khidmatnya kepada Allah.Dapat lihat kan bagaimana penipuan dunia terhadap manusia?Sehingga kita lupa sejarah asal kita diciptakan di dunia.Sehingga kita lupa azam nenek moyang kita suatu masa dahulu yang begitu rindunya "kampung halaman" kita.
|
"Nampak poster macam hebat,,tetapi memang saya akui,,"hebat dia lalaikan orang,," |
Sebagai contoh,kita ambil satu fenomena,,apabila ana taip perkataan "fenomena yang melalaikan" di ruang "Google search".Keputusan yang paling popular dan paling teratas ialah fenomena Gangnam Style dan K-Pop.Lihat,bagaimana fenomena itu mampu terus melupakan manusia daripada tunduk kepada Allah.Apabila ada konsertnya,bukan main berduyun-duyun hamba Allah yang terlibat sama.Habis itu,siapa yang nak sembah Allah kalau semuanya penuh di stadium.Stadium boleh kita bantu untuk penuhkan,tetapi mengapa tempat semulia masjid tidak mampu kita penuhkan juga.Ingat,pendeta yahudi pernah berkata,,"
"Jangan harap umat Islam nak tawan kembali Palestin dan melihat Masjidil Aqsa kembali makmur,sebelum mereka mampu memenuhkan saf-saf solat Subuh sepertimana mereka memenuhkan saf-saf solat Jumaat dan solat hari perayaan mereka."
#Timbus fenomena yang melalaikan kita,dan lupakan sejarah yang pernah perkara itu lakukan kepada kita:)~kita kembali kepada yang Maha Pencipta.
Kepetahan dan keyakinan kita untuk berkata,,"Aku ingin masuk syurga,aku nak jadi hamba Allah yang soleh dan aku nak mati syahid,," hanyalah sekadar
mimpi di siang hari sekiranya kita tidak berganjak dan beramal untuk mendapat matlamat kita.Keyakinan seharusnya diiringkan dengan usaha agar ia menjadi satu gabungan yang mampu membantu kita mencapai matlamat kita yang haqiqi,yakni kembali ke tapak sejarah asal penempatan kita.Syurga Allah.
Apabila bangun pagi,kita lihat cermin.Cuba untuk tatap diri kita dengan penuh kerendahan .Alhamdulillah,kita masih dapat hidup.Mata masih boleh melihat,telinga masih boleh mendengar.Tetapi dosa yang semalam masih belum kita hapuskan,malah semakin bertambah dosa itu hari ini.Maka segerakanlah muhasabah diri kepada Allah S.W.T. inilah peluang kita kembali kepada Allah.Yang semalam telah lalu dan tidak boleh kembali lagi,manakala hari esok belum tentu dapat kita lalui lagi.
#Akhir kata,,kenali sejarah diri sendiri sebelum menelaah sejarah orang lain:)
Sekian:)
(: Syukran aala isti'daadikum liqira'ah :)
Older Post . Newer Post