::Remaja:)
Assalamualaikum,,
Kealpaan sebahagian besar remaja muslim pada masa kini akhirnya memakan diri mereka sendiri dek dihanyutkan oleh arus yang bercanggah dengan apa yang telah diajar oleh Rasulullah satu masa dahulu.Hal ini kerana pihak barat sentiasa berusaha keras untuk merosakkan dan menjatuhkan keutuhan kekuatan muslim khususnya remaja islam.kerana apa?~hmm,,kita tutup sebentar sesi "menulis karangan mengikut tatabahasa" yang adakalanya dianggap terlalu "skema" kerana takut nanti tiada seorang makhluk pun yang sudi baca artikel ini dek kebosanan tahap 10 yang melampau akibat dipenuhi oleh "peraturan-peraturan tatabahasa yang rigid".kan?(biasalah,tinggal lagi beberapa hari sahaja lagi mahu hadapi PMR)~Okay,kita berbalik kepada topik asal~.
Baiklah,kita lihat semula diri kita,kita lihat rakan-rakan sebaya kita.Kemudian kita lihat pula kepada orang tua-tua yang sedang meniti usia emas mereka.berbeza bukan?perbezaan dari segi apa?~cuba antum "test power",cabar datuk antum yang umurnya lebih kurang nak dekat 80 tahun,berlari di trek sepanjang 100 meter.Agak-agaklah,siapa yang sampai garisan penamat dahulu ya?mestilah orang muda yang bertenaga dan bersemangat tinggi yang menang bukan?
Ya,,remajalah yang menjadi igauan masyarakat yang mahu menumbangkan Islam,kerana mereka juga pernah ditumbangkan oleh remaja juga..Hebat tidak remaja?Oleh kerana itulah pihak barat cuba meracun golongan remaja sejak awal-awal lagi,kerana mereka tidak mahu "klon" remaja Islam didikan Rasulullah muncul kembali menggugat kedudukan mereka selaku kuasa dunia.Disebalik kekejaman dan keganasan mereka,sebenarnya mereka akan lebih "gabra" jika terserempak dengan kelibat pewaris Muaz dan Muawwiz..kecut kan?~nampak tidak permainannya?
Kisahnya bermula ketika perang Badar dimana ketika itu umat Islam menghadapi peperangan pertama dalam sejarah mereka berhadapan dengan Musyrikin Quraisy.Dalam ramai-ramai muslimin yang dewasa,terselit pula dua orang yang boleh dikateogorikan sebagai remaja.Muaz dan Muawwiz namanya.Disebabkan keinginan mereka yang sangat tinggi untuk menyertai peperangan pertama dalam sejarah Islam ini,Rasulullah pun membenarkan mereka untuk turut serta.Ketika sedang tercetusnya peperangan,hajat Muaz dan Muawwiz ini tidak lain dan tidak bukan hanya ingin memerangi Abu Jahal.Jadi,selepas melihat Abu Jahal di depan mata mereka,mereka tidak melepaskan peluang melibas pedang mereka umpama singa yang sedang kelaparan di bawah sinar bahang matahari.Pada satu ketika Abu Jahal melibas pedangnya dan mengenai tepat ke lengan salah seorang daripada mereka.Melihatkan tangannya yang hampir-hampir ingin putus dan berasakan tangan yang hampir putus itu merimaskannya,maka dia segera memijak tangannya dan memutuskan tangannya lalu menyambung usahanya untuk membunuh Abu Jahal.Hasil kesungguhan dan keberanian itulah yang membuat pemimpin-pemimpin yang "masih belum mendapat hidayah" itu tidak senang duduk.
Berlainan pula dengan seorang lagi "bekas remaja" yang mengecapi zaman kegemilangannya sewaktu zaman belianya selaku seorang sultan yang berwibawa yang mempunyai rakyat yang bertaqwa hasil daripada didikan ayahandanya dan beberapa orang ulama' terkemuka sejak dari kecil lagi.Sultan Muhammad Al-Fateh,orang pertama yang berjaya merealisasikan kesahihan hadis Rasulullah yang membicarakan tentang keupayaan seorang sultan yang baik dan rakyat yang baik mampu untuk menumbangkan kota Konstantinopel.Pada usia yang begitu muda,21 tahun,beliau sudah berjaya membentuk rakyatnya serta tenteranya dengan ketakwaan dan atas faktor itulah kesahihan hadis Rasulullah terbukti.
Sabda Rasulullah S.A.W. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……” (Hadis riwayat Imam Ahmad)
Lihatlah diri antum wahai saudaraku,lihatlah darah yang mengalir tenang di dalam urat-urat antum semua.Bandingkan nilai darah antum dengan darah-darah yang mengalir di bumi Palestin sana.Darah mereka umpama tiada nilai,,mencurah dengan membuak-buak di hadapan orang yang mereka sayangi.Namun,itu bukanlah pembunuh semangat mereka untuk memperjuangkan tanah suci KITA.tanah suci kita bersama wahai saudaraku.Persoalannya,adakah kita mempunyai nilai semangat seperti itu?..bila ada orang bertanya kepada ana..kemanakah tujuan ana selepas mendapat keputusan PMR kelak?~InsyaAllah,ana akan kekalkan kedudukan ana sebagai pelajar Madrasah Al-Attas dan berusaha untuk menjadi remaja yang berguna untuk masyarakat sekeliling ana.~jawapan yang ringkas dan mudah.Mudah bercakap,susah untuk melakukannya.
Memang susah untuk merealisasikan sesuatu yang mungkin tidak biasa untuk kita merealisasikannya .Contoh yang paling mudah,antum dulu-dulu pernah merasai zaman bayi kan?bagaimana keadaan ketika itu?tiada apa-apa pengetahuan kan?tetapi,lihat diri antum sekarang,bagaimana antum mampu berjalan sekarang?bagaimana antum boleh berkata-kata sekarang?~Ingat!seorang Panglima Islam yang menggegar dunia,seorang sultan yang beriman dan berpengaruh,seorang mujahid yang berani...itu semua berasal daripada sumber yang sama,dan melalui proses untuk mencapai satu tahap untuk berjalan seperti manusia biasa juga proses yang sama.Jadi,apakah lagi alasan yang ingin antum keluarkan kepada masyarakat?
Ringkasnya,meskipun antum semua bukanlah daripada golongan yang bersekolah agama macam ana ini,antum masih boleh menunjukkan kesungguhan antum dalam usaha untuk menjadi remaja yang bertarbiah.tidak salah kalau antum nak berserban,tidak salah antum nak berjubah dan sebagainya.Cuma,antum kena ketepikan sedikit mulut-mulut yang
jeles dengan antum.Kadang-kadang apa yang membuatkan kita terjatuh ialah sedikit terjahan perli.sedikit sahaja.tidak banyak.Itulah silap remaja sekarang,berjubah sikit nanti kata "tunjuk alim",berserban sedikit kata "bajet orang arab"..Padahal mereka tidak tahu Rasul mereka juga begitu.Jadi,ketepikan semua itu jika ingin menjadi seorang yang terdidik dengan taqwa dan terpelihara daripada segala maksiat dan kealpaan.
Sekian,:)
(: Syukran aala isti'daadikum liqira'ah :)
Older Post . Newer Post
Join Us
    Pihak kami di
Islam.Inside amat mengalu-alukan sebarang promosi di sini tanpa sebarang bayaran..Ahah!it's free..No pay-pay because i'm not a legend yet,,*cehh,,ayat orang*.Oh,okay-okay,,berbalik kepada tajuk asal,,ehem..jikalau anda berminat,anda boleh menghantar permohonan melalui email = izham_7th@yahoo.com dan juga boleh melalui inbox Facebook = https://www.facebook.com/kawankepadakawan2saya .Tanamlah bibit-bibit usaha anda meskipun anda yakin bahawa peluang amatlah tipis untuk laman ini menembusi sempadan kejayaan yang Owsemm..:)
Blog :)
Tempat para blogger melabuhkan promosi untuk blog mereka~