|
Bagaimana Kita Memandang Diri Kita:)
Assalamualaikum,
اتقوا الله,اوصيكم واياي بالثقوالله,فقد فاز المتقون
Kalau kita buka buku kehidupan kita di hari ini,kita pasti berazam untuk mencoret sesuatu yang baik buat permulaan hari ini.Jadi,kita mulakan pagi kita dengan kalimah tahmid,,"Alhamdulillah,,amalanku masih boleh di'istiqamah'kan lagi sebelum aku menemui ajalku,,,terima kasih ,Ya Allah".Hisablah diri kita sebelum kita dihisab oleh Allah.Bagaimana kita memandang diri kita?.Adakah kita ini sudah terlalu baik dimata kita? Sesungguhnya,makhluk yang berbangga dengan kedudukannya dirinya hanyalah syaitan.Kriteria Iblis bersifat ,"Aku lebih baik dari dirinya,,Kau menciptakan aku dari api dan menciptanya(nabi Adam) daripada tanah,"..Tapi kriteria nabi Muhammad, roll model kita ialah sentiasa bertambah ketakutannya terhadap Allah,bertambah tawadu'nya kepada Allah.Bilamana bertambah kesolehan seseorang manusia itu,sama ada dari jalan pelajaran dan ibadahnya,maka kita boleh lihat kejujuran seseorang itu melalui akhlaknya.Jika akhlaknya baik,maka berkatlah ilmunya dan ibadahnya,kerana apa?~الأدب فوق العلم~adab itu mengatasi ilmu dan dari situlah orang mampu menilai diri kita.Apa gunanya ilmu jika tiada adab,malahan tiada orang yang mahu menuntut ilmu dengan orang yang tidak beradab.Oleh itu,kita hendaklah sentiasa merapat-rapatkan diri kita bersama orang-orang yang soleh,agar kita boleh menilai mereka dan mampu menyerap nilai itu ke dalam diri kita. Sebagai contoh,selepas antum membaca artikel ini,antum keluar dari rumah.Pandangan apakah yang antum lihat kepada pemuda-pemuda di luar sana?ada pemuda yang merempit dan yang tidak mengendahkan nasihat.Pasti antum rasa sakit hati kan jika dakwah lisan antum diperlekehkan?adakah antum akan memandang mereka dengan pandangan kasih sayang?cubalah dengan cara yang lebih menusuk kalbu.Dakwah mengikut cara Rasulullah yang paling ringkas,yakni dengan "adab".Cuba lihat situasi pertama,Apabila antum jumpa mereka,,ucapkan,"Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,",,dan teruskan perjalanan antum tanpa menokok tambah perkataan yang lain,hanya sepatah salam.agak-agak terkesan tidak hati mereka,?tertinggal tidak perasaan ingin bertaubat di benak mereka?,sejuk tidak hati mereka?berbanding antum menerima situasi kedua,antum melihat maksiat kemudian antum berkata kepada mereka,"Ya Allah,aku berlindung dari syaitan yang direjam,aku berlindung daripada mereka yang melakukan maksiat ini,"sambil melihat dengan pandangan yang penuh kehinaan,sakit tidak hati orang yang menerima dakwah kita tadi?cara ini bukanlah cara yang dianjurkan Rasulullah.Lihatlah beza antara cara menegur yang dianjurkan orang yang angkuh dengan kesolehannya dengan cara yang dianjurkan oleh Rasulullah.
|
Kesian,,ada jenis manusia yang tidak nampak aibnya..:) |
Ada satu kisah dimana seorang pemuda telah masuk ke masjid untuk menuntut ilmu,masjid ketika itu memang dijadikan sebagai pusat menuntut ilmu.Tetapi,di dalam masjid tersebut mempunyai halaqatain,yakni dua halaqah pembelajaran.Jadi,dia pun confused memikirkan hendak masuk di dalam halaqah di sebelah sini atau yang di sebelah sana.Kedua-dua halaqah belajar perkara yang sama yakni Al-Quran dan Sunnah.Lantas dia meminta orang yang soleh untuk membantunya memilih halaqah yang terbaik supaya dia boleh menuntut ilmu.Orang soleh itu berkata,"aku akan bawa kamu menilai sendiri kedua-dua halaqah ini,",,mereka masuk ke halaqah yang pertama,sambil berdiri mereka melihat Syeikh itu mengajar dengan tujuan untuk menguji keperibadian Syeikh tersebut.Lalu Syeikh tersebut melihat kelakuan mereka lantas membentak,,"duduk!gapo mu berdiri nih?",,orang soleh itu berkata,"aku dok minat duduk kat halaqah mu ni,"Syeikh berkata,"gapo mu takmboh duduk?,"lalu orang soleh itu membalas,"aku dok puah hati dengan mu,,"Syeikh itu berkata,"dan aku jugok sangak-sangak dok puah hati denga mu ni,,keluar syaitan,jangan mu rosakkan kelah ni!",,"mai kita keluar sebelum kito dok boleh berdiri kena pukui,,"kata pemuda itu kepada orang soleh tadi..Mereka beralih pula kepada halaqah yang kedua.mereka melakukan perkara yang sama,yakni berdiri juga di halaqah tesebut.Maka Syeikh yang terpandang kelakuan mereka pun bertanya,"mengapa kamu berdua tidak duduk?",,"aku taknak duduk di halaqah kamu!,,"..Syeikh menjawab,"kenapa?",,pemuda tersebut berkata,"aku dah lama tidak puas hati dengan kamu nih,,",,lantas syeikh menutup mukanya dan menangis sambil berkata,,"Innalillah wa inna ilahi raji'un,Astaghfirullah,,mungkin Allah sudah membuka keaiban aku kepada kamu yang telah aku sembunyikan,,"dan syeikh itu terus menangis..dalam pada itu,orang soleh tadi melihat pemuda tersebut dan bertanya kepada pemuda tersebut,,"ha,,halaqah mano yang mu berkenan?sini atau sana?..ha,,sekarang antum nampak apa?nampak mereka dok berbual loghat trengganu hancur buatan ana ke?atau nampak perbezaan tahap penilaian masyarakat terhadap kita.Lagi sekali ana ingatkan,,lihat diri kita sendiri.Dimana ada akhlak,disitu ada ilmu.walaupun compang-camping mana pun orang tersebut,jika dia berakhlak,maka dekatilah mereka,mereka ada ilmu.Kata Saidina Ali,,"Lihat apa yang dikatakannya(ilmu),jangan lihat siapa yang berkata mengenainya,,"
|
Ayuh !,,renovate hati yang rosak,, |
Suatu hari,Rasulullah duduk bersama sahabat di dalam masjid,,lalu telah masuk seorang pemuda dengan pangkat yang terkemuka dalam kalangan masyarakat.Lalu Rasulullah bertanya para sahabat,"apa pandangan kamu terhadap orang ini",,maka sahabat menjawab,,"orang ini layak dikatakan,apabila dia merisik pasti dia dikahwinkan,dan apabila dia meminta tidak siapa yang mahu menolak,"Rasulullah diam sahaja dan melihat pemuda tesebut duduk dengan megahnya di dalam masjid.Setelah beberapa seketika,masuk pula seorang yang miskin dan compang-camping tetapi terlihat di mukanya sinar ketaqwaan.Lalu Rasulullah bertanya sahabat soalan yang sama.Lalu sahabat menjawab,"orang ini layak dikatakan,apabila dia merisik pasti dia tidak akan menikahinya,dan apabila dia meminta sesuatu,tiada sesiapa pun yang mahu memberinya,," maka Rasulullah pun membuat ulasan,"orang ini lebih baik daripada orang yang memiliki seisi dunia seperti orang yang tadi itu,,orang inilah yang sentiasa dipandang oleh Allah,"..Lihat,itu ialah ulasan daripada sudut pandangan nabi,maka kita hendaklah mengambil pandangan tersebut untuk kita pandang kembali diri kita.
Bagaimana kita pandang diri kita,,adakah kita memandang diri kita penuh dengan kebaikan,,berhentilah..Jangan kita menilai diri kita ini macam kita ini baik berbanding orang lain.Agama Islam ialah agama yang beradab dengan Allah SWT.Yang layak untuk berbangga hanyalah Allah kerana Allah memiliki segalanya.Mengapa kita melihat diri kita ini lebih baik berbanding orang lain sedangkan kita datang daripada sumber yang sama,," antum min adam,wa adam min turab,,",,kita daripada nabi Adam,nabi Adam daripada tanah.Bermula daripada tanah dan kembali kepada tanah.Tiada yang berbeza kecuali orang yang bertaqwa,,seperti mana hadis Rasulullah,,seorang sahabat bertanya,," man akramannass?"rasulullah menjawab,," Atqahum",,ringkas dan jelas bahawa yang membezakan kita hanyalah ketaqwaan dan orang yang bertaqwa tidak memandang diri mereka itu lebih baik berbanding masyarakat,malahan mereka sentiasa menganggap diri mereka itu hina di sisi Allah,Oleh sebab itulah mereka tidak pernah berbangga dengan ibadah mereka.Jika,mereka memandang orang yang melakukan maksiat dengan pandangan yang hina,maka akan timbul kebanggan dalam hati mereka dan secara tidak langsung akan menimbulkan juga perasaan riak di dalam ibadah mereka.
Untuk kali terakhir di dalam artikel ini,ana menasihati diri ana sendiri dan antum semua untuk sentiasa ingat supaya memandang diri sendiri dengan muhasabah,bukan memandang dengan penuh kebanggaan.Semoga pemahaman antum terhadap artikel ini akan membuka pintu hati kita bersama dan membentuk komuniti muslimin yang mantap dalam kalangan masyarakat yang majmuk ini.Biar mereka melihat akhlak kita dan mengambil iktibar daripadanya.Jangan kita bersama-sama mereka menyertai perangai yang kurang bermanfaat untuk diri kita.Akhir kalam,Assalamualaikum,,
Sekian:)
(: Syukran aala isti'daadikum liqira'ah :)
Older Post . Newer Post
Haiya Ta'aruff
Assalamualaikum,pembuka bicara ukhuwah.
Manaqib Ringkas
Muslim
Enam belas tahun
Madrasah Al-Attas Al-Arabiah
Sijil Menengah Agama
     Terima kasih juga kepada cik Syukrina yang telah membantu sedikit sebanyak dalam pembinaan laman blog ini.
Contact Me: Official Blog | Facebook:) | Twitter:)
Join Us
    Pihak kami di Islam.Inside amat mengalu-alukan sebarang promosi di sini tanpa sebarang bayaran..Ahah!it's free..No pay-pay because i'm not a legend yet,,*cehh,,ayat orang*.Oh,okay-okay,,berbalik kepada tajuk asal,,ehem..jikalau anda berminat,anda boleh menghantar permohonan melalui email = izham_7th@yahoo.com dan juga boleh melalui inbox Facebook = https://www.facebook.com/kawankepadakawan2saya .Tanamlah bibit-bibit usaha anda meskipun anda yakin bahawa peluang amatlah tipis untuk laman ini menembusi sempadan kejayaan yang Owsemm..:)
Blog :)
Tempat para blogger melabuhkan promosi untuk blog mereka~