Islam.Inside
Lughotul Arabiah :)
4 June 2012 ? 0 Bismillah ?
Assalamualaikum,,
     Dalam kehidupan seharian,kemahiran berbahasa sangat penting untuk kita berkomunikasi sesama manusia.Bahasa juga melambangkan kedaulatan sesuatu bangsa.Jadi,disini ana nak berkongsi sedikit tentang satu bahasa ini iaitu Bahasa Arab.Allah telah menjamin bahawa bahasa arab ini takkan luput sehinggalah hari kiamat,bukan hari kiamat sahaja,malahan bahasa arab ini akan kekal digunakan sebagai bahasa di alam akhirat. 
                                
                             

     Al-Quran juga telah merakamkan sebaris ayat tentang kelebihan belajar bahasa arab ini,,"Sesungguhnya Kami menurunkan Al-Quran dalam bentuk bahasa arab supaya kamu semua berfikir".Jangan risau,jika antum belajar bahasa arab,insyallah tiada halangan untuk memahaminya.Sebagai contoh,ana telah lihat statistik markah subjek bahasa arab dan bahasa ibunda ana,ternyata bahasa arab yang telah ana pelajari bermula daripada tingkatan satu lebih tinggi berbanding markah subjek bahasa melayu yang ana telah ana pelajari sejak bayi.

  Lihat,disini kita dapat lihat keberkatan belajar bahasa Rasulullah.Bahasa Arab juga boleh dijadikan keuntungan jika dipelajari dan diamalkan.Ingat,7 negara yang menggunakan bahasa ibunda mereka dengan bahasa arab merupakan negara yang kaya raya.Jika antum mahu meluaskan empayar perniagaan,tidak salah jika melakukannya di negara-negara tanah arab tersebut.Disamping itu,dapatlah juga antum melaksanakan sunnah Rasulullah yakni berniaga dan dijamin halal jika berniaga dengan masyarkat arab selain membantu dalam ekonomi umat Islam.Tidak rugi kan,,?

   Allah juga telah menjamin bahasa arab tidak akan luput,kerana apa,,?kita lihat,Wahyu Allah itu diturunkan dalam bahasa apa,,?Kota ilmu itu dimana?Haa,,selagi wahyu Allah tidak luput,selagi itulah bahasa arab akan terus digunakan dan diamalkan dan kota ilmu yang ana maksudkan disini ialah Baghdad,Iraq.Dahulu,kota Baghdad merupakan sebuah 'insitusi pengajian' para ulama'.Segala ilmu termasuk ilmu kedoktoran,ilmu falsafah dan ilmu astronomi berasal daripada tokoh-tokoh Islam dan semua itu dalam bahasa Arab.

            

  Maka,marilah pelajari bahasa arab untuk memperjuangkan  islam kerana islam itu datangnya dari tanah arab.Allah S.W.T telah menurunkan ayat ini ,,"Katakanlah wahai Muhammad,jika umatmu mencintaiKu,maka ikutilah sunnahmu nescaya Aku akan mencintai mereka,".Maka,berbahasalah seperti Rasulullah,kerana sesiapa yang mengikuti setiap sunnah Rasulullah akan dapat merasai kecintaan Allah terhadap kita.

Sekian:)

~Seorang hamba~
Izham Aziz





(: Syukran aala isti'daadikum liqira'ah :)




Older Post . Newer Post



// Copyright by Muslim

Tutorial Here