Islam.Inside
Perubahan Yang Dianggap Pelik,,
20 October 2012 ? 0 Bismillah ?
Assalamualaikum,,

     Dalam meniti kehidupan yang serba kompleks dan rencam ini,kekhuathiran ana terhadap masalah sosial para masyarakat kini kian menebal kerana mereka kini sudah mula menyusup dan menusuk bak duri di dalam daging kepada nusa yang dilihat mempunyai peluang untuk membina peradaban dan akhlak yang mulia.

*("Okay,,Memang tak boleh dinafikan bahawa 'ayat bombastik' ente memang hebat,,tapi alangkah baiknya ente santaikan sedikit entri ente ini.")

#Angkat tangan,,"Okay fine~tapi maaf,tak boleh lah,,:P"

    Jadi,hari ini ana nak bualkan sedikit persoalan yang diajukan oleh seorang "akak" ini,yakni tentang salah faham masyarakat terhadap perubahan yang dilakukan seseorang hamba.Kebiasaannya,sukar bagi seseorang itu mahu meninggalkan sesuatu tabiatnya.Memang sukar..Kerana apa,,?kerana kita hidup dengan 'udara' yang dikongsi,,,

"Berkongsi udara,,?macam mana tu akhi?"

    Ya lah,,kita sudah terbiasa hidup dengan keadaan kita yang sekarang.Berkongsi 'udara jahiliyah' dengan masyarakat setempat.Bagi yang menghirup 'udara ilmiyah' itu lain cerita lah.Ini kita cerita kehidupan yang diselubungi udara jahiliyah yang mematikan hati masing-masing.Itulah yang boleh kita lihat dalam kalangan remaja hari ini.Ana tidak kata remaja itu sumber kejahatan.Tidak sama sekali.Bahkan Rasulullah sendiri mengutamakan remaja dalam senarai 'target' dakwahnya.Itulah yang perlu kita lakukan terhadap remaja zaman sekarang ini,kerana apa?kerana mereka telah terkena penyakit 'Wahn',,

"Wahn tu apa pulak,akhi?"

     Wahn ialah sejenis penyakit yang melanda remaja kini,yakni penyakit "Cinta akan dunia dan takut untuk mati",,buktinya apa,,?

     Buktinya,masyarakat sekarang lebih cinta kepada pakaian moden dan lupa kepada "LibasuTaqwa" yakni pakaian sunnah Rasulullah.Persoalannya,mengapa masyarakat boleh lebih cinta kepada kemodenan sedangkan kemodenan itu datangnya daripada pengajaran masa lalu.?haa,,disinilah kita dah boleh lihat 'permainan kotor' para penghancur sunnah.Sebagai contoh yang kita dapat lihat apabila kita yang sering terbiasa dengan 'udara jahiliyah',,tiba-tiba sahaja kita mahu tukar kepada 'udara ilmiyah'.Manalah masyarakat tak pelik,dan kalau pelik itu tidak kisah lah.Yang buat ana pelik,mereka memperlekehkan pula.,,"Adoyai,,poyolah nak pakai-pakai jubah pulak,,!",,"Eh,,ni yang kau pakai tudung ni apehal,tak malu eh dengan kitorang?",,"Eh,,x semat lah kau pakai kopiah,,tanggallah kejaplah,dah macam pak imam pulak,,"

    Hmm,,menyedihkan sekiranya orang yang ana kenal berkata sedemikian,kerana mereka sudah menyimpang jauh.Sebab itu,orang yang nak melakukan perubahan ini,tidak menjadi dek hamburan perkataan  yang melemahkan semangat.Baik-baik semangat tengah membara tiba-tiba pulak kena simbah air.Tak ke sedih macam gitu.Jadi,disitu sudah timbul satu kerugian,kerana kita sudah nampak jalannya,cuma jalannya dihalang.Menurut Ulama',,jalan jihad tidak akan sesekali dihamparkan karpet merah,sebaliknya antum semua dipaksa menerima jalan yang penuh onak dan duri.Ingat,perubahan ialah sebuah hijrah dan sebuah hijrah juga merupakan sebuah jihad.Secara tidak langsung,perubahan juga sebuah jihad.

     Keadaan ini juga menguatkan sebuah hadis Rasulullah yang mana Rasulullah telah bersabda,,
"Islam bermula dalam keadaan asing dan akan kembali dalam keadaan asing sebagaiman ia bermula maka beruntunglah orang yang asing. Sahabat-sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah siapakah orang asing itu?” Rasulullah s.a.w menjawab: “Orang yang melakukan pembaikan (islah) ketika rosaknya manusia, tidak bersengketa dalam agama Allah dan tidak mengkafirkan orang yang berada pada tauhid disebabkan dosa.” (H.R. Muslim)

                                                  

      Apakah maksud Rasulullah?
Baiklah,Antum pergi ke Mall,tidak kisahlah Mall di mana pun,,antum cuba pakai jubah dan serban.Lihat,kesannya.pengunjung yang lalu-lalang pasti melihat antum dengan penuh kehairanan kan?,,"Apakejadah lah makhluk ini pakai jubah dekat JUSCO,pelik-II je,dah buang tebiat ape!,,",,lihat,,dah nampak kan bagaimana mulut manusia sekarang bergerak?jika tidak bergerak di mulut sekalipun,pasti ada terlintas di hati kan,,?

     jangan risau sekiranya ada yang berkata sedemikian,kerana antum tergolong dalam kalangan Ghuraba'(asing),Rasulullah pun dah kata,,orang-orang yang ghuraba' itulah yang akan dipandang Rasulullah S.A.W dan akan menerima ganjaran atas jihadnya membudayakan pakaian anjuran Rasulullah.Kerana apa Rasulullah pandang,?kerana antum merupakan salah satu golongan yang soleh dan solehah yang bilangannya sedikit ketika di dalam kerumunan hamba yang melupakan Allah dan RasulNya..Antum pun tak nak ke macamtu?mestilah nak kan,,?~bak kata budak MAAJ,,"Man la' yurid thawab minallah",,~siapa yang tak nak pahala kan,,?

    Sebenarnya,banyak yang ana nak katakan,,cuma masa nak balik ke asrama itu semakin hampir..eh-II dah nak balik ni.Ana tak nak cakap banyak,cuma apa yang baik datangnya daripada Allah dan yang buruk itu datangnya daripada kesilapan Ana sendiri.Wa ilalliqo'..

Sekian:)





(: Syukran aala isti'daadikum liqira'ah :)




Older Post . Newer Post



// Copyright by Muslim

Tutorial Here