Islam.Inside
Eid Sa'id :)
19 August 2012 ? 0 Bismillah ?
Assalamualaikum..
عيد السعيد.. كل عام وانتم بخير
                  Kullu 'Am Wa Antum Bikhair

    Rukun Islam ketiga yang telah disyariatkan kepada umat Muslim telah pun ditunaikan pada bulan Ramadhan yang madhi.Ketika Ramadhan,kita diajar supaya mentarbiahkan diri untuk menuai pahala yang sebenarnya telah dihulurkan oleh Allah secara percuma.Terpulang bagi sesiapa sahaja yang mahu menerimanya dengan rahmat Allah ataupun membiarkannya sambil berlalu begitu sahaja.Maka amat rugilah hamba itu kerana tidak merebut saham untuk ke syurga.

 
   
      Kini setelah Ramadhan pergi meninggalkan kita,tiba giliran Syawal menggantikan Ramadhan yang dianggap  sumber pendapatan bagi kanak-II.Bukan kanak-II sahaja,~jika kanak boleh diterima~,bahkan remaja yang sudah 'tua bangka' pun mahu minta duit raya~antum bukan Upin Ipin kan?~.Definisi hari raya menurut pemikiran remaja sekarang telah dicemari oleh budaya memberi angpau malaya ataupun duit raya yang telah diamalkan oleh orang-II melayu dahulu.Kalau sampai di rumah orang sahaja,kuih raya hanya dipandang sahaja.
"Kenapa tak makan dik,..?tak sedap eh,,?"                                                                                   "Eh,tak la,,sedap cik,,sedap.Tapi,kita orang dah nak balik la.."
    Baru sahaja duduk sudah mahu balik,hebat!..anak-II sekarang memang hebat berjenaka ==".tahu-II sahaja sudah mahu salam-salaman.Ada yang lagi hebat berjenaka,haha..
"Assalamualaikum!cik,,oh cik,..nak DUIT RAYA,,"

     Sudahlah,sudah!,,antum tahu atau tidak maksud Hari Raya Aidilfitri itu?
Aidilfititri disambut untuk meraikan hari fitrah,yakni kembalinya kesucian diri kita.Menurut hadis Rasullulah;
"Allah mewajibkan puasa Ramadhandan mensunnahkan solatpada malam harinya.Barangsiapa yang berpuasa dan solat malamdengan mengharapkan keredhaan Allah,maka dia keluar daripada dosanya seperti bayi yang baru dilahirkan oleh ibunya"(HR Ahmad).


     Sesiapa yang mengumpulkan pahala yang banyak dan keampunan pada bulan Ramadhan,sehingga satu tahap mampu mencapai seperti bayi yang baru lahir.Bayi kan suci?Bayi kan lahir dalam keadaan fitrah.itulah yang dimaksudkan dengan Perayaan Fitrah.Kembali kepada fitrah kita,dan tampil sebagai manusia baik dan suci.Sebaik-baiknya bermaaf-maafan sesama manusia.Aidilfitri juga puncak kemenangan antara manusia dan nafsu.Manusia yang didorong oleh akal yang bijak dan bertaqwa,maka dia tidak akan tunduk kepada hawa nafsu didikan syaitan.Untuk pengetahuan antum,Allah telah mencipta akal dan nafsu sebelum kejadian manusia dimana ketika itu akal apabila ditanya oleh Allah;
"Siapa Aku dan siapa engkau..?"
maka akal menjawab;
"Engkau tuhanku dan aku hambamu.."
Akal menjawab dengan  keadaan patuh terhadap Allah S.W.T.bagaimana pula dengan nafsu?Allah bertanya kepadanya;
*"Siapa Aku dan siapa engkau"                                                                                                                #Pada mulanya; "Engkau adalah engkau dan aku adalah aku"
Lalu Allah mencampakkannya kedalam neraka untuk beberapa seketika.Kemudian mengembalikan ke tempat asal dan Allah bertanya kembali;
*"Siapa Aku dan siapa engkau"                                                                                                                #Nafsu menjawab;"Engkau adalah engkau dan aku adalah aku"
 Allah mencampakkannya kedalam neraka sekali lagi untuk beberapa seketika.Kemudian mengembalikan ke tempat asal dan Allah bertanya kembali;
*"Siapa Aku dan siapa engkau"                                                                                                                 #Nafsu menjawab lagi;"Engkau adalah engkau dan aku adalah aku"
 Untuk kali ketiga,Allah mencampakkannya kedalam neraka sekali lagi untuk beberapa seketika.Kemudian mengembalikan ke tempat asal dan Allah bertanya kembali;
*"Siapa Aku dan siapa engkau"                                                                                                     #Akhirnya;"Engkau tuhanku dan aku hambamu,jangan engkau menyeksaku lagi." 
  Lihat,betapa degilnya nafsu,sehinggakan mampu memesongkan hati kita jika kita tidak bekerjasama bersama akal untuk menundukkan hawa nafsu.Tidak perlu menghayati cerita ini,lihat sahajalah diri sendiri.Adakah hawa nafsu yang meliputi tubuh kita mampu dikawal.?#tanya sama tuan punya badan lah~

                     
Bermaaf-maafan amalan mulia


    Baiklah,berbalik kepada definisi hari raya..kunjungan kita ke rumah jiran ataupun sanak-saudara bertujuan tidak lain dan tidak bukan hanyalah sekadar bermaaf-maafan disamping ziarah bertanyakan khabar dan mendoakan tuan rumah.itu sahaja.Bukannya menuntut duit raya.Duit raya sebagai hadiah,jika dapat Alhamdulillah,,bukannya merungut jika dapat sikit.Duit Raya bukannya upah sebab tolong makan kuih raya.

     Bak kata Akhuna Hilal Asyraff,,"Aidilfitri,merayakan siapa?"..Adakah ia disambut sempena mahu membalas dendam ketika bulan Ramadhan dahulu yang penuh dengan susah payah?jika antum berfikiran begitu,,tukarlah,.Aidilfitri ialah perayaan untuk mereka-II yang kembali kepada fitrah setelah dididik dengan tarbiah daripada Ramadhan agar menjadi lebih bersih,lebih bertaqwa untuk bertemu denganNYA.Kata Akhuna lagi,Aidilfitri hanyalah untuk orang yang menjadikan Ramadhan sebagai medium untuk berubah.Bukan merayakan Ramadhan semata-mata hendaklah beraya.Ramadhan ialah bulan tarbiah,bulan yang menghasilkan graduan-II yang berjaya berubah menjadi lebih cool dihadapan Allah.

   Itulah Aidilfitri yang sebenarnya.Kerana itu,Aidilfitri cuma sehari.1 Syawal sahaja.Meraikan kegembiraan mendapat scroll ijazah taqwa dan ijazah muhasabah diri yang telah dilaksanakan sepanjang bulan Ramadhan yang lepas.Ubahlah pandangan kita terhadap tujuan Aidilfitri.Ramadhan yang baharu sahaja lepas,tidak boleh berbuat apa melainkan muhasabah diri untuk membuat persediaan Ramadhan yang akan datang supaya dapat merebut gulungan scroll ijazah pada 1 Syawal tahun depan.

 
Penting untuk mencapai kejayaan di dunia mahupun di akhirat

       Berdoalah supaya Allah memanjangkan umur antum dalam kerahmatan dan penuhi umur antum dengan ibadah kerana umur yang diisi dengan perkara yang tidak berfaedah bukanlah dipanggil umur.Jangan jadikan umur antum itu lagha.Sama-II kita mengingati dan sama-II kita mengahayati.

#Ana menyusun 11-1 jari memohon keampunan dan keredhaan antum semuanya sekiranya sesiapa yang mengenali ana ada terasa dikecilkan oleh ana sehingga antum terkecil hati.{macam mana itu?}

~Selamat Hari Raya Aidilfitri,,Maaf Zahir dan Batin~

Sekian:)

 






(: Syukran aala isti'daadikum liqira'ah :)




Older Post . Newer Post



// Copyright by Muslim

Tutorial Here