Islam.Inside
Tolak konsep "Lain padang,lain belalang"
27 October 2012 ? 0 Bismillah ?
Assalamualaikum,,

     Kata cikgu,bak kata pepatah,"Lain Padang,lain Belalang".Hmm,,bagaimana itu?mungkin pemikiran budak 5 tahun begini,,"Ermm,,padang rumput ada belalang hijau,kalau padang pasir ada belalang pasir,,Hmm,,kalau padang bola pulak,,hmm,,mesti ada belalang yang bermain bola kan,,?"..bagaimana pula pandangan pelajar menengah,,?"Ala,,kacang~maksud peribahasa tu ialah "lain orang,lain ragamnya",,bertepatan dengan apa yang dicatatkan di kamus dewan.Tetapi,kalau sampai sahaja soalan sebegitu kepada ana,mungkin jawapan yang diberi akan berbaur atas konsep yang berlainan.Baiklah,pada entri kali ini,,ana hendak memberikan maksud Lain padang,lain belalang bertemakan konsep entri kali ini,yakni "cara menegur".

      

#"haih,,pening lah akhi,,tak faham!",,

     Baiklah,Setiap orang ada silapnya dan tidak pula mampu lari daripada dosa kecuali bagi hamba-hamba Allah yang maksum yakni Rasulullah S.A.W.Apakah maksud maksum?,,maksum bermaksud Rasulullah terpelihara daripada sebarang maksiat dan dosa yang mampu menjatuhkan martabat kerasulannya.Baiklah,,berbalik kepada topik asal,,memang tidak dinafikan bahawa setiap orang pasti tidak terlepas daripada melakukan dosa,,tidak kisahlah dosa kecil mahupun dosa besar.Lebih menyedihkan,perbuatan dosa itu kini tidak lagi dilakukan secara bersembunyi,semuanya seperti mahu mempamerkan dosa-dosa mereka kepada khalayak ramai.Pun begitu,masih ramai lagi yang berada dalam kalangan masyarakat yang masih malu untuk menegur.kerana apa?~kerana ana pun tak tahu =="~mungkin antum takut ditengking ataupun dimaki oleh mereka yang mahu membantutkan usaha antum bagi mencerahkan kembali bi'ah Islamiah yang mendorong kita ke SiratulMustaqim.

Bagaiamana jika tidak dicegah?
     Cuba antum fikirkan,bagaimana sekiranya golongan yang melakukan dosa tidak ditegur dan dinasihati.Kemudian,cuba renungkan bagaimana keruntuhan akhlak remaja mampu melenyapkan tamadun peradaban yang mulia.Jangan pandang belakang,,cuba lihat persekitaran antum,adakah mereka yang duduk di bawah jambatan sambil menikmati package doktor sambilan akan mendapat hidayah dengan sendirinya tanpa sebarang usaha teguran?adakah mereka yang duduk berdua-duaan di taman akan menikmati taman syurga jika tanpa sebarang nasihat yang mampu mengubah jalan mereka?Jadi,mereka perlukan sedikit teguran dan nasihat..Kan kita ini muslim,sedarlah,.kita saling memerlukan.Oleh kerana itulah wujudnya orang yang kaya agar dapat membantu orang yang miskin dan wujudnya orang yang alim agar dapat menunjukkan jalan kepada yang jahil.

      Ada orang yang bertanya,,bagaimana menegur orang yang keras kepala?adakah dengan menengkingnya kembali?ataupun memaksa agar mereka kembali kepada fitrah?
     Begini,,sudah katanya orang itu kepalanya keras,,jadi hendak melembutkan mereka bukannya dengan cara yang keras juga.Kita gunakan kelembutan didalam konsep menegur agar "kepala" mereka turut lembut menerima nasihat kita.Ingat Rasulullah,,Rasulullah S.A.W. kan ada,,yang sentiasa tampil dengan kelembutan walaupun dibalas dengan batu yang sifatnya "keras".Allah telah berfirman,,"
"Serulah (manusia) ke jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik.Sesungguhnya Tuhan-mu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk."~Surah An-Nahl : ayat 125~
Panduan hidup kita kan,,?:)
      Ada satu kisah tentang kesabaran cicit Rasullulah S.A.W yakni Al-Imam Ali Zainal Abidin As-Sajjad dalam menegur seorang lelaki yang mencacinya sebaik sahaja beliau keluar dari masjid bersama anak-anak muridnya.Lelaki tersebut sememangnya cukup tidak senang dengan dekat Ahlul bait.(Moga-moga kita tidak tergolong dalam kalangan yang sebegitu,,Ameen).Lelaki tersebut berkata,"Kamu ke yang dipanggil Zainal Abidin (perhiasan orang yang beribadah),,lalu Al-Imam menjawab,,"Ya,,",,Lelaki itu mencelah,,"engkau ialah Syainal Abidin (pengotor orang yang beribadah)",,lelaki itu menyambung,,":Kau fasik,,orang jahat,,blabalabla,,",,lelaki itu melontarkan kata-kata yang kesat.Anak-anak muridnya mulai hendak mendapatkan permission supaya dapat mengajar lelaki itu secukupnya,,"Wahai guruku,mengapa engkau tidak melakukan sesuatu setelah lelaki ini menjatuhkan martabatmu?,,"."Tidak,,biar dia habiskan kata-katanya,,",,kata Imam Ali Zainal Abidin.Setelah selesai mencerca Imam Ali dengan lengkap berserta penanda wacana,lalu Imam Ali berjumpanya dan berkata,,"Wahai Anak,,apa yang engkau katakan tadi sememangnya betul dan ada pada aku dan apa yang engkau tidak tahu sebenarnya lebih banyak.,,Adakah engkau mempunyai hajat untuk aku tunaikan agar aku dapat membalas semua nasihat kamu..?",,(Lihat,,Al-Imam Ali menyifatkan kata-kata kesat itu sebagai nasihat,,betapa mulianya beliau)..Maka lelaki tadi berkata,"Aku bersaksi bahawasanya kamu adalah daripada keturunan Rasulullah S.A.W,,maafkan aku wahai Imam,sesungguhnya ada sekelompok manusia yang mengupah aku untuk membuatmu marah..tetapi engkau tetap tenang dan aku sangka engkau akan memakiku,,"

#Mengesat air mata,,mengalir air mata para jemaah mendengar kisah ini tatkala diceritakan oleh Habib Ali Al-Jufri,apatah lagi orang yang berada didalam situasi tersebut.Tersenyum Al-Imam Ali Zainal Abidin As-Sajjad ketika mendengar pengakuan tersebut.Lihat,,senyuman dilemparkan kepada orang yang telah menyakitinya..bagaimana?hebat tidak~?

      Lihat,,Rasulullah S.A.W. telah tinggalkan kita harta pusakanya yang teragung daripada dirinya sendiri yakni Keluhuran Akhlak supaya dengan harta pusaka itulah kita mampu untuk membina masyarakat yang beradab yang masyarakat yang mengamalkan yang ma'aruf dan melarang kepada yang mungkar.Semua ini akan berjalan atas dasar teguran yang beradab.Sekarang kita lupakan konsep lain padang lain belalang.kerana apa?kerana semua orang mampu menerima cara teguran yang sama sebenarnya yakni dengan akhlak yang mulia.Itulah jalan yang digunakan oleh insan yang terpuji yang bernama Nabi Muhammad S.A.W yang mana kita boleh lihat kesannya terhadap orang yang menerima hembusan ini melalui kelembutan Habib Ali Al-Jufri dalam menyampaikan dakwahnya ke serata dunia yang nyata memberi kesan terhadap orang yang mendengar setiap kata-katanya yang penuh dengan akhlak.Nampak tidak dekat mana keawesomemannya akhlak ini,,?

                                   

      So,kesimpulannya daripada apa yang ana mahu katakan disini ialah menegur bukan sesuatu yang salah.Malah,perkara ini amat dituntut agar masyarakat tidak terpesong dengan pendirian mereka yang belum tentu benar menurut Al-Quran dan Hadis Rasulullah S.A.W.Jadikan setiap nasihat itu makanan kita yang mampu mengenyangkan rohani kita dan mampu untuk memperbaiki setiap kesilapan yang telah kita lakukan di atas muka bumi ini.Jangan jadikan nasihat itu sebagai alasan untuk kita badmood sehingga tertinggal solat dan ibadah-ibadah yang lainnya.(Nauzubillahi min zalik)..Akhir kata,,ingat,jangan hanya sekadar memandang masa hadapan yang belum tentu terjadi .Tidak salah.tetapi antum kena ingat,"Pandanglah terus hingga tembus ke SiratulMustaqim."

Sekian:)






(: Syukran aala isti'daadikum liqira'ah :)




Older Post . Newer Post



// Copyright by Muslim

Tutorial Here