Islam.Inside
PERSAHABATAN
24 December 2013 ? 0 Bismillah ?
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Berbicara tentang 'SAHABAT' mungkin bagi saya peribadi adalah sebuah keluarga kedua bagi saya dikarenakan seorang sahabat adalah tempat pelabuhan dimana kita sedang mengalami kesusahan ataupun tempat berbagi.

  Persahabatan adalah satu hal yang sangat penting dalam kehidupan kita selain keluarga, karena Sahabat dalam hal tujuan & persepsi yang sama dengan kita. Maka berbahagialah mereka sampai saat ini yang mempunyai seseorang yang bergelar SAHABAT.

Kadang diwaktu kita berduka, diwaktu kita bersedih, tiada sesiapa disisi. Ibu, Ayah, Kakak, Abang, Adik semua dengan hala tuju masing-masing, yang kita ada hanya Sahabat. Sahabatlah tempat kita meluahkan segalanya diwaktu kita keseorangan. 
  Kadangkala juga, hanya Sahabat yang boleh buat kita ketawa, gembira & bahagia. Tanpa seorang Sahabat, mungkin kita akan kesepian. Cuba kalian fikir, sejak dari kecil, kalian hanya duduk sahaja dirumah, tidak keluar, bermain bersama rakan, perasaan anda?  Di saat itulah kesedihan, kebosanan mulai menghantui.

Ada orang kata, "Sahabat yang sebenar adalah yang membawa ke syurga, yang kala dilihat wajahnya teringat kita akan dia, yang jika kita jatuh ke neraka dia akan menarik kita, yang redha-nya menjadi asbab persahabatannya bersama kita". Seandainya kita mempunyai seorang sahabat yang berjiwa besar seperti itu. Adakah ia benar-benar ada? 
  Suatu persoalan yang masih tertanya-tanya. Ada juga orang berkata, "Di-manakah kebahagiaan tiu terletak'? Kebahagiaan tidak dapat dilihat oleh mata, tapi ia dapat dirasa oleh hati. Insyaallah, kebahagiaan akan muncul pabila hati kita berada didalam ketakwaan terhadap Allah S.W.T

Terdapat 2 jenis sahabat, yang pertama, sahabat yang membawa kita ke syurga, yang kedua, sahabat yang membawa kita bergaul dengan hidup yang bebas, bersosial dan tidak menjaga tata tertib agama islam. Kita hendaklah bijak mencari kawan. Ada juga sahabat yang talam dua muka. Didepan baik, Dibelakang buruk. Manusia macam itu, kalau dah berbau busuk macam bangkai, pakailah wangian banyak mana sekalipun, akan tetap sama baunya. 
  Tapi sejahat mana pun dia, kita hendaklah memaafkannya. Sedangkan Nabi Muhammad S.A.W yang lagi teruk kena oleh orang sekeliling, dilemparkan tahi unta, dibaling dengan batu, semua itu jika terkena pada kita, pasti kita tidak akan memaafkannya, tetapi Nabi Muhammad walau sejahat manapun orang yang berkelakuan buruk padanya, dia tetap maafkan.

Jadi, berdoalah, agar kita ditemukan dengan orang yang benar-benar ikhlas untuk menjadi sahabat kita. Sedangkan permintaan iblis yang ingkar itupun Allah makbulkan, apalagi kita yang serba kekurangan. Berdoalah, agar kita dapat kebahagiaan yang selama ini kita tercari-cari. 






(: Syukran aala isti'daadikum liqira'ah :)


Ahlan wa Sahlan Hijrah (Bahagian 2)
27 May 2013 ? 0 Bismillah ?

16 Mac 2011

“Aku nak berubah.”

“Eh. Hmmm. Aku mimpi ke ni?” Thoriq menepuk mukanya berulang kali. Dalam hati kecilnya, dia percaya dengan sahabatnya itu. Cuma, dia mahu menguji.

“Tak. Kau dah bangun lama dah. Aku serius nak berubah ni.” Mustaqim bernada serius.

“Alhamdulillah. Bersyukur sangat sebab mak cik hidayah dah ketuk hati kau”

“Eh, mak cik hidayah ? siapa ni ? kau ni. Tiba-tiba mak mak cik hidayah pulak!”

“Hidayah lah sahabat ! aku berkias je tadi. Hidayah Allah dah ketuk pintu hati kau.”

“Boleh kau tolong aku bagi mak cik hidayah ni masuk dan jadi penghuni tetap hati aku?”

“Sebagai saudara seagama itu tanggungjawab aku. Sebagai seorang sahabat semestinya aku Bantu sehingga di saat akhir nafasku. “Sayonara Jahiliah ! Ahlan wa Sahlan Hijrah ! ”

“cehh ayat. Haha. Syukran sahabat. Kau memang besttt ! yeahh !”


  2 September 2011

Sebaris kerusi di hadapan wad 303 Hospital Tunku Ampuan Afzan dipenuhi dengan sanak saudara dan kaum kerabat. Kelihatan Hajah Puan Norain, ibu kepada Abdul Rahman, mundar mandir di hadapan pintu masuk wad.

     Di suatu ruang lain dalam tempat yang sama, kelihatan seorang pemuda begitu khusyuk mengadu dan merintih kepada Rabbnya. Dia berdoa dan memohon kepada tuhannya dalam syahdu. Begitu khusyuk. Hanya dia dan Penciptanya.

“ya Allah, hamba memohon kepadamu, permudahkanlah urusan sahabat hamba. Ringankan penderitaannya, hapuskan dosanya ya Allah. Jika bertemu dengan-Mu adalah yang terbaik buatnya, hamba Redha ya Allah. Hamba tidak sanggup melihatnya menderita. Namun, hamba tidak pula sanggup menerima ketiadaannya di sisi hamba. Maka, Engkau kuatkanlah hati hamba dalam menerima segala ketentuan-Mu. Hamba bertawakkal kepada-Mu ya Rabb.”

Kemudian doanya diakhiri dengan selawat.


31 Ogos 2011

“Mus, penghijarahan kau ni kau kena kekalkan tau. Walaupun aku dah tak ada di sisi kau.” Thoriq bersuara sambil melakukan beberapa renggangan badan setelah penat bejoging.

“Insya-Allah. Aku berubah ni semua kerana Allah. Aku akan pastikan ia kekal. Dengan izin Allah.”

“Alhamdulillah. Aku percaya kau boleh jadi da’ie moden. Berdakwah menegakkan panji-panji islam. Menyeru ummah yang semakin merisaukan. Tapi satu aku nak pesan.”

“kau ni. Kenapa lain macam je ? hmm. Apa dia ?”

“Mmm, jangan sesekali berasa riak. Segala amal kita boleh terhapus dengan adanya riak. Jangan putus asa. Jangan sesekali. Kau kena kuat walaupun dapat tohmahan keji ketika berdakwah. Jadikan Rasulullah s.a.w sebagai model untuk kau menyebarkan dakwah. Boleh ?”

“Insya-Allah. Aku semat kata-kata kau dalam hati aku sahabat. Rasulullah telah aku jadikan idola aku. Semoga kita sama-sama dapat mencontohi baginda dan ditetapkan hati untuk berada di lebuh raya dakwah ini.”

“Mungkin kebersamaan kita tak lama. Insya-Allah.” Thoriq terus meneruskan larian. Manakala, Mustaqim masih terkial-kial menafsir maksud di atas kata-kata sahabatnya itu. Dia berasa bingung dan aneh. Akhirnya, dia meneruskan larian.


1 September 2011

 Kringg kringg kringgg.

“Abanggggg, angkat telefon tu. Mungkin nenek.” Puan Sumaiyyah menjerit dari dapur.

“Iya ummi !” Laung Mustaqim. Dia berhenti bermain dengan adik bongsunya yang baru berumur 3 tahun. Segera dia berlari mendapatkan panggilan.

“Allah. Lambat. Hmm tunggu kejap. Jap lagi mesti dia call balik.” Mustaqim berdiri di samping telefon.

Kringggg krii…….

“Assalamualikum. Nak bercakap dengan siapa ?”

“Wa’alaikumussalam w.b.t. Hmm… Ini Mustaqim ke ?” Suara lelaki tua yang seolah dikenali menyapa ke telinga. Suara itu seolah menahan sedu-sedan tangisan.

“Iya saya. Hmm, ini Pak cik Ra’is ya ?” Mustaqim menjawab teragak-agak.

“Ya ni pak cik nak. Mus, boleh tak Mus datang ke Hospital Tunku Ampuan Afzan dengan keluarga sekarang ?” Terdengar begitu sebak sekali suara tua itu.

“Insya-Allah boleh pak cik. Mus lapang sekarang ni. Tapi pak cik, siapa yang sakit ya ?” Walaupun berat, Mus tetap mahu bertanya.

“Hmm.. Thoriq. Dia sedang nazak sekarang. Dia mohon pak cik telefon kamu. Dia nak jumpa kamu buat kali terakhir katanya.” Ternyata semakin syahdu suara tersebut. Mustaqin mendengar esakan yang kuat.

Dada Mustaqim berdebar semakin kuat. Lutut dan tangannya menggigil, air mata mengalir deras tanpa sebarang isyarat. Terus mengalir tanpa diminta. Mujurlah telefon masih ditekap pada telinganya.

“Mus, Mus, Mus, pak cik faham perasaan Mus. Pak cik mohon maaf tak beritahu Mus dari awal. Ini semua atas permintaan Thoriq. Pak cik harap Mus datang ya. Thoriq berharap sangat. Kabulkan permintaanya, mungkin ini permintaan terakhir Thoriq pada kita.”

Tuttt tutt tutt. Talian diputuskan. Mustaqim segera berlari mendapatkan kunci kereta.


2 September 2011

“Ummi, Abi, mana Mus ? baru tadi Mus suapkan abang air.” Thoriq bersuara lemah. Segala alat bantuan pernafasan telah di cabut. Hal ini kerana mereka tahu bahawa peluang Thoriq untuk hidup seperti biasa amatlah tipis. Mereka tahu Thoriq akan dijemput Ilahi.

“Mus di surau nak, mesti dia tengah doakan Thoriq sekarang. Sekejap lagi dia datang lah tu.” Puan Norain memujuk dengan tabah.

Kriukkkkkk krukkk

Bunyi pintu memecah kesunyian sebentar tadi. Terlihat jelas di mata Thoriq sesusuk tubuh yang amat di sayanginya. Mustaqim. Sahabat yang akan dia tunggu di syurga.

“Mus, terima kasih.”

“Eh, terima kasih untuk apa ni ? aku baru je masuk, kau dah cakap terima kasih. Haha..”

“Hmm. Terima kasih sebab kau sudi jadi sahabat aku.”

“Alhamdulillah. Sama-sama. Tapi, aku sebenarnya yang patut berterima kasih dekat kau. Kau banyak tolong aku. Kau tolong aku keluar dari zaman jahiliah. Kau ajar aku erti hijrah dan kau bombing aku ke arahnya. Kau sahabat sejati aku Thoriq.” Sebak di dada hadir kembali.

“Mus, kau sahabat aku dunia akhirat. Aku tunggu kau kat syurga. Kau kena sediakan bekal banyak-banyak dekat dunia ni untuk jumpa aku kat sana tau.” Terpancar sinar dari muka Thoriq meskipun dia dalam keadaan lemah tak bermaya. Mungkin itu fadilat atas al-quran yang dihafalnya. Wallahu’alam.

“Insya-Allah Thoriq. Insya-Allah. Hmm, Insya-Allah. Kau kena tunggu aku tau. Aku mesti datang. Kat sana, kita dah tak perlu berpisah dah. Biar ukhwah kita kekal ke jannah.” Mustaqim menjawab tersekat-sekat sambil diiringi linangan air mata sehingga terkena pada wajah Thoriq. Thoriq kemudiannya menghapus lembut airmatanya.

Thoriq menggenggam erat tangan Mustaqim. Diselitkan dalam tangan Mustaqim sebuku kecil penemannya sepanjang hidupnya.

“Kau jaga ma’thurat ni elok-elok ya Mus. Amalkannya. Biarlah ia menjadi pengganti aku. Jadikan ia sahabat baik kau. Ini amanah sepanjang hidup kau tau. Janji dengan aku ?”

“Aku janji thoriq. Terima kasih.” Mus tersenyum. Thoriq membalas senyuman tersebut.

Seterusnya, Thoriq meminta untuk berjumpa dengan seluruh keluarganya. Terutama, kedua ibu bapanya. Mustaqim segera mendapatkan mereka.


“Sila tunggu di luar sebentar ya. Kami akan menjalankan tugas. Serahkan pada kami namun, jangan berhenti berdoa kepada Allah. Tawakkallah kepada-Nya. Hanya dia penentu segalanya.” Doktor Imran bersuara.

Para jururawat menutup pintu dan segera mengambil tempat di sisi doktor bagi membantu. Mustaqim mengintai di celah cermin kecil pada hadapan pintu wad. Dia menekup muka. Sungguh seksa sahabatnya sekarang.

“ya Allah. Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Aku redha jika Engkau ingin mengambilnya sekarang. Ambillah Thoriq secepat yang mungkin ya Allah. Aku tidak sanggup melihat dia menderita sebegitu. Sudah cukup lama dia menderita. Aku redha ya Rahman.”

Dia baru sahaja tahu bahawa Thoriq menghidap barah harti. Sungguh dia tidak menyangka Thoria yang periang dan lasak ketika bergaul dengannya menghidap penyakit yang kronik. Pak cik Ra’is memberitahu, Thoriq memang sengaja merahsiakan ini semua. Dia tidak mahukan simpati dari orang sekeliling.

Setelah hampir satu jam, doktor keluar dari wad kecemasan.

“Saya harap keluarga Thoriq terima ketentuan Allah ini. Saya harap awak semua dapat menerima bahawa ternyata Allah lebih menyayangi Thoriq berbanding kita. Semo,,,,”

“Allahu akbar ! Thoriq, anak ummi ! Thoriqqqq !” Puan Norain bagai hilang arah.

“sabar ain, jangan meratap. Terseksa arwah kat sana. Ain tahu kan apa hukum meratap di atas kematian. Mengucap. Istighfar. Redha. Allah tahu apa yang terbaik buat hamba-hambanya. Kita kena ikhlas. Thoriq hanya pinjaman untuk kita. Dia milik Allah. Kita kena terima.”

Hj Rai’s memujuk. Terlihat tenang sekali pemimpin keluarga itu. Begitu redha dengan segala ketentuan Penciptanya. Di satu sudut yang lain, Mustaqim terduduk. Air matanya bercucuran laju. Namun, dia redha.

Mayat arwah Thoriq terlihat begitu tenang sekali mukanya. Seolah-olah ada ‘nur’ yang terpancar dari muka arwah. Seperti dia sedang tidur dan akan bangun kembali. Namun, itu hanya harapan kami yang pasti ia tidak akan terjadi.

Semua orang yang melihat muka arwah kembali tenang. Tidak ada sudah mereka yang meraung, meratap dan menangis tanpa arah. Termasuklah Mustaqim. Dia kini redha dengan sepenuh hati dan perasaan rindunya membuak-buak untuk berjumpa dengan Thoriq kembali. Di sana. Dia tersenyum sehinggalah muka arwah ditutup dengan seputih-putih kain.


2 Februari 2012

“Mustaqim, mari. Flight pukul 2. Elok rasanya kita bergerak ke lapangan sekarang.” Murabbi Azmi mengajak.

“Baiklah. Mari.” Mustaqim tersenyum sambil bangun dari kerusi. Kerusi di sebuah tasik kegemaran arwah sahabat baiknya.

Dia kini telahpun memperoleh keputusan yang amat cemerlang dalam peperiksaan SPM. Dia bersama akhi Azim bersama-sama melanjutkan pelajaran ke Jordan bagi mengambil jurusan kedoktoran di salah sebuah universiti di sana. Andai Thoriq masih ada, pasti mereka bertiga bersama-sama ke sana sekarang…

**********************************************************************************************************

-TAMAT-








(: Syukran aala isti'daadikum liqira'ah :)


Ahlan Wa Sahlan Hijrah (Bahagian 1)
12 April 2013 ? 1 Bismillah ?

Bismillahirrahmanirrahim...

“…Insaflah wahai SAYA bin IBU SAYA,bahawasanya mati itu adalah benar,
Soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur adalah benar,
Bangun dari kubur dan dihidupkan semula adalah benar,
Dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar,
Minum di kolam air Kautsar adalah benar,
Syurga dan Neraka adalah benar,
Bahawasanya hari kiamat tetap akan tiba juga,
Begitu juga Tuhan yang Maha Kuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang berada di dalam kubur.
Diakhirnya,kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala…”
………
Tatkala bait-bait akhir talqin dibacakan,maka gugurlah air mata Muhammad Mustaqim bin Abdul Rahman.Dengan dada yang berombak,tidak dapat Mustaqim hayati bait-bait seterusnya akibat emosi yang amat berkecamuk ketika itu.Akhirnya,Mustaqim rebah di atas riba ibunya.

******************************************************************************************

7 Januari 2011

“Eh Mus..Hari ini ada budak baru masuk..kau tahu tak?” ujar Jal.

“Ada kena mengena dengan aku ke dia masuk atau keluar?” Mus menjawab.

“Aduh kau ni.Manalah tahu satu kepala dengan kita.Boleh jadi ‘geng’.” Jal mencebik.

“Apa-apa je lah kau ni Jal.Malas aku nak layan!.” Mus melangkah malas keluar dari kelas.

“Hoi Mus! Kau nak pergi mana? Waktu rehat pun belum tiba lagi!” Rijal melaung.
 semua pelajar tingkatan Lima As-Siddiq menoleh ke arah Rijal akibat terkejut akan laungannya sebentar tadi.

“Macam biasalah…” Mustaqim mengangkat tangan sambil meneruskan langkahnya.Rijal mengangguk tanda faham mengekori langkah Mustaqim.

Dia benar-benar memahami.

*******************************************************************************************
14 Januari 2011

“Kenapa kau suka lepak sini waktu subjek kimia?kau tak rasa rugi ke?.Tambahan kita kan nak SPM tahun ini.” Thoriq menggunakan kata ganti nama ‘aku’ dan ‘kau’.Dia akur menerima syrat yang dikemukakan oleh Mus untuk berkawan dengannya.Dia ingin memimpin Mustaqim ke jalan yang seindah namanya,’Mustaqim’.Ikhlas dari lubuk hatinya.

“Aku bukan duduk jauh-jauh pun.Tepat-tepat belakang kelas kita.Aku dengar apa yang cikgu cakap.Tak rugi pun.” Mus menjeling.

“Kau cakap tak rugi? Tak tengok muka cikgu kau cakap tak rugi? Kau tahu tak betapa berkatnya pandang muka guru semasa mereka mengajar.” jelas Thoriq.

“Kau nak ceramah aku ke apa ni?” Mus mencebik.

“Agak-agak aku boleh jadi penganti UAI tak?” segera Thoriq mencari jalan untuk mendamaikan keadaan.

“Hehe.Boleh tahanlah.” Mus akur.
Tanpa disedari,hakikatnya benih keinsafan sudah mula bercambah di hati Mus.Mereka bertambah akrab.Mustaqim lebih senang bergaul dengan Thoriq meskipun mereka tidak searah dan sesifat..

*******************************************************************************************
7 Januari 2011

*Krinngggg*

     Loceng berdering menandakan tanatnya waktu rehat bagi pelajar-pelajar Sekolah Menengah Sains Tun Jaafar.Para pelajar sibuk memepercepat langkah menuju ke kelas masing-masing bagi memastikan kehadiran mereka di kelas lebih awal berbanding guru mata pelajaran selanjutnya selepas rehat.

     Lain pula situasinya dengan dua orang pelajar ini.Mustaqim dan Rijal mengambil langkah yang begitu cermat dan teratur untuk kembali ke kelas,atau lebih jelas lagi,’santai’.Mereka bernasib baik kerana Puan Rosnah tidak hadir ke sekolah pada hari tersebut.

    “Hoi,siapa punya beg ni?!” Mustaqim bersuara lantang sambil mengangkat beg sandang berwarna merah di atas kerusi sebelah tempat duduknya.

     “Bertenang Mus.Itu beg budak baru kat kelas kita.Kau dah sedia maklum kan?” selaku ketua kelas,Adam Cuma untuk menjernihkan keadaan.

    “Itu aku tau,tapi kenapa mesti duduk sebelah aku?” Mus membalas.

     “Tempat ni je kosong.Puan Misnah yang arahkan dia duduk di sini.Kau patut faham dengan keadaan sekarang ni Mus.Kau tak boleh pentingkan diri sendiri.Takkanlah kita nak biar budak baru tu duduk bersila kat lantai pulak?” Adam membalas matang.

     “Baiklah.Dalam sebulan dua ni aku terima.Sebulan saja tau.Tak lebih dan tak kurang.” Kata Mus tegas.Dia kemudiannya mengambil langkah keluar dari kelas.

*******************************************************************************************
     Malam itu Mustaqim menghabiskan masa malamnya bersama rakan-rakan motornya.Mustaqim lebih gemar bergaul dengan remaja yang lebih berumur darinya.Dia menganggap persahabatan lebih bererti dengan banyaknya masa yang dihabiskan untuk berseronok bersama.Hingga dia terlupa akan batas-batas syariat yang perlu dijaga untuk menikmati sebuah keseronokan dalam persahabatan.

*******************************************************************************************
7 Januari 2011

      “Kenapa kau ikut aku?” Mus menoleh ke belakang.Dia menduga ada langkah yang mengekorinya.Ternyata benar kata hatinya.Dia tidak selesa.

     “Maaflah,saya tak tahu nak ke mana.Saya masih belum arif akan selok belok sekolah ini.” Thoriq menjawab sopan.

      “Kau tak payah buat muka kesianlah.Macamlah takde orang lain yang kau nak jadikan ikutan.” Mus membalas.

     “Saya lebih selesa dengan kamu.Saya selesa duduk dengan kamu kat kelas.Jadi saya ekori kamu lah.”

     “Kau tak bosan ke asyik menghadap muka aku je separuh hari ini? Aku pun dah naik bosan menghadap muka engkau.” Mus mencari jalan untuk menghindarinya.

     “Tak..sama sekali tak.Saya bersyukur dikurniakan sahabat seperti kamu.Walaupun kita tak rapat dan kamu tak layan saya pun sepanjang sesi pembelajaran tadi,saya tetap bersyukur kamu dapat terima saya.” Jawab Thoriq lembut.

     “Dengan cara aku,kau kata aku terima kau?!” Mus kembali melenting.

     “Sebenarnya,cukup dengan keizinan kamu memberikan saya izin untuk duduk di sebelah kamu buat saya rasa macam tu.” Thoriq seorang yang berperwatakan sopan serta sentiasa berfikiran positif.Dia sentiasa menerima denga reda segala ketentuan dan takdir yang sudah ditetapkan oleh-Nya buatnya.

     Mustaqim terus berlalu pergi.Mungkin dari pandangan zahirnya kelihatan seolah-olah dia langsung tidak terusik dengan kata-kata Thoriq.Namun,sudah takdirnya.Benih yang bercambah menjalani proses seterusnya.Sedikir rasa kagum terselit dalam  hatinya memandang Thoriq.

*******************************************************************************************
8 Oktober 2011

     Mustaqim bersandar di salah satu tiang Masjid Jamek IV Shah Alam.Mathurat Suhgra di genggam erat.Satu persatu kenangan dia bersama Thoriq diimbas laju.Dia menyandarkan dahinya ke atas lututnya.Air mata merembes laju.Tidak tergambar rindu di hati terkenang sahabat sejati yang sudah pergi.

      “Tidak aku pinta sebarang simpati.Tidak ada pengganti.Thoriq,andai kau ada di sini.pasti akan kau isi hati yang kosong ini.Aku rindu nasihatmu,gurauanmu,madahmu.Kau sahabat sejati yang tidak lekang mengajakku mengejar reda Ilahi.Mana akan ku temui sahabat seperti ini lagi? Semoga kau bahagia di sana.Pasti kau sedang memerhati sungai-sungai yang mengalir indah di bawah syurga sekarang ini ..” Mustaqim bermonolog.

*******************************************************************************************
5 Februari 2011

     Pada malam itu,Thoriq bersetuju untuk menemani Mustaqim.

    “Ha,,dah sampai.Kau turun dulu.Aku nak matikan enjin sekejap.” Arah Mustaqim.

     “Betul ke ini tempatnya? Lain macam je aku tengok.” Thoriq memusingkan kepalanya memerhati setiap sudut tempat.

    “Iyalah.kenapa? apa yang tak kena? Tu haa,,budak-budak tu  awesome woo!”Mustaqim memucungkan mulutnya kea rah mat-mat motor yang sedang bertenggek sambil menghembus dan menyedut asap-asap rokok.Sungguh,menyesakkan pandangan.

     “Err,,aku tak biasalah bergaul dengan orang-orang macam ni.”

     “Sebab tu lah aku ajak kau.Aku nak ajar kau biasakan diri .Waktu remaja ni lah waktu  paling sesuai untuk kita nikmati bilai kehidupan.Enjoy life,It’s just once.”jelas Mustaqim.

      “Salah tu.Hidup di dunia ni hanya sementara sahaja.Akhirat jualah yang kekal selama-lamanya.Aku pegang kata-kata ni.Aku nak senyum dekat akhirat nanti.Kat syurga sana.kau tak nak join aku ke?” Thoriq memeluk erat bahu sahabatnya sambil tersenyum.
Mustaqim tersentak.

Benih benar-benar sudah bercambah menjadi pucuk yang subur.

*******************************************************************************************
8 Oktober 2011

 “Mustaqim,,Ya Mustaqim..Ya Mustaqim.” Seorang lelaki berumur awal 20-an menepuk-nepuk bahu Mustaqim.

     “Eh,Akhi.Dah lama sampai?” Mustaqim menjawab teragak-agak.

     “Masya-Allah.Apa yang enta fikirkan? Lebih 3 kali ana tepuk bahu enta.”
Mustaqim hanya tertunduk memandang jauh jubin lantai masjid.

     “Mari masuk ke dalam.Rasanya semua ahli usrah dah dating.Hanya kita yang terlambat.”ujar Murabbinya.

     Lelaki it uterus mengorak langkahnya memasuki masjid dan diekori oleh Mustaqim.

*******************************************************************************************
7 Mac 2011

     “Kenapa dengan kau hari ni Mus? Hodohlah muka sepuluh sen kau tu,”
Mustaqim hanya tersenyum hambar ibarat kerang busuk.

     “Kau tak nak share dengan aku ke Mus? Kita kan kawan.” Thoriq mempamerkan riak muka sedih.Memohon simpati.

     Mustaqim tersenyum hambar lagi.

     “Eh,,dah kenapa kau ni.stop sengih sekarang!” Thoriq berasa ada ‘sesuatu’.

Papppppp!

      Satu tamparan singgah di belakang badan Mustaqim.Tamparan yang mungkin boleh membawa maut bagi pesakit jantung yang kronik.

     “Sakitlah wehh!.” Mustaqim membalas dengan satu tumbukan kecil pada dada Thoriq.Hubungan mereka semakin akrab.

     “Aduhh..”Thoriq merintih.Dia mengusap dadanya beberapa kali.Sakit.

     “Eleh kau,,nak buat drama lah tu.Hurmm,,okaylah,aku takde mood lah.” Mustaqim mengeluarkan sekotak rokok dari seluar jeans yang dipakainya.

     “Stoplah Mus.kau nak mati cepat ke?” tegas sindiran Thoriq.Kotak rokok dirampas.

     “Ok.Kita tengok siapa yang mati dulu.Bagi balik rokok aku.”

     “Apa yang kau dapat daripada benda ni?apa yang kau harap lepas dapat hisap benda ni?.” soal Thoriq.

     “Aku stress.Aku dapat ketenangan lepas hisap benda ni.Aku dah jawab.Pulangkanlah!.” marah Mus.

     “Tak Mus,,itu perasaan kau je.Bisikan syaitan semua tu.

“Mana kau tahu?kau tak pernah hisapkan?kau tak akan tahu.” Persoalan yang cukup membuatkan Thoriq rasa tertembak.

Yakni mereka yang beriman dan hati mereka menjadi tenang dengan mengingati Allah.Ingatlah! sesungguhnya dengan mengingati Allah,hati akan menjadi tenang.” (Surah Ar-Ra’d 13:28)

     “…..Sadakallahul Aziim..” Thoriq membacakan surah tersebut berserta tafsirannya kepada Mustaqim.Thoriq merupakan seorang Al-Hafiz sejak berusia 6 tahun.Namun,dia lebih gemar berahsia akan hal ini.Dia tidak mahu dipandang tinggi.

Sekali lagi pucuk yang bercambah mengeluarkan hasilnya.Bunga-bunga keinsafan sudah  mula mekar.

*******************************************************************************************
8 Oktober 2011

     Di dalam sebuah masjid kelihatan 15 bulatan terbentuk.Ia adalah ‘bulatan gembira’ buat mereka yang benar-benar ingin mengejar rahmat-Nya.
      “Mengapa Allah mematikan seseorang itu?”

Mustaqim tersentap.Tidak dia duga Murabbinya bakal mengolah tajuk ini pada hari itu.
     “Kerana Allah sayangkan mereka.Itu berdasarkan apa yang orang-orang selalu cakap lah..HEHEh..”Abdul Rahman menjawab.Dia merupakan ahli yang paling muda dalam bulatan usrah tersebut.Umurnya sekitar 15 tahun mungkin.

      “Na’am Abdul Rahman.Sudah sampai masanya dia bertemu dengan Penciptanya,kita perlu terima.Tidak kira cepat atau lambat.Terima dengan penuh ikhlas dan redha.Bersedia atau tidak,kita juga akan pergi.Kita akan menyusuli dia.Kita semua bakal jenazah.”Murabbi Azmi mendiamkan diri sebentar.Seakan-akan seperti menahan sesuatu.

     “Ustaz,tiba-tiba ana rindukan akhi Thoriq.Bagaimana agaknya keadaannya disana?”Abdul Rahman bersuara lagi membuatkan semua ahli tertunduk.

     “Allahu..Abdul Rahman,ana pun rindu sangat dengan arwah.Wallahua’lam.Itu semua urusan Allah Taala.Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.Ana rindu akan  nasihat-nasihat dan untaian kata-kata hikmah arwah.Arwah begitu baik.Sesiapa pun pasti terpikat dengan akhlaknya.”Murabbi Azmi menjawab.

     “Amiinn..” semua ahli mengaminkan kata-kata Murabbi mereka.Masing-masing menahan sebak di dada.Lihatlah betapa kuat ikatan ukhuwah yang terjalin diantara mereka.
     
     Dalam bulatan yang sama,seseorang begitu menahan gelora kencang yang berombak di dada akibat nafas yang tidak turun naik kerana menahan sebak di dada.Tidak dapat ditahan,air matanya akhirnya melimpah jua.Ahli-ahli yang lain hanya memandang dengan wajah yang sugul menyelami perasaan yang sedang dirasai ‘dia’.

Murabbi Azmi memeluk tubuh Mustaqim erat sambil berkata,”Semoga kita bertemu dengan Thoriq di Syurga sana.”

..........(bersambung)

*********************************************************************************************

Wan Aira Atika binti Wan Mazlan,
Tingkatan 5B,
Madrasah Al-Attas Al-Arabiah Johor.





(: Syukran aala isti'daadikum liqira'ah :)


Wasiat Para Pengharap:)
29 March 2013 ? 0 Bismillah ?
Assalamualaikum,,

Find It In Your Own Backyard wallpaper for Standard 4:3 5:4 Fullscreen UXGA XGA SVGA QSXGA SXGA ; Wide 16:10 5:3 Widescreen WHXGA WQXGA WUXGA WXGA WGA ; HD 16:9 High Definition WQHD QWXGA 1080p 900p 720p QHD nHD ; Other 3:2 DVGA HVGA HQVGA devices ( Apple PowerBook G4 iPhone 4 3G 3GS iPod Touch ) ; Mobile VGA WVGA iPhone iPad PSP Phone - VGA QVGA Smartphone ( PocketPC GPS iPod Zune BlackBerry HTC Samsung LG Nokia Eten Asus ) WVGA WQVGA Smartphone ( HTC Samsung Sony Ericsson LG Vertu MIO ) HVGA Smartphone ( Apple iPhone iPod BlackBerry HTC Samsung Nokia ) Sony PSP Zune HD Zen ; Tablet 2 Android 3 DVGA HVGA HQVGA devices ( Apple PowerBook G4 iPhone 4 3G 3GS iPod Touch ) ; Dual 4:3 5:4 16:10 5:3 16:9 UXGA XGA SVGA QSXGA SXGA WHXGA WQXGA WUXGA WXGA WGA WQHD QWXGA 1080p 900p 720p QHD nHD ;
credit:)

Satu suara daripada satu sosok tubuh pernah berkata kepada saya satu masa dahulu:
   
"Anakku,,apabila kamu sudah dewasa nanti,bagaimana kamu mahu berguna kepada agama,negara,masyarakat dan diri sendiri?.."

     Kata-kata yang membina.
     Cukup kuat untuk saya bulatkan tekad untuk membina satu perubahan.
     Perubahan yang saya kira tidak akan sirna dengan izin-Nya.

     Persoalan itu seolah-olah meletakkan satu tanggungjawab terhadap diri saya,di mana persoalan itu jelas ditujukan kepada nasib sesuatu bangsa di tangan anak-anak muda.Agak terkesan hati saya setelah menafsir kata-katanya yang cukup mendalam.Maka,saya mula bangkit untuk mencari apa-apa yang mungkin boleh saya sumbangkan.Orang kata,mahu menyumbang,mesti mahu ada duit.Namun,saya hanyalah seorang pelajar.

apa yang saya ada?

     Kata akhuna Hilal Asyraff..bukan duit,duit yang sedikit juga tidak mengapa.Kita masih boleh menyumbang.

Maka,apa yang saya ada selain duit yang sedikit itu?

     Ya! itu dia..saya ada kemahiran untuk menulis,dengan menulislah saya mampu menyumbang untuk masyarakat.Saya ada facebook's page,dan dengan medan itulah saya jadikan medium untuk saya menyumbang kepada masyarakat.Apabila saya sudah menyumbang dengan tidak menjadikan duit sebagai penyelesaiannya,maka saya tidak punyai keperluan untuk memaksa diri anda menjadi kaya duniawi semata-mata untuk menyumbang kepada dunia.Oleh itu,saya tidak akan rasa miskin.Bahkan,saya akan rasa lebih 'kaya' dengan jalan yang berbeza iaitu 'kaya ilmu yang boleh disumbangkan' kerana ilmu tidak akan berkurangan jika saya agih-agihkan,,,kan?

Kiai Syukron Ma'mun
                                           
     Kata kiai Syukron Ma'mun lagi.."Rumpun bangsa melayu masa hadapan tidak akan ditentukan oleh kami,para kiai.Bahkan ketentuan itu terletak di telapak tangan kamu.Maka,genggamilah tangan kamu sekuatnya,jangan biar nasib bangsa melayu itu sendiri terlepas dari landasannya sekarang."

     Sekali lagi saya dapat rasakan  hangatnya tanggungjawab di telapak tangan anak muda.Memetik kata-kata kiai itu lagi,

     "Hijaunya nasib sesuatu bangsa tidak ditentukan oleh kami,para ulama'.Putihnya agamamu yang sedang kamu anuti ini yakni Islam,tidak diputihkan oleh kami,para kiai.Merahnya warna negaramu,tidak dicurahkan oleh kami,para habaib.Warna-warninya variasi warna masyarakatmu tidak dicorak oleh kami,para orang tua yang berada di hadapanmu ini!.Kami hanya memberikan kamu pena,maka dengan pena itulah kami tugasi kamu untuk mewarnakan sendiri nasib bangsa kamu.Kelak,kami juga akan meninggalkan dunia yang penuh dengan noda ini.Maka,kami tugasi kalian untuk menghapus noda-noda itu dengan hatimu,anak-anakku.."

     Kata-kata ini sukar untuk saya lupakan bukan kerana saya takut untuk ditanya kembali,bahkan kata-kata ini saya ingati kerana saya sayang akan bangsa saya.Dengan setiap bait-bait perkataan inilah saya jadikan panduan untuk saya terus maju ke hadapan membina nasib bangsa Melayu yang kian rapuh.Rapuh dengan kehadiran teknologi yang membunuh.Seharusnya,teknologi itu diasasi dengan taqwa kepada Allah,barulah semuanya akan tunduk dengan rasa perhambaan kepada Allah S.W.T.

                        

     Seringkali manusia akan terpesona dengan segala permainan di dunia ini.Permainan bisnes,permainan tradisional,permainan dalam beribadah dan yang sebaris dengannya.Segala permainan itu membuatkan kita buta dan pekak sehingga kita tidak pernah terasa bahawa segala permainan itu akan terhenti satu masa nanti.Tangisan dan gelak tawa tidak akan berterusan selamanya.Tangisan akan disilihkan dengan senyuman,dan begitu juga sebaliknya.Maka,menangislah kamu di waktu mudamu,agar kamu bisa tersenyum di waktu tuamu..

     Akhir kata,,kalau saya tidak mahu mendengar nasihat kiai ini untuk jangka masa sekarang,maka saya akan lihat sesuatu yang tidak ingin saya lihat pada mungkin 10 tahun akan datang.Sesungguhnya,hidup anak muda ialah dengan ilmu dan taqwa.Hiasi zaman mudamu dengan cahaya iman..Kutip iman para remaja yang tercicir lalu kembalikanlah kepada mereka,jangan simpan buat diri anda."Seandainya ilmu itu mampu diperolehi dengan angan-angan,maka tidak akan ada lagi orang bodoh di atas muka bumi ini.."

Sekian:)




(: Syukran aala isti'daadikum liqira'ah :)


Kelahiran Manusia Paling Utama:)
27 January 2013 ? 0 Bismillah ?
Assalamualaikum,,
 

                                           

     Belum pun sempat dia mengangkat belanga yang berisi seorang bayi itu,dek kerana kuatnya pancaran cahaya yang datangnya daripada tubuh bayi tersebut maka meletuplah belanga tadi kerana tidak tertahankan cahayanya yang begitu terang sekali.Maka,mata pun bertemu mata.Alangkah terpesonanya Abdul Mutalib melihat mata cucunya lantas menyebabkannya jatuh cinta kepada cucunya itu.

     Di satu sudut dunia yang lain pula,dunia kaum yang dikenali sebagai penganut agama Majusi gempar dengan terpadamnya api yang mereka sembah sejak 1000 tahun lalu yang gah memarakkan pengaruhnya.Istana-istana Parsi bergegar seketika mengejutkan penghuninya,menurut riwayat,14 tiang serinya runtuh dan keadaan istana itu retak teruk.Itu menandakan keadaan kerajaan Parsi yang bakal runtuh.Dalam waktu yang sama,Tasik Sava yang dianggap suci juga telah tenggelam ke dalam tanah.Setelah kelahiran bayi itu,tembakan bintang menjadi lebih kerap menandakan berakhirnya pengetahuan Syaitan dan Jin mengenai perkara ghaib di Sidratul Muntaha.

Siapakah bayi itu sehinggakan kelahirannya membuatkan dunia gempar buat seketika?

     Menurut riwayat daripada Abdul Mutalib,"Ketika aku berada di Kaabah,tiba-tiba semua berhala jatuh dan bersujud ke arah Kaabah..dan lalu aku mendengar suara daripada dinding Kaabah,"Telah lahir seorang nabi yang akan menghapuskan Jahiliyyah dan kekafiran,,dan dengan kelahirannya juga,dia akan mensucikan aku daripada berhala-hala di sekelilingku ini dan menyeru umatnya agar menyembah hanya yang Esa dan yang Maha Mengetahui segalanya..",,"

Anda masih berteka teki,?

izinkan saya beri pencerahan yang lebih cerah sedikit..:)

     Itulah dia sejarah kelahiran manusia utama di muka bumi ini,yakni Nabi Muhammad Rasulillah Sallallahi alaihi wa a'lihi wa sallim.Seorang nabi yang utama,Sayyidul Anbiya',Seorang nabi yang terakhir,Khotiman Nabiyy,dan umatnya merupakan seuntung-untung ummat sepanjang bumi ini berputar di atas paksinya.Seorang nabi yang tawadu',terkenal dengan sifat sabarnya,tersebar dakwahnya dengan akhlaknya,tertewasnya musuh-musuh dengan keberaniannya berkat doa-doanya,tertawan hati orang kafir melihat caranya dan kalah kewibawaan pemimpin yang setaraf dengannya melalui sifat zuhudnya.Malah,orang-orang barat sendiri mengiktiraf kepimpinan baginda sehinggakan mereka meletakkan nama "Prophet Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam" di tempat teratas dalam senarai Pemimpin paling berpengaruh sepanjang zaman.,*mata bersinar-sinar*


     Hal ini kerana corak tarbiyahnya yang berbeza dengan pemimpin-pemimpin yang lain ketika itu.Seorang pemimpin,ketua negara dan pembesar-pembesar pastinya sinonim dengan istananya yang besar,harta yang banyak,minuman yang enak-enak,makanan yang lazat serta,,*alah,anda pun tahu apa yang sinonim dengan pemimpin zaman sekarang kan?*,,tetapi baginda?baginda sanggup meninggalkan dunia dan seisinya kerana obsesinya cinta Rasulullah kepada Allah sehinggakan kunci dunia yang telah Allah berikan pun telah baginda tolak dengan baik.*Banglo?Swimming Pool?Kanopi?Ferari?,,hmm,petik jari je*.Menurut satu riwayat hadis,,
"Solat dua rakaat fajar itu lebih baik daripada seisi dunia ini,,"

Anda faham?,,Subhanallah!
Baiklah,disini saya pun tidak berniat hendak bercerita dengan lebih lanjut tentang sejarah kelahiran Rasulullah itu bagaimana dan bagaimana pula kisah hidupnya selepas itu.Cuma disini saya hendak ringkaskan sahaja dalam bentuk kisah-kisah yang menjadi nas kepada sifat-sifatnya yang selalu anda dambakan itu.
       Jika kita hendak meminang orang,pastilah kita mahu meminang orang yang baik keperibadiannya,luhur akhlaknya serta yang mempunyai sifat malu yang tebal.Sampaikan ada juga anak dara yang terlalu malu sehinggakan apabila dia terlihat lelaki dia akan segera menyembunyikan diri.Bukan setakat menyembunyikan diri sahaja,malah sanggup berlari-lari segera naik ke tingkat atas dan seterusnya anda akan mendengar bunyi "Gedebukk!,,aduh,"..seperti itu kah?

     Ibnu Umar R.A meriwayatkan bahawa terlampaunya sifat Rasulullah itu sehingga baginda tidak memandang tepat kearah wajah seseorang itu yakni baginda tidak merenung tepat kearah matanya.Abu Sa'id 

      Khudri (r.a) meriwayatkan bahawa :
"Sifat malu dan silu Rasulullah S.A.W mengatasi sifat seorang gadis sunti yang berada di sebalik purdah, "Jika Baginda S.A.W tidak menyukai sesuatu kami dapat mengenalinya melalui wajahnya : disebabkan sifat pemalunya yang bersangatan, Baginda S.A.W tidak suka menyatakan sesuatu yang Baginda S.A.W tidak suka".

#bagaimana?anda ada?saya pun kurang daripada itu..itulah Kitabul Haya'

     "Haih,,apa pasal lah macam tak sedap je lauk hari ni,,"Anda merungut.Kalau merungut dalam hati itu pun apalah kurangnya.Tapi ni haa,,dia bagi open mouth sahaja rungutannya.Tak kecil ke hati orang yang masak lauk tu?Kalau anda yang masak lauk itu,pasti anda akan segera menghempuk periuk tepat ke mukanya kan?

     Suatu hari Rasulullah s.a.w didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya. Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah s.a.w seulas demi seulas dengan tersenyum.

     Biasanya Rasulullah s.a.w akan menjemput para sahabat makan bersama apa yang diterimanya, namun kali ini tidak. Tiada seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah s.a.w terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah s.a.w itu.

     Lalu mereka bertanya mengapakah Rasulullah tidak menjemput mereka makan limau yang nampak sedap itu. Dengan tersenyum Rasulullah s.a.w menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya."


#Rasa terpukul tidak dengan akhlak Rasulullah?~Kitabul Adab

     Anda rasa seperti hendak pukul sahaja budak yang selalu mengejek anda.Di dalam otak anda sekarang cuma bermain-main gambaran kepalan penumbuk anda tepat dilepaskan ke mukanya,lalu tercabut giginya.*Sungguh mendalam fikiran itu..*.Haih,,tariklah segera fikiran seperti itu..Kita renung cara Rasulullah..

     Menurut riwayat,setiap hari Rasulullah S.A.W. akan pergi ke pasar bagi meneruskan rutin hariannya memberi makan kepada seorang pengemis yahudi yang tua dan buta..Apa yang menjadikan Haibah Rasulullah itu meninggi ialah,setiap hari dia memberikan makanan kepada orang tua yang buta itu,dia akan sentiasa diingatkan oleh pengemis itu agar menjauhkan diri daripada seorang yang bernama MUHAMMAD.

"Wahai saudaraku jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya,"
     Subhanallah!apa yang Rasulullah lakukan?

    Rasulullah terus menyuapkan makanan kepada pengemis itu tanpa berkata walau sepatah pun.Rasulullah melakukannya setiap hari tanpa berkata walau sepatah pun,dan tidak pernah menyimpan dendam terhadapnya sehinggalah kewafatan baginda..Allahu Akbar!

#Kalau ada manusia jenis seperti itu yang perlu anda hadapi,pasti esoknya akan keluar berita,,"Mayat seorang pengemis buta ditemui di dalam sebuah longkang kejiranan..",,anda pasti boleh sabar sepanjang hayat?



     Saya rasa sifat-sifat keperibadian Rasulullah yang saya tampilkan ini sudah cukup untuk membuatkan anda terduduk kan?Sebenarnya,beribu-ribu lagi keperibadian Rasulullah yang belum saya senaraikan dan berpuluh ribu hadis belum saya susunkan untuk anda.Namun,saya rasa sudah cukup panjang tulisan ini memandangkan waktu yang di'spend'kan di rumah sudah hampir tamat.Sebentar lagi mahu pulang asrama.

                                 
I Had Fun Once It Was Awful wallpaper for Standard 4:3 5:4 Fullscreen UXGA XGA SVGA QSXGA SXGA ; Wide 16:10 5:3 Widescreen WHXGA WQXGA WUXGA WXGA WGA ; HD 16:9 High Definition WQHD QWXGA 1080p 900p 720p QHD nHD ; Other 3:2 DVGA HVGA HQVGA devices ( Apple PowerBook G4 iPhone 4 3G 3GS iPod Touch ) ; Mobile VGA WVGA iPhone iPad PSP Phone - VGA QVGA Smartphone ( PocketPC GPS iPod Zune BlackBerry HTC Samsung LG Nokia Eten Asus ) WVGA WQVGA Smartphone ( HTC Samsung Sony Ericsson LG Vertu MIO ) HVGA Smartphone ( Apple iPhone iPod BlackBerry HTC Samsung Nokia ) Sony PSP Zune HD Zen ; Tablet 2 ;
Saya takkan boleh lari daripada Haibah Rasulullah:)q

     Maka bagaimana?sekadar inilah pengisian kita pada kali ini.Semoga dengan pengisian ini bakal menambahkan lagi kecintaan kita kepada Rasulullah S.A.W. dan diharap agar diri ini dan diri anda semua bakal menerima sifat Rasulullah serta menerapkan dalam kehidupan seharian kita di atas paksi yang semakin mencabar ini.

Sekian:)
   







   









(: Syukran aala isti'daadikum liqira'ah :)




Older Post



// Copyright by Muslim

Tutorial Here