::Istiqamah dalam perubahan:)
Assalamualaikum,
Hmm,,sudah sekian lama tidak meng'update' blog ini,terasa kekok pula nak menaip setiap huruf di laptop ini.Biasalah,calon Penilaian Menengah Rendah lah katakan.Tetapi,itu bukan penghalang untuk ana meneruskan niat bagi berkongsi ilmu dalam alam maya sebegini.kan?..Baiklah,baru sebentar tadi ana beritahu bahawa ana ini ialah calon PMR kan?,,Yalah,kira-kira dalam 23 hari dari sekarang ana akan masuk ke dewan peperiksaan,, menakutkan bukan.?takut tidak takut,akan tetap juga dihadapi..persoalannya sekarang,apakah ana sudah bersedia menghadapinya?sehingga sekarang pun ana tidak dapat lihat perubahan keatas diri ana sendiri..Bagaimana ini?
Perubahan,,urghh,,memang sesuatu yang semua orang hajatkan kan?cuma kadang-kala perubahan itu tidak menjadi kenyataan dan terbantut disebabkan perubahan itu hanya diibaratkan "hangat-hangat tahi ayam",tidak bertahan lama.Nak berubah jadi baik?boleh,,nak berubah jadi pandai?boleh,,nak berubah jadi tampan?boleh,,siapa kata tidak boleh berubah.Bahkan Allah sendiri sengaja tidak menetapkan Qada' kita.Kita sendiri boleh mengubah Qada' Muallaq dengan izin Allah.tapi semua itu perlukan kepada istiqomah yang haqiqi.
Jagalah konsistensi hubungan kita dengan Allah.Hubungan kita dengan Allah memang tidak boleh dipisahkanJika dipisahkan,maka akan sesatlah perlahan demi perlahan ke lembah kesesatan.Bagaimana Allah hendak menyalurkan kekuatan untuk kita istiqomah dalam perubahan sekiranya kita sendiri tidak pernah meminta kepada Allah supaya menyalurkannnya.Ibadah itu ibarat jambatan hubungan antara kita dan Allah,sekiranya ibadah kita tidak mampu menampung jambatan itu,maka jambatan hubungan itu akan putus.Jika jambatan itu putus,bagaimana doa kita mahu sampai?fikir-fikirkanlah..
Ambil langkah ke belakang dan renung kembali masa-masa lalu.Muhasabah diri.Persoalkan diri,mengapa aku perlu berubah?apa yang perlu aku ubah?apa akan terjadi jika aku berubah?..Hisab diri sendiri sebelum Allah menghisab diri kita di padang Mahsyar kelak.Mungkin ana tidak boleh mengira berapa banyak dosa yang telah ana lakukan,tetapi cukup sekadar bertaubat memohon ampun daripada Allah selagi matahari belum terbit dari barat.Taubat bukan sekadar di lisan sahaja,taubat dengan taubat Nasuha.Ana pernah dengar cerita.Ada seorang hamba Allah yang terkenal dengan jolokan Ketua Perompak padang pasir.Fazil Ayyaz namanya.Dah kata ketua perompak,mestilah hidupnya dipenuhi dengan merompak sahaja kan.Walaubagaimanapun,beliau ini bukan seorang yang suka meninggalkan solat seperti perompak-perompak
hari ini.Solatnya sentiasa cukup dan lengkap.Allah pernah berfirman,sesiapa yang menjaga agama Allah nescaya Allah akan menjaganya dan menetapkan kedudukannya di akhirat kelak.Seperti Fazil juga,Allah telah menjanjikan hidayah untuknya setelah Allah memberinya taufiq.Akhirnya,ketua perompak itupun bertaubat dan tidak melakukan sebarang jenayah lagi.
Jangan sesekali kembali ke zaman jahiliyah antum,,sekiranya syaitan tetap juga mahu menghasut dan menghasut,kembali kepada Allah,kan setiap makhluk akan kembali kepada Allah..sentiasa beristighfar kepada Allah memohon perlindungan daripadaNYA kerana syaitan tidak akan melepaskan dan berputus asa untuk menghasut anak Adam sehinggalah mereka benar-benar sesat dan ketika itulah syaitan akan ketawa berguling-guling melihatkan kita yang tersesat mencari jalan pulang seperti kambing yang mencari kawanannya di kaki bukit.
Daripada Syufyan Ibn Abdillah As-Saqafi berkata, Aku berkata, "Wahai Rasulullah katakanlah kepadaku satu perkataan dalam Islam yang aku tidak akan bertanya kepada seorang pun selain engkau. Baginda bersabda, "Katakanlah, "Aku beriman kepada Allah, kemudian beristiqamahlah (jangan menyimpang)."
(Hadis Riwayat Muslim)
Dalam melakukan sesuatu amalan,hendaklah ia ikhlas dan tidak dalam keadaan yang terpaksa kerana jika amalan dilakukan dalam keadaan yang terpaksa akan menyebabkan kita tidak merasai nikmat halawatul Iman yang sememangnya manis dirasai di dunia dan di akhirat.Biarlah perubahan yang dilakukan sedikit tetapi isitqomah dan ikhlas kerana Allah.Setiap amalan yang kecil dan istiqomah lebih baik berbanding amalan yang besar tetapi hanya lakukannya untuk berbangga di dunia yang kecil ini sahaja.Bak kata pepatah "apa guna?".
Hendak melakukan perkara istiqomah bukanlah perkara yang mustahil,tetapi ia hanya memerlukan sedikit kesungguhan dan cabaran mengikut persekitaran kehidupan antum sahaja.Mudah kan?
Thoib,diharap penulisan ana ini sedikit sebanyak dapat membantu antum dalam melayari kehidupan yang penuh cabaran ini.Tidak ada orang lain yang mampu mengubah diri antum sendiri melainkan Allah dan diri antum sendiri.Kan lebih cantik dan tampan sekiranya setiap amalan itu di'istiqomah'kan dalam kehidupan seharian.So,selamat tinggal~
Sekian,:)
(: Syukran aala isti'daadikum liqira'ah :)
Older Post . Newer Post
Join Us
    Pihak kami di
Islam.Inside amat mengalu-alukan sebarang promosi di sini tanpa sebarang bayaran..Ahah!it's free..No pay-pay because i'm not a legend yet,,*cehh,,ayat orang*.Oh,okay-okay,,berbalik kepada tajuk asal,,ehem..jikalau anda berminat,anda boleh menghantar permohonan melalui email = izham_7th@yahoo.com dan juga boleh melalui inbox Facebook = https://www.facebook.com/kawankepadakawan2saya .Tanamlah bibit-bibit usaha anda meskipun anda yakin bahawa peluang amatlah tipis untuk laman ini menembusi sempadan kejayaan yang Owsemm..:)
Blog :)
Tempat para blogger melabuhkan promosi untuk blog mereka~