Islam.Inside
Raja Berjiwa Hamba
3 December 2012 ? 0 Bismillah ?
Assalamualaikum:)

"Di mana kan ku cari ganti?" Lagu dendangan Allahyarham P Ramlee itu mungkin cukup dekat jika hendak di kaitkan dengan tajuk entri ana kali ini. Zaman kegemilangan Islam cukup lama berlalu, tiadalah niat ana di sini untuk menjatuhkan semangat umat Islam tetapi sesungguhnya telah cukup jelas pemahaman kita dengan situasi zaman ini. Di mana situasinya cukup berbeza dibandingkan dengan sejarah kegemilangan Islam. Nama-II raja berjiwa hamba tak lekang diperkatakan, Al Najashi, Sultan Muhammad Al Fateh, Salahuddin Al Ayyubi, Umar Bin Abdul Aziz, Sultan Murad II serta sultan-II yang lain. Ingin sekali ana merasa hebatnya berada di bawah naungan raja-II berikut dengan izin Allah, cukup sekadar menghirup udara mungkin? Wallahu a'lam.



Ingin sekali ana berada di zaman ini.

Mungkin apa yang ana coretkan di sini mengundang rasa kurang enak para pembaca kerana dikatakan isu sensitif dan tidak layak disuarakan. Tapi dasarnya ana hanya mahu membawa ente semua ke zaman yang penuh dengan udara Iman dan jiwa Islam. Zaman raja berjiwa hamba. Jika kita renung sejenak bedanya situasi kini yang tiada tandingannya mana-II alam sekalipun, di mana pangkat, kebangsawanan, harta dan kuasa yang bergerak beriringan. Siapa raja, dia yang paling berkuasa. Hakikatnya yang tak boleh dilarikan, semua raja juga adalah seperti kita manusia biasa yang merupakan hamba, manusia hina dina di sisi Allah SWT.

Raja kini yang penuh dengan gossip liar dan ceritera yang tak sepatutnya berada dalam kamus hidup seorang raja, yang perlu dibentangkan karpet merah untuknya berjalan, yang perlu dibuat persiapan 30 hari 30 malam menerima kehadirannya, yang perlu diraikan kehadirannya dengan 1001 jenis hidangan enak, pakaian yang mahal tiada tandingannya, istana yang besar sebesarnya. Mewah, cukup mewah. Ini kerana dunia boleh menjadi kepala segala kejahatan. Boleh jadi~ Tetapi perlu ditekankan dalam pemikiran bahawa dunia yang penuh nikmat ini juga asalnya sesuatu kebaikan, dengan izin Allah. Dan raja-II yang menggunakan segala nikmat Allah untuk teguh membawa rakyat di jalannya. Maka dia bukan sahaja raja di dunia malah raja di akhirat kelak.

#Tutuplah mata, tarik nafas, fikirkan dalam-II, tentang matlamat diri ini.

Ana senang sekali untuk membicarakan tentang kisah seorang raja yang cukup terkenal, yang menjadi idola hati ana, kerana kekentalan hatinya melaksanakan tugasan hingga kapal perang mereka dinobatkan kapal perang pertama yang melalui daratan. Hebat, cukup hebat. Sehingga hadis Rasulullah SAW yang cukup lama diterokai dan didalami dengan percubaan tanpa putus asa zaman Umayyah, Abasiyyah dan Uthmaniyyah kurang berjaya. Siapakah dia? Manusia biasa yang punya semangat luar biasa, Sultan Muhammad Al Fatih. Yang membuktikan kebenaran hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: 'Constantinople akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik- baik raja, tenteranya adalah sebaik- baik tentera" (RAhmad)

Ketakwaan baginda dalam mematuhi syari'atullah dan sunnatullah ternyata cukup memberi kesan dalam sedalamnya kerana akhirnya Allah memberikan kejayaan kepada baginda dan tenteranya.Cintanya pada ulama dan guru-II membuahkan hasil kerana keberkatan ilmunya Allah datangkan dalam bentuk pemikiran yang tajam dan penelitian yang cukup jelas tentang syariat Allah. Hinggakan tembok Constantinople yang cukup cukup keras dan acap kali usaha menawannya gagal berjaya ditakluk dibawah pimpinan baginda.

Dengan slogan yang cukup memberi semangat kepada para tenteranya iaitu, "Kalian adalah tentera Abu Ayyub Al Ansari!" Baginda memulakan perjuangan. Inilah yang dinamakan kuasa hadis pabila baginda dan tenteranya berjaya menakluki Constantinople dalam jangka masa yang lebih singkat dari sebelumnya iaitu 53 hari pertempuran. Moga Allah mengurniakan ganjaran syurga bagi mereka yang telah tekorban. Ameen.

#Mimpi ana sudah sampai ke penghujungnya.

Terasa ingin menitiskan air mata mengenangkan kehancuran demi kehancuran yang berlaku kini. Sungguh ana kecewa dengan situasi sekarang namun hanya doa yang mampu kita semua salurkan. Andainya ana diberi peluang untuk merasakan kehidupan zaman itu, cukup untuk ana merakamkan segalanya dalam kotak memori dan memberi lebih peringatan kepada diri ini serta saudara sekalian. Nasihat ana, gunalah 'resepi hati' iaitu pedomankan syariatullah dan sunnatullah. Supaya kelak diri kecil ini dapat menjadi generasi "raja dan rakyat yang hebat" dan mencatatkan kemenagan bagi Islam tercinta untuk kesekian kalinya.

Maka sekali lagi ana diterbitkan rasa senang untuk membicarakan tentang "resepi hati" yang dicatatkan sebentar tadi iaitu tentang syariatullah dan sunnatullah dari Al Fatih.

1. Mematuhi syariatullah
Ianya merupakan hukum yang dikenali sebagai 5 syariat utama iaitu wajib, sunat, makruh, haram dan harus. Bukan itu sahaja, malah baginda cukup berhati hati dan teliti dalam membuat sesuatu keputusan dengan cara mendalami kes-II raja sebelumnya beserta bantuan ulama dan guru-II yang cukup dicintainya. Perkara ini bukan sahaja dilakukan dalam urusan mentadbir negara malah dipraktikkan dalam kehidupan seharian baginda.

2. Mematuhi sunnatullah.
Persiapan kerohanian, fizikal dan mental dalam menghadapi ketetapan Allah. Baginda jugak cukup berfikiran strategik dan langsung tidak meninggalkan firman Allah SWT di dalam Surah Al Anfal ayat ke 60 yang bermaksud: "Dan bersiaplah kamu dengan kekuatan dari tentera berkuda untuk menggerunkan tentera Allah dan musuh kamu."

Moga penulisan ana pada kali ini memberikan sumber inspirasi kepada kita semua. Wallahu a'lam.











(: Syukran aala isti'daadikum liqira'ah :)




Older Post . Newer Post



// Copyright by Muslim

Tutorial Here