Wasiat Para Pengharap:)
Assalamualaikum,,
|
credit:) |
Satu suara daripada satu sosok tubuh pernah berkata kepada saya satu masa dahulu:
"Anakku,,apabila kamu sudah dewasa nanti,bagaimana kamu mahu berguna kepada agama,negara,masyarakat dan diri sendiri?.."
Kata-kata yang membina.
Cukup kuat untuk saya bulatkan tekad untuk membina satu perubahan.
Perubahan yang saya kira tidak akan sirna dengan izin-Nya.
Persoalan itu seolah-olah meletakkan satu tanggungjawab terhadap diri saya,di mana persoalan itu jelas ditujukan kepada nasib sesuatu bangsa di tangan anak-anak muda.Agak terkesan hati saya setelah menafsir kata-katanya yang cukup mendalam.Maka,saya mula bangkit untuk mencari apa-apa yang mungkin boleh saya sumbangkan.Orang kata,mahu menyumbang,mesti mahu ada duit.Namun,saya hanyalah seorang pelajar.
apa yang saya ada?
Kata akhuna Hilal Asyraff..bukan duit,duit yang sedikit juga tidak mengapa.Kita masih boleh menyumbang.
Maka,apa yang saya ada selain duit yang sedikit itu?
Ya! itu dia..saya ada kemahiran untuk menulis,dengan menulislah saya mampu menyumbang untuk masyarakat.Saya ada facebook's page,dan dengan medan itulah saya jadikan medium untuk saya menyumbang kepada masyarakat.Apabila saya sudah menyumbang dengan tidak menjadikan duit sebagai penyelesaiannya,maka saya tidak punyai keperluan untuk memaksa diri anda menjadi kaya duniawi semata-mata untuk menyumbang kepada dunia.Oleh itu,saya tidak akan rasa miskin.Bahkan,saya akan rasa lebih 'kaya' dengan jalan yang berbeza iaitu 'kaya ilmu yang boleh disumbangkan' kerana ilmu tidak akan berkurangan jika saya agih-agihkan,,,kan?
|
Kiai Syukron Ma'mun |
Kata kiai Syukron Ma'mun lagi.."Rumpun bangsa melayu masa hadapan tidak akan ditentukan oleh kami,para kiai.Bahkan ketentuan itu terletak di telapak tangan kamu.Maka,genggamilah tangan kamu sekuatnya,jangan biar nasib bangsa melayu itu sendiri terlepas dari landasannya sekarang."
Sekali lagi saya dapat rasakan hangatnya tanggungjawab di telapak tangan anak muda.Memetik kata-kata kiai itu lagi,
"Hijaunya nasib sesuatu bangsa tidak ditentukan oleh kami,para ulama'.Putihnya agamamu yang sedang kamu anuti ini yakni Islam,tidak diputihkan oleh kami,para kiai.Merahnya warna negaramu,tidak dicurahkan oleh kami,para habaib.Warna-warninya variasi warna masyarakatmu tidak dicorak oleh kami,para orang tua yang berada di hadapanmu ini!.Kami hanya memberikan kamu pena,maka dengan pena itulah kami tugasi kamu untuk mewarnakan sendiri nasib bangsa kamu.Kelak,kami juga akan meninggalkan dunia yang penuh dengan noda ini.Maka,kami tugasi kalian untuk menghapus noda-noda itu dengan hatimu,anak-anakku.."
Kata-kata ini sukar untuk saya lupakan bukan kerana saya takut untuk ditanya kembali,bahkan kata-kata ini saya ingati kerana saya sayang akan bangsa saya.Dengan setiap bait-bait perkataan inilah saya jadikan panduan untuk saya terus maju ke hadapan membina nasib bangsa Melayu yang kian rapuh.Rapuh dengan kehadiran teknologi yang membunuh.Seharusnya,teknologi itu diasasi dengan taqwa kepada Allah,barulah semuanya akan tunduk dengan rasa perhambaan kepada Allah S.W.T.
Seringkali manusia akan terpesona dengan segala permainan di dunia ini.Permainan bisnes,permainan tradisional,permainan dalam beribadah dan yang sebaris dengannya.Segala permainan itu membuatkan kita buta dan pekak sehingga kita tidak pernah terasa bahawa segala permainan itu akan terhenti satu masa nanti.Tangisan dan gelak tawa tidak akan berterusan selamanya.Tangisan akan disilihkan dengan senyuman,dan begitu juga sebaliknya.Maka,menangislah kamu di waktu mudamu,agar kamu bisa tersenyum di waktu tuamu..
Akhir kata,,kalau saya tidak mahu mendengar nasihat kiai ini untuk jangka masa sekarang,maka saya akan lihat sesuatu yang tidak ingin saya lihat pada mungkin 10 tahun akan datang.Sesungguhnya,hidup anak muda ialah dengan ilmu dan taqwa.Hiasi zaman mudamu dengan cahaya iman..Kutip iman para remaja yang tercicir lalu kembalikanlah kepada mereka,jangan simpan buat diri anda."Seandainya ilmu itu mampu diperolehi dengan angan-angan,maka tidak akan ada lagi orang bodoh di atas muka bumi ini.."
Sekian:)
(: Syukran aala isti'daadikum liqira'ah :)
Older Post . Newer Post
Join Us
    Pihak kami di
Islam.Inside amat mengalu-alukan sebarang promosi di sini tanpa sebarang bayaran..Ahah!it's free..No pay-pay because i'm not a legend yet,,*cehh,,ayat orang*.Oh,okay-okay,,berbalik kepada tajuk asal,,ehem..jikalau anda berminat,anda boleh menghantar permohonan melalui email = izham_7th@yahoo.com dan juga boleh melalui inbox Facebook = https://www.facebook.com/kawankepadakawan2saya .Tanamlah bibit-bibit usaha anda meskipun anda yakin bahawa peluang amatlah tipis untuk laman ini menembusi sempadan kejayaan yang Owsemm..:)
Blog :)
Tempat para blogger melabuhkan promosi untuk blog mereka~