Islam.Inside
::Ilmu & Harta::
12 December 2011 ? 0 Bismillah ?



Assalamualaikum,,
 
Dalam kehidupan kita,banyak yg perlu kita pelajari,,oleh kerana itulah kita perlu menuntut ilmu.Rasulullah telah bersabda,,"menuntut ilmu itu fardhu keatas umat muslim,,",,kita wajib mematuhi segala hadis Rasulullah kerana ianya dijadikan panduan selepas Al-Quran..Dalam kehidupan kita juga kita memerlukan harta untuk keperluan hidup,,ramai umat sekarang hanya mementingkan harta berbanding ilmu kerana mereka tidak mnyedari betapa berharganya setitik ilmu berbanding dengan segunung harta,,dalam artikel ini,saya hendak menerangkan betapa jauhnya perbezaan darjat antara ilmu dan harta,,
1.ilmu itu warisan para nabi dan rasul manakala harta pula warisan Qarun,Firaun,Syaddad dan lain-lain,,
2.ilmu itu menjaga kamu manakala harta pula kamu yang menjaganya,,
3.orang yang mempunyai banyak harta mempunyai banyak musuh manakala orang yang mempunyai banyak ilmu pasti ramai sahabat,,
4.harta apabila d'belanjakan ia akan berkurang manakala ilmu itu jika diamalkan pasti akan bertambah,,
5.orang yang banyak harta biasanya kedekut dan tidak dihormati manakala mereka yang banyak ilmu pemurah dan dihormati,,
6.pemilik harta akan dihisab pada hari kiamat manakala ilmu pula akan memberi syafaat kpd pemiliknya pd hari kiamat,,
7.harta menjadikan pemiliknya keras hati tetapi ilmu menjadikannya terang hati,,
8.harta semakin lama disimpan akan usang tetapi ilmu tidak usang dan lapuk,,
9.pemilik harta akan berkata harta itu harta dia,ttapi pemilik ilmu akan berkata ilmu itu milik ALLAH,,

lihat betapa jauhnya kemuliaan yang diberikan kpd pemilik ilmu berbanding pemilik harta yg biasanya tamak dan lupa diri,,biarlah kita miskin harta tetapi kita kaya dengan ilmu,,kerana ilmu yg baik tidak akan menyesatkan orang yg menuntut,,


Menuntut ilmu x kire dimana
Harta akan berkat jika selalu sedekah

sekian,,:)




(: Syukran aala isti'daadikum liqira'ah :)




Older Post . Newer Post



// Copyright by Muslim

Tutorial Here