Islam.Inside
Usaha:Langkah Menuju Kejayaan:)
12 October 2012 ? 0 Bismillah ?
Assalamualaikum,,

      Seperti biasa ana akan sentiasa setia 'melekat' dengan laptop ini bagi meng'update' sedikit perkongsian yang patut dikongsi bersama-sama pembaca sekalian.Daripada melongok dihadapan Facebook,lebih baik update sesuatu yang boleh dimanfaatkan orang kan?walaupun PMR dilihat sedang mengganas dengan 'semester' kedua dijangka akan menghangatkan lagi kerusi calon PMR ,tetapi itu bukanlah penghalang untuk menghentikan perjuangan dakwah seorang da'ie bukan?(alah,,da'ie lah sangat)..baiklah,,seperti biasa~topik utama kita ialah,,tuptuptup,,kenalah baca dulu~

       Walaupun ada seorang akak itu yang minta artikel yang bertemakan "Kepercayaan" tetapi ana lebih refer kepada tema "berUsaha" untuk artikel edisi kali ini.~Sorry ya akak putry,,~


                                           

       Bak kata sesiapa pun,usaha tangga kejayaan.Ye lah,memang semua orang pun tahu.Jikalau kita lakukan sesuatu dengan usaha yang sedikit,hasil pun insya-Allah dapat sekadar apa yang kita usahakan.Apatah lagi yang tidak pernah berusaha,hanya duduk melongok menunggu rezeki jatuh dari langit sahaja,,seperti itukah manusia?

 #Assalamualaikum kawan-kawan,tandas awam yang dekat Plaza Angsana itu pun kena bayar 20 sen tahu!
Jadi,tiada yang percuma di dalam dunia ini melainkan ada orang yang ikhlas nak bagi sedekah 20 sen dekat antum,ha,,itu memang percuma dan memang rezeki antum la,,

        Jadi,keywordnya disini ialah,bukan semua perkara di dunia ini percuma dan mudah untuk dimiliki.Sedangkan hendak menghidu bau wangian syurga pun memerlukan usaha dan kesungguhan yang gigih dalam menjalankan ibadah semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Allah,apatah lagi hendak menjejakkan kaki,melangkah masuk ke syurga.Tambahan pula,Rasulullah sendiri sudah menyatakan bahawa bukan semua orang mampu untuk melayakkan diri untuk tergolong dalam kalangan 70,000 umat Rasulullah yang dapat melangkah masuk ke syurga tanpa dihisab dan diazab.Sebagai contoh,hanya sahabat nabi yang bernama Ukasyah sahaja yang apabila dia bertanya kepada Rasulullah adakah dia tergolong dalam kalangan itu,maka nabi mengiyakannya dan apabila yang lain bertanyakan hal yang sama kepada Rasulullah,Baginda menafikannya,kerana apa?Rasulullah memilih Ukasyah bukan atas sebab dasar pilih kasih tetapi kerana beliau telah menunjukkan usaha yang sememangnya setimpal dengan apa yang baru sahaja diterimanya. Beliau sentiasa menemani Rasulullah di dalam semua peperangan,Badar,Uhud,Khandaq dan lain-lain.Di situ kita baru sahaja nampak kan?

       Hmm,,ana baru sahaja baca satu majalah yang menceritakan tentang artikel yang bertemakan usaha,,mungkin lah?tidak berapa pasti,,tetapi yang penting ada unsur-unsur "berusaha tangga kejayaan"lah,,
Dalam majalah itu tertulis bahawa kejayaan itu tidak datang selepuk dengan sendirinya.Semuanya memerlukan kepada usaha yang gigih.Ana bagi contoh lah,Antum suka kopi 0 yang pekat tidak?kalau suka Alhamdulillah,tetapi kalau yang tidak suka itu,kita boleh jadikan motivasi.Begini,orang yang tidak suka kepada kopi 0 yang pekat "gila-II" tadi mungkin apabila ditolakkan kopi itu di depan matanya,dia tidak akan sesekali meminumnya.Tetapi,apa salahnya apabila kita cuba untuk mencuba sesuatu yang kita tidak tahu.bukan mencuba lah,menyiasat maksud ana.Cuba teguk sedikit demi sedikit.sambil-sambil itu cuba hilangkan perasaan benci kepada kopi 0 .Akhirnya,kita akan menyedari bahawa kopi yang kita minum tadi tidak tersisa sedikitpun.Ohh,,"yess,,aku dah berjaya!",,seronok bukan?
#sama juga seperti kita meneguk pahitnya waktu pelajaran,apabila kita menyemarakkan semangat untuk meneruskan niat kita untuk mengambil tahu tentang pelajaran,lihatlah kesannya kelak.Time itulah baru antum rasa kepuasan menikmati "kepahitan" itu.

nikmat kan?
                                               
         Ada satu lagi penyakit yang sering melanda bagi orang yang sedang berusaha ini,apakah itu?
Itulah dia penyakit Istiqamah.Erghh,,memang sukar untuk menyemarakkan semangat usaha itu apatah lagi Istiqamah untuknya,yakni berusaha dalam jangka masa yang panjang.Kebiasaannya,makhluk yang sering membantutkan usaha kita ialah Syaitan.So,the conclusion is,kita mestilah melenyapkan usaha syaitan itu dengan usaha kita.Bagaimana itu,?

-berusaha kawal diri,komited buat yang kita tidak suka,Demi meraih yang kita suka suatu hari nanti-
                                         
#mehh..sini eden bagitaw sesuatu rahsie,,jadikanlah Al-Quran sebagai novel harian antum,jangan asyik dok melayan novel cintan-cintun sahaja,,tidak salah,asalkan jangan terpesong sudah.Selain itu,jadikan nabi Muhammad sebagai roll model antum,bukannya selebriti k-pop,mat saleh dan yang sewaktu dengannya lah,,Seterusnya,jadikan solat itu sebagai exercise harian kamu,,two,four-II,three,four je kan,?nak nyanyi,,nah,,zikir sana,amalkan supaya Allah swt dan nabi Muhammad sentiasa merahmati antum,.Akhir sekali,jadikan puasa sebagai diet supaya dapat mengosongkan fikiran dan sentiasa tenang memikirkan Allah dan RasulNYA.Disamping itu,dapat juga menjimatkan wang saku bagi sesiapa yang tinggal di asrama,itu satu usaha juga,usaha menambahkan wang untuk menabung,,tidak jadi kesalahan kan?#

      Maka dari itu,sentiasalah beringat bahawa usaha itu tangga kejayaan,,sudah sinonim didengar di sekolah kan?jadi,apa salahnya kita amalkan apa yang kita dengar daripada kata-kata yang sering diucapkan guru ini,,Okay,,ana tinggalkan dulu artikel ini ya,,Akhir sekali,doakan kejayaan ana dalam PMR yang sedang berjalan ini okay,,Ingat,,'Laha Ma Kasabat',,setiap orang menerima ganjaran setimpal daripada apa yang diusahakan.

Sekian:)





(: Syukran aala isti'daadikum liqira'ah :)




Older Post . Newer Post



// Copyright by Muslim

Tutorial Here