Islam.Inside
Mencari Hidayah Allah :)
17 October 2012 ? 0 Bismillah ?
Assalamualaikum,,

    Alhamdulillah,,segala puji bagi Allah Yang Maha Mulia lagi Maha Menerima Taubat,Yang Maha Membuka Pintu Taubat,Selawat dan Salam keatas pemimpin orang-orang yang bertaubat,Nabi Muhammad S.A.W,serta keluarganya dan para sahabatnya dan orang-orang yang menjadi umatnya..Sollu Alaihi!..

     Selama kita hidup di atas muka bumi ini,adakah kita memikirkan soal kematian?berapa ramai orang yang masih berfoya-foya dan masih bersuka-ria,,sedangkan kematian sentiasa berlegar-legar di atas kepalanya.Kita tidak tahu,bila kita akan meninggal dan memulakan hidup di alam lain.Kita hanya diberitahu bahawa perkara yang paling hampir dengan kita ialah kematian.Namun,adakah kita sudah menyediakan bekalan untuk dihadapkan kepada Allah?jikalau antum sudah menyediakan pun,adakah bekalan itu mencukupi?Hembusan taubat itu akan sampai sekiranya kita sendiri yang menginginkannya,dan Allah tidak akan menolak taubat hamba-hambaNya.

   
                                                        

     Boleh jadi perasaan itu didorong jika kita duduk dalam kalangan orang-orang yang soleh,dan boleh jadi taubat itu jatuh tanpa sebab di atas orang yang masih belum sedar menerusi kehendakNya.Tapi,sepertimana yang kita tahu,rezeki tidak akan jatuh di atas orang yang duduk bersenang-lenang di rumah sambil menggoyang kaki.Sama juga seperti hidayah,kita tidak sepatutnya berlengah-lengah untuk menerima hidayah daripada Allah.Kita haruslah berusaha untuk mendapatkan keredhaan Allah S.W.T agar kita tergolong dalam kalangan orang-orang yang bertaqwa.Adakah sudah dicampakkan dorongan ini ke dalam hati antum?
dalam diri ana,ana sendiri baru terasa bahawa ana sering melakukan dosa,,ana takut kalau ana dihadapkan kepada Allah berseorangan,lalu Allah bertanya,,

     "Hambaku,adakah engkau ingat hari itu,,waktu itu,,hari dimana engkau telah menguncikan pintu-pintu dan engkau telah berlindung daripada mata-mata makhlukKU dan engkau malu terhadap pandangan mereka terhadap kamu,dan engkau telah menghadapan kepadaku perkara yang tidak Aku redhai,dimanakah pandanganKu terhadap kamu?Hambaku,mengapa menjadikan Aku dikalangan yang paling hina melihat engkau?Hambaku,,engkau malu terhadap makhlukKu tetapi tidak malu terhadapKu?

Hambaku,
     Aku melihat kekosongan pahala dalam dirimu,Aku telah memberikan engkau kenikmatan,,Aku telah memuliakan kamu dengan kalimah "La ilaha illallah".Engkau telah hidup dengan kalimah itu,ibumu telah mengalunkan kalimah itu kepadamu tatkala engkau di terlena di buaian.Berharap hayunan buaian itu mampu membesarkan seorang penggoncang dunia,ibumu telah mendodoikan kamu dengan kalimah itu.Pancainderamu menerima semua itu,,telingamu mendengar setiap hembusan nafas yang digunakan ibumu untuk menyebut kalimah itu.Matamu mampu melihat gerak bibir ibumu menyebut kalimah itu.kemudian kau hidup,kau bangkit dengan nikmat yang telah aku berikan kepadamu.Lantas engkau menggunakan nikmat itu untuk menentangku.?"

*Tersedar..

                                                        

    Setiap perbuatan dan niat akan dikira oleh Allah,walau dimana pun kita berada.Sebab itu Rasulullah pernah bersabda," Bertaqwalah kamu walau dimana kamu berada," kerana kita tidak mampu menjangka kematian kita.Allah menilai kita bukan dari sudut berapa banyak amalan yang kita lakukan,tetapi Allah hanya memandang seberapa ikhlas hati antum melakukan sesuatu amalan itu.Imam Ghazali masuk ke syurga bukan kerana kitab-kitabnya mahupun amalannya yang bertimbun,tetapi beliau dapat merasai raudhah hanya kerana seekor lalat.Lihat,kita lihat dunia kita,,orang yang ternama,orang yang terkenal sentiasa berdiri di atas pentas,..media-media pasti menulis komen,dan mengambil sedikit gosip tentang orang itu serta merakam-rakam aksi-aksinya daripada sekecil-kecil perbuatan sehinggalah segempar-gempar perbuatan.Lalu mereka akan,menyiarkannya di kaca-kaca televisyen.

*Antum beredar daripada kerusi lalu pergilah mencuci muka..Kemudian,patah balik ke kaca laptop mahupun komputer untuk sambung berfikir tentang apa yang ana katakan..

                                                             

     Sama juga seperti Allah yang sentiasa menjaga kita,melihat kita,menugaskan malaikat mencatat amalan-amalan kita,kerana apa?kerana Allah memang sayangkan kita.Tidak kira walau sebesar manapun kesalahan dan dosa hambaNya,Allah tetap mengampunkan kita..nampak tidak?disebabkan tingginya martabat manusia disisi Allah kerana manusia bukan haiwan,bukan tumbuhan,,manusia ialah khalifah di muka bumi ini.Allah menciptakan manusia bersama-sama nafsu,oleh kerana itulah manusia sering melakukan kesilapan.Tetapi,hati manusia boleh diubah dan masih boleh kembali kepada Allah,,

     Setiap gelak-tawa,sedih,gembira,marah,bergurau-senda dan yang sewaktu dengannya,akan ada pengakhirannya.So,alangkah indahnya jika kita akhiri hidup kita dengan keadaan yang baik."Allahumakhtim lana bi husnil khotimah,wa la takhtim alaina bi su'il khotimah,,"moga-moga Allah golongkan kita dalam kalangan hamba-hambaNya yang sempat menerima hidayah dan dapat menghayatinya.Amin~

Sekian:)  

   




(: Syukran aala isti'daadikum liqira'ah :)




Older Post . Newer Post



// Copyright by Muslim

Tutorial Here