Islam.Inside
Hijrah~Satu Angin Perubahan
15 November 2012 ? 0 Bismillah ?
Assalamualaikum dan Salam Maal Hijrah :D

     Ana melihat kalender di dapur.15 November 2012 bersamaan dengan 1 Muharram 1434,bermakna satu lagi tahun hijrah sudah pun dihabiskan dek putaran kehidupan umat Islam.Menjadi sinonim dengan pemikiran  masyarakat untuk menukar "buku baharu" dalam lembaran kehidupan mereka.Dalam kesempatan ini juga,amat beruntung bagi mereka yang memulakan kandungan buku baharu mereka dengan amalan kebaikan.Kalau pening untuk menentukan apakah amalan yang perlu kita mulakan untuk mengisi kandungan lembaran baharu tahun baru kita,maka at least kita boleh muhasabah dan refresh perjuangan hijrah Nabi Muhammad S.A.W.

#Pandang tembus ke zaman lampau:D

      Jika antum mampu untuk menyelak kitab hadis SMRA,maka antum dapat faham bahawa Hijrah dari segi bahasa bermaksud (ترك) yakni 'meninggalkan' atau 'berpindah'.Manakala dari segi Istilah pula bermaksud berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain.Hijrah Rasulullah ke madinah bukanlah sekadar hijrah lahiriah yang boleh kita nampak dengan mata kasar.Sebenarnya,ada hikmah di sebalik hijrah yang terlaksana.Jikalau Rasulullah tidak melaksanakan perintah untuk berhijrah,maka kita tidak akan lihat sebuah perkembangan Islam yang dapat kita rasai sekarang di seluruh pelosok dunia.Hijrah ini bukan sekadar membawa diri ke satu tempat yang lain,bahkan turut membawa segala jiwa dan pengorbanan semata-mata kerana Allah S.W.T.Melalui sejarah hijrah juga,kita mampu untuk memuhasabahkan diri kita melalui setiap perjalanan hijrah Rasulullah dan para sahabatnya.

                                                    

      Barangkali jika kita menyelak kitab sirah,apa yang kita (pelajar-pelajar) faham dan ketahui dari segi zahirnya ialah hijrah Rasulullah S.A.W. bersama Abu Bakar As-Siddiq.Antaranya,Rasulullah bersama Abu Bakar menetap di dalam gua Tsur,kaki Abu Bakar dipatuk ular tatkala hendak melindungi Rasulullah,mer eka dikejar oleh Suraqah sewaktu dalam perjalanannya.Memang ana tidak nafikan bahawa semua scene itu dapat memuhasabahkan dan dapat dijadikan pengajaran buat diri kita.Tetapi ramai yang tidak perasan bahawa ada beberapa orang sahabat yang menjayakan 'projek' ini disebalik tabir hijrah Rasulullah.

#Pemilik dua tali pinggang yakni Asma' bin Abu Bakar sanggup menyalurkan bantuan makanan semasa hijrah Rasulullah S.A.W. dan Saidina Abu Bakar.

#Saidina Abu Bakar As-Siddiq melindungi bahagian depan,belakang,kanan dan kiri Rasulullah ketika dalam perjalanan ke Madinah.

#Saidina Ali ibn Abi Thalib yakin dengan keputusan Rasulullah yang memintanya untuk bermalam di tempat tidurnya sedangkan ketika itu musuh sudah mengepung di sekeliling rumah Rasulullah S.A.W.

#Saidina Umar Al-Khattab berani mempertaruhkan nyawanya tatkala beliau menyatakan hasratnya untuk berhijrah secara terang-terangan.

dan yang lain-lain.

      Maka,setiap sahabat itu mempunyai peranan dalam menjayakan perancangan Rasulullah ini.Mereka berkorban segala-galanya hanya untuk Rasulullah.Sehingga terhasilnya sebuah kerajaan Islam yang ampuh dimana Rasulullah boleh menjalankan kegiatan dakwahnya dengan lancar.Segalanya telah berlalu,sehinggalah kesan hijrah itu sampai kepada kita di hari ini.Islam menjadi agama rasmi di beberapa buah negara di atas muka bumi ini dan dakwah Islamiah tersebar di seluruh pelosok dunia.semuanya itu bermula daripada titik permulaan hijrah di mana semua peranan berkumpul untuk menjayakannya.Maka persoalannya,apakah pula peranan kita selaku pewaris hijrah Rasulullah di zaman muasir ini?
"Dan orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah (untuk membela Islam) dan orang-orang yang memberi tempat kediaman (Ansar) dan pertolongan (kepada orang-orang Islam yang berhijrah itu),merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya.Mereka beroleh keampunan dan limpah kurnia yang mulia."(Al-Anfaal:8:74)

     Kini,kita tidak perlu lagi merasai keperitan Bilal bin Rabah di hempap batu,tidak lagi dicemuh dan dilempar najis seperti peristiwa Rasulullah dan masyarakat bebas mendengar dakwah di masjid.Maka,tiada alasan untuk kita mengatakan tidak kepada seruan dan dakwah para Ulama'.Tiada alasan untuk tidak mengamalkan Islam di dalam kehidupan seharian.Kita tidak perlu berhijrah secara lahiriah seperti zaman Rasulullah.Berpindah ke satu tempat ke satu tempat yang lain.Mungkin ada yang melakukan begitu,tapi mungkin atas alasan mencari rezeki.

      Maka,setiap pengorbanan yang dilakukan oleh Rasulullah dan para sahabatnya itu haruslah dibalas dengan pengorbanan juga.Pengorbanan yang bagaimana?adakah berperang?jikalau antum meminta jawapan daripada mujahid yang sentiasa inginkan syahid,mungkin mereka  akan katakan "Ya,,berperang lah,,".Namun,buat masyarakat zaman kini,berkorban tidak semestinya terkorban.Kita berhijrah menggunakan minda kita.


                                                 

 #Bagaimana?

      Yalah,seperti biasa.Semalam kita hidup.Hari ini kita hidup.Tetapi adakah kita pasti bahawa dosa-dosa yang semalam sudah diampunkan.Maka,ubahlah pendirian kita.Mindset,"Hari ini aku kena jadi lebih baik daripada hari semalam.".Jikalau hari ini kita hanya mampu untuk solat sunat Qabliah,mungkin esok hari kita boleh tambah dengan sunat Ba'diah pula.Jikalau hari ini kita berkata-kata dengan perkataan yang mencarut.Maka,kita boleh ubah kepada perkataan yang lebih baik selepas itu.Ini berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W.:
المسلم من سلم المسلمون من لسانه ويده 
"Seorang muslim ialah yang menyelamatkan muslimin yang lain daripada lisannya dan tangannya."

       Selain itu,ada banyak lagi peranan yang boleh kita lakukan.Dalam medium dakwah,mungkin pada zaman dahulu tiada kemudahan seperti zaman sekarang.Mereka berdakwah dari kampung ke kampung.Tapi,berlainan pula dengan keadaan yang sekarang.Teknologi canggih di merata tempat,menjadikan dakwah kita juga seharusnya ikut canggih.Jika dahulu para pendakwah hanya mampu berdakwah dengan cara penyampaian secara langsung dalam majlis-majlis ilmu di masjid.Maka,kita hijrah dengan cara penyampaian yang berbeza pula.Media massa,Blog,laman Facebook,Twitter dan lain-lain.Kita manipulasikan matlamat asal orang kafir menubuhkan segala aplikasi ini kepada medium untuk kita berdakwah.Banyak lagi cara sebenarnya.Tidak salah kan?berdosa pun tidak~maka,cubalah untuk Dakwah:)

     Maka,pelbagai usaha dan cara telah digunakan oleh Rasulullah dalam misinya untuk mengembangkan Islam.Jadi,apakah pula usaha kita untuk meng'istiqamah'kan perjuangan itu?

#Nota Kaki : Hijrahlah ke arah kebaikan,ia satu perubahan:D

Sekian,:)




(: Syukran aala isti'daadikum liqira'ah :)




Older Post . Newer Post



// Copyright by Muslim

Tutorial Here