::Surah Roti Canai::
17 August 2012 ? 0 Bismillah ?
Assalamualaikum,,Suatu hari, di sebuah surau di pinggir ibu kota, telah diadakan suatu kuliah Maghrib yang membicarakan tentang kehebatan dan keajaiban al-Quran. Ustaz Alimin Saleh yang berceramah dengan begitu bersemangat hidung kembang-kempis sekali, bersungguh-sungguh meyakinkan para jemaah surau bahawa al-Quran itu adalah mukjizat agung dari langit.
Tampaknya ustaz tersebut seolah-olahnya berjaya meyakinkan para hadirin kerana rata-rata daripada mereka tampak bersinar-sinar matanya selepas mendengar kuliah yang disampaikan, sehinggalah sesi soal jawab dibuka kepada mereka yang hadir.
Seorang lelaki bingkas bangun. Sambil tersenyum keji, dia bertanya.
Jemaah surah menjadi bingit dan riuh dengan pertanyaan pemuda itu. Tidak ternah terlintas di kepala otak mereka ada orang yang begitu berani bertindak sedemikian. Namun, jauh di lubuk hati mereka, mereka juga ingin tahu apakah jawapan kepada persoalan pemuda itu.
Pemuda tadi tampak sedikit terkejut. Tidak disangkanya ustaz akan menerima cabarannya itu.
Sungguh kool lagi bergaya ustaz itu. Eh.
Namun Ustaz Alimin tetap berkeras dan teguh hati. Kesabaran dan keyakinannya akhirnya berbayar juga. Tepat jam dua setengah pagi, seluruh isi rumah dikejutkan dengan jeritan yabedabedu Ustaz Alimin.
Mujurlah isteri Ustaz Alimin, Puan Mazidah Rosman segera mendiamkan suaminya itu sebelum jiran-tetangga datang menyerang dengan pinggan terbang atau cawan layang.
Ketika ini hadirin menjadi riuh. Tidak kurang yang terjegil biji mata dan terlopong mulut mendengar kenyataan berani mati Ustaz Alimin itu. Malah tirai bahagian jemaah wanita juga diselak, kerana berminatnya kaum Hawa untuk sama-sama mendengar penjelasan Ustaz Alimin.
Tanya pemuda itu sambil menggaru hidungnya, separuh tidak berpuas hati dan separuh lagi benar-benar mahukan penjelasan yang lebih daripada Ustaz Alimin.
__________________________________________________________________________________________
Cerita ini bukan cerita original daripada saya,,tapi saya cume copy paste dari blog ini>> http://angelwearsgucci.blogspot.com ..so,kalau nak tahu cerita yang lagi best,,visit la blog berikut.
"Ustaz Alimin, kalau betullah Al-Quran ini ajaib, jika benarlah Allah cerita semua benda dalam Al-Quran, ustaz tunjuk pada kami, dekat mana dalam Al-Quran ini,Allah cerita pasal cara-II buat roti canai.."
Jemaah surah menjadi bingit dan riuh dengan pertanyaan pemuda itu. Tidak ternah terlintas di kepala otak mereka ada orang yang begitu berani bertindak sedemikian. Namun, jauh di lubuk hati mereka, mereka juga ingin tahu apakah jawapan kepada persoalan pemuda itu.
Kelihatan ustaz tersebut menggaru kepalanya yang tidak gatal itu. Dia berfikir sejenak. Hadirin tiba-tiba menjadi sunyi sepi, menanti-nantikan jawapan daripada ustaz tersebut. Pemuda yang bertanya tadi sekali lagi mengukir senyuman, mengagak pastilah ustaz tersebut akan mengalah dengan pertanyaan tadi.
Ustaz lantas membuka mulutnya.
"Ada,pasti ada. Tapi berikan saya sedikit masa untuk mencarinya. Yalah,Al-Quran ini ada enam ribu lebih ayat.Saya kena selidik dahulu satu persatu.Ada,Insya-Allah ada."
Pemuda tadi tampak sedikit terkejut. Tidak disangkanya ustaz akan menerima cabarannya itu.
"Baiklah,kalau macam tu masa kuliah subuh esok, ustaz kena tunjuk pada kami semua,sama ada Allah ada atau tidak mengajar umat Islam cara-II menebar roti canai.macam mana?"
"Deal"
Sungguh kool lagi bergaya ustaz itu. Eh.
Seusai solat Isyak berjemaah, terkincit-kincitlah Ustaz Alimin pulang ke rumah, kerana mahu segera memulakan ekspedisi mencari 'Surah Roti Canai.' Dia segera mengeluarkan kitab al-Quran 50 dalam 1 yang dibelinya di Indonesia setahun lepas, yang disimpannya di rak perpustakaan mini rumahnya. Maka bermulalah pencarian Surah Roti Canai bermula dengan surah al-Fatihah di awalannya.
Al-Quran sebagai panduan hidup yang tersirat tetapi jelas,,macam mana tu? |
Sehingga surah Yusuf, Ustaz Alimin masih gagal mencari mana-mana ayat yang menceritakan tentang teknik-teknik membuat roti canai. Ketika itu jarum jam sudah pon menunjukkan angka satu dan tujuh. Peluh besar mula mengalir perlahan di tepi dahinya.
Pencarian Surah Roti Canai diteruskan. Mata Ustaz Alimin sudah mula dipenuhi dengan zat-zat besi yang memberatkan kelopak mata. Bisikan-bisikan putus-asa sudah mula kedengaran kuat di dalam kepala Ustaz Alimin.
"Ah,aku takkan berputus asa!Al-Quran ini Kalamullah! Semua benda Allah ada cerita dalam kitab agung ini."
"Sudahlah tu Alimin oii. Kau mengaku kalah je la.Kau pun tahu.mana ada wujud Surah Roti Canai tu dalam dunia ini,,Bida'ah tu!"
Namun Ustaz Alimin tetap berkeras dan teguh hati. Kesabaran dan keyakinannya akhirnya berbayar juga. Tepat jam dua setengah pagi, seluruh isi rumah dikejutkan dengan jeritan yabedabedu Ustaz Alimin.
"Alhamdulillah!!! Dah jumpaa..DAHH JUMMPPAAA..WOOO!!!"
Mujurlah isteri Ustaz Alimin, Puan Mazidah Rosman segera mendiamkan suaminya itu sebelum jiran-tetangga datang menyerang dengan pinggan terbang atau cawan layang.
Esok pagi, Ustaz Alimin ke surau dengan senyuman berseri-seri hingga ke telinga. Jemaah surau yang sempat bersalaman dan berjumpa dengannya turut merasakan aura keriangan Ustaz Alimin. Hal ini menjadikan mereka ternanti-nanti dan tidak sabar dengan jawapan yang bakal diberikan oleh beliau.
Tiba masa yang ditunggu-tunggu, Ustaz Alimin mengambil tempatnya, bersedia untuk memulakan kuliah Subuh. Seperti yang dijangkakannya, pemuda yang bertanyakan soalan itu dahulu memulakan bicara.
Ustaz Alimin tersenyum yakin.
"Macam mana ustaz? Jumpa tak ayat yang cerita pasal roti canai..??"
"Ada!"Pemuda itu sedikit kaget. Ketika bertanyakan soalan itu semalam, dia amat yakin yang Ustaz Alimin pasti gagal memenuhi permintaannya itu. Tidak disangkanya Ustaz Alimin akan berjumpa juga dengan jawapannya. Namun dia masih skeptikal.
"Ustaz jangan nak bohong ustaz.Bahagian mana dalam Al-Quran yang cerita pasal roti canai..??""Uishh..takkan saya nak bohong kott! Bukan setakat sekali,tapi dua kali Allah bagitahu kita semuaapakah cara terbaik buat roti canai,.."
Ketika ini hadirin menjadi riuh. Tidak kurang yang terjegil biji mata dan terlopong mulut mendengar kenyataan berani mati Ustaz Alimin itu. Malah tirai bahagian jemaah wanita juga diselak, kerana berminatnya kaum Hawa untuk sama-sama mendengar penjelasan Ustaz Alimin.
"Allah berfirman dalam surah al-Nahl dan surah al-Anbiya', bahawasanya:
'Fas-alu ahla zikri,inkuntum la ta'lamun. Bertanyalah kepada orang yang tahu, sekiranya engkau tak tahu.."Ha,,itulah rahsia nak buat roti canai,,!!"Maksud Ustaz..??"
Tanya pemuda itu sambil menggaru hidungnya, separuh tidak berpuas hati dan separuh lagi benar-benar mahukan penjelasan yang lebih daripada Ustaz Alimin.
"Maksudnya.Kalaunak tahu cara buat roti canai,tanyalah pada mamak yang pandai buat roti canai,,!!"~Inche Gabbana~