Islam.Inside
Cintakan Redha Allah:)
13 April 2012 ? 0 Bismillah ?
    Assalamualaikum,

   Bila bercakap mengenai cinta,ramai yang akan menyahut seolah-olah alim dalam bab ini.Tahukah mereka apa itu cinta.Menurut daripada apa yang ana faham,cinta itu 'hendak bersamanya ke syurga'.Jika manusia sedang bercinta,orang kata macam orang mabuk.semua benda di sekelilingnya tidak dihiraukan,yang dia fikir hanyalah orang yang dicintainya sahaja.Orang kata lautan api sanggup diredah,Gunung Everest sanggup didaki.Adakah mereka benar-benar faham maksud cinta?

   
  
      Apakah itu namanya cinta jika diakhirat nanti berbalahan,saling salah-menyalahkan.Apa namanya cinta jika kedua-duanya dihumbankan ke neraka? Cinta yang suci adalah cinta yang diredhai Allah S.W.T.Cinta yang akan kekal dengan izin Allah,,ana sangat lega jika seorang remaja berfikiran begitu,tetapi masih adakah remaja yang mahu berfikir ke arah itu?
    Bagaimana bercinta dengan redha Allah?
    Jawapan saya mudah.semasa bercinta,buatlah apa yang Allah suruh dan tinggalkan apa yang Allah tegah.
    Semasa bercinta,banyak ruang untuk melakukan maksiat.kita akan terpanggil untuk bergayut-gayut di telefon berpanjangan,ingin tenung menenung gurauan,ingin keluar makan bersama dan seribu satu macam lagi perbuatan pasangan yang belum kahwin,tetapi nampak macam dah mempunyai ikatan perkahwinan.Maka tinggalkanlah semua itu jika hendakkan redha Allah.Tetapi bagaimana cinta kita berjalan?
    Mudah.Kalau sudah jatuh hati,selidiki dahulu latar belakangnya,tanya rakan-rakannya,itu bagi yang berhati-hati dalam memilih calon pasangan.Tetapi kalau dah suka sangat,terus terang sajalah.Hantar surat atau cakap terus terang.Tak salah.
    "Saya suka Awak.boleh awak jadi isteri saya.?".Mudah.dosa pun tidak.tetapi janganlah berlebih-lebih.
    Kalau sudah setuju,tengoklah keadaan.Mahu bertunang ataupun bersabar dahulu.Yang penting,selepas meluahkan ungkapan cinta itu,jangan lupa berta'aruf dengan keluarganya.Jangan lupa juga maklumkan kepada keluarga kita supaya berlaku persetujuan.Beritahu ibu bapa kita supaya bina hubungan dengan keluarganya.Ha,mudah kan,,?nak berdating,,?pergilah berdating bersama keluarga,ajak keluarganya datang rumah,makan sama-sama.Berziarah ke rumah "bakal mentua"..sekurang-kurangnya tidak menimbulkan fitnah.
 
Sentuhan yang halal membawa ke syurga












~seorang hamba~
    Izham Aziz

sekian:)





(: Syukran aala isti'daadikum liqira'ah :)




Older Post . Newer Post



// Copyright by Muslim

Tutorial Here