Islam.Inside
Ya Allah,,Bebaskanlah Saudaraku
19 November 2012 ? 0 Bismillah ?
Assalamualaikum,:)

      Apabila kita berbincang mengenai saudara yang mana satu kah yang antum anggap owsem,antum pasti membayangkan saudara yang mempunyai kereta yang besar-besar,yang hensem-hensem,yang cantik-cantik,yang pandai-pandai dan kaya-raya serta yang paling penting sekali,poketnya mesti tebal..kan ?.Walaupun antum tahu bahawa tidak banyak perbezaan pun antara saudara yang antum anggap owsem itu dengan saudara yang antum anggap ordinary,tetapi ada sahaja yang mendorong untuk lebih memilih yang antum anggap owsem itu.Mungkin hanya ingin menjadi famous dan unik.

      Tambahan pula,antum akan rasa seronok apabila berada di sampingnya setiap waktu.Makan sama-sama,minum pun sama-sama,,pokoknya semua aktiviti dilakukan bersama-sama lah kerana hanya ingin mendapatkan keseronokan dunia yang sementara ini.

#Ana tak cakap antum yang lakukan semua aktiviti ini,mungkin Maimunah yang dekat London yang melaksanakannya,,Husnu Dzon~

       Namun,terdapat saudara kita yang lebih owsem imannya yang sedang berada di hujung muncung Raifal M-16 yang antum patut anda habiskan masa supaya berdoa untuknya.Cuba antum bayangkan,jika antum berada dalam posisi mereka.Dengan melihat keadaan saudara antum yang syahid terbujur akibat baru sahaja ditembak raifal dan kemudiannya muncung raifal tersebut kini berada di dahi antum pula.Menunggu saat picu hendak ditarik.Apakah yang antum fikirkan?adakah berharap tubir mata antum melancarkan laser tepat kearah musuh seperti Superman?atau secara tiba-tiba tangan antum boleh menembak sarang labah-labah tepat ke arah mata musuh seperti Spiderman?ahh,,berhenti berfikir perkara yang mengarut!saudara kita sedang dalam kesusahan pun masih mampu kita nak bercanda,,?

                                                

      Ya lah..Mungkin jika kita mendongak ke atas ketika ini,kita mampu lihat langit yang cerah berwarna biru  luas terbentang,rumah-rumah masih gah berdiri,semua orang masih bebas berjalan di kaki lima dan masih lagi mendengar gurau senda dan canda tawa kanak-kanak yang bermain bersama rakan-rakan mereka.Namun,cuba bayangkan jikalau suatu hari nanti,langit yang cerah itu bertukar menjadi langit yang dipenuhi dengan asap dan dihujani dengan mortar-mortar yang dihumban melalui pesawat-pesawat perang musuh.Rumah-rumah yang dahulunya gah berdiri,jatuh menyembah bumi bersama-sama dengan penghuninya sekali.Kaki lima yang biasanya dipenuhi dengan pedestrians,terdapat pula tentera-tentera musuh yang sedang memburu penduduk yang tidak bersalah.

#Cuba bayangkan,,

      Bukan mereka yang mahukan peperangan itu berlaku,bukan mereka yang ingin mengangkat senjata mempertahankan tanah tumpah darah mereka pada awalnya.Tetapi semua itu berlaku dengan takdir-Nya yang Maha Kuasa terhadap apa yang dirancang.Bagi sesiapa yang Allah mengehendaki kebaikan untuknya,maka Allah akan berikan mereka ujian sebagai iringan untuk kebaikan tersebut.Majoriti manusia apabila terdengar arahan untuk "diuji",(apatah lagi suruhan untuk mengangkat senjata),semua akan menutup telinga seolah-olah tidak setuju dengan ujian tersebut.Kan pekak betul-betul baru hendak menyesal..Sabar..Oleh itu Allah S.W.T. telah berfirman:

"Diwajibkan keatas kamu berperang padahal berperang itu berat bagi kamu (tidak sukai).Boleh jadi yang kamu benci itu ada kebaikan bagimu.Boleh jadi (juga)nyang kamu sukai itu (akibatnya adalah) buruk bagimu.Allah jua yang mengetahui sedang kamu tidak mengetahuinya."
      Allah tahu sedangkan hamba-Nya tidak tahu apa yang sedang dirancang oleh-Nya.Ada kebaikan di sebalik sesuatu perkara yang tidak kita sukai.Mungkin kita tidak suka dan tidak gemar apabila muncung raifal yang berhabuk milik askar Israel Laknatullah itu melekat di dahi kita,,yalah,,hanya tinggal menunggu saat picu ditarik sahaja.Memikirkan lagi family,kawan-kawan,anak kucing,kerja sekolah dan sebagainya di saat peluang muncul dihadapan mata.Jikalau picu ditarik dan di lubuk hati antum masih lagi tersemat lencana jihad,maka tidak perlu berdalih lagi,syurgalah tempat yang selayaknya jikalau tiada halangan.Insya-Allah.

     Namun,apakah yang membuat pengorbanan saudara kita itu menjadi super owsem?

      Apa yang terzahir,kita hanya melihat semangat mereka mempertahankan tanah air mereka.Kita hanya lihat semangat mereka mempertahankan agama mereka.Semangat mereka mempertahankan bumi Anbiya'.Perjuangan mereka menuntut kebebasan.

      Tetapi ada yang kita terlepas pandang.Sebenarnya perjuangan mereka telah mengumpulkan dan mengerat tali ukhuwah Islamiah antara kita.Apabila kita lihat saudara kita ditindas,kita bangkit membantah bersama-sama.Apabila melihat saudara kita dibunuh dengan kejam,timbul rasa kasih sayang terhadap saudara yang berada disamping kita.Kita tidak mahu kehilangan mereka.Maka,kita jaga ukhuwah kita bersama-sama.Apabila kita bangkit bersama,maka timbul satu perasaan di mana kita tahu bahawa kita diciptakan bukan hanya untuk menyembah Tuhan yang Maha Esa,bahkan kita perlu menjaga tugas kita sebagai seorang khalifah di muka bumi ini.
"Dan ingatlah ketika Tuhan berfirman kepada malaikat,"Sesungguhnya Aku akan melantik seorang khalifah di bumi ini,"

                                               

       Apabila kita yakin bahawa kita ini semuanya adalah sebuah komuniti besar khalifah,maka akan terwujudlah satu pemikiran yang menjurus kepada sebuah pembangunan Islam.Akan timbullah keyakinan bahawa kita ini boleh menyaingi kuasa barat.Dan apabila kita sudah mula yakin yang kita ini seorang khalifah,maka kita tidak akan biarkan diri kita membuat amalan secara sendiri.Maka,yang akan baik,hanya kita seorang,yang akan alim hanya kita seorang,yang akan qiamullail hanya kita seorang dan yang akan pandai pun hanya kita seorang.Jadi,dari mana tamadun Islam akan berkembang sekiranya yang berjaya hanya seorang.?

      Demikianlah kesan pengorbanan sekelompok saudara kita yang disana,atau lebih jelas lagi di tebing Gaza,Palestin yang sedang bermati-matian mempertahankan hak mereka dan tanpa kita sedari juga hak-hak kita.Setiap hari,mereka dijamu dengan bom dan raifal.Setiap hari,mereka dijamu dengan tangisan dan duka seperti yang terzahir.Tetapi ingat,walaupun saudara mereka rebah di samping mereka dengan kesan tembakan di dahi,namun mereka tidak pernah mengatakan bahawa Allah itu tidak adil,bahkan mereka rasa bersyukur dan bangga jikalau anak-anak lelaki mereka syahid di medan peperangan.Kita pula bagaimana?

       Maka,mari kita doa sama-sama,,
"Ya Allah,Ya TuhanKu,,sepertimana Engkau berikan kebebasan dan  kemudahan buat kami di sini,maka berikanlah juga kebebasan dan kemudahan tersebut kepada saudara kami yang ditimpa kesusahan dan kesempitan.Ringankanlah ujianmu wahai Tuhanku meskipun kami tahu bahawa setiap ujian itu tidak membebankan lagi memberatkan hambaMu.Tetapi kami disini tidak mampu menahan keperitan hidup saudara kami.Ya Allah,,bantulah para mujahid dalam mencari syahidnya dan bantulah mereka dalam usaha mencari kebebasan Al-Aqsa.."
      Kini,dimana lagi di sudut dunia yang patut kita jejaki untuk mencari saudara yang Owsem?~ya,,tepat sekali,,saudara di Palestin~:D,,maka ingatlah,malam ini mungkin kita boleh tidur dengan nyenyak,tetapi saudara kita?~belum tentu akan jumpa hari esok.

Sekian:)
     



   




(: Syukran aala isti'daadikum liqira'ah :)




Older Post . Newer Post



// Copyright by Muslim

Tutorial Here