Islam.Inside
Perhatikan Bulan
15 August 2014 ? 1 Bismillah ?
`` Selalukah kita melihat bulan mengambang ? Saya suka apabila bulan mengambang  . Saya akan terasa seperti itulah makhluk terindah di dunia yang pernah saya lihat . Cantik, berseri, dan sinarnya menyenangkan . Namun, ada sesuatu yang besar saya dapati semasa memerhatikan bulan yang indah itu ``                                                        °BULAN YANG HODOH°    Bulan . Walaupun indah, tetapi kita,mengetahui hakikat dirinya . Bulan adalah sejenis makhluk yang tidak mempunyai kehidupan di dalamnya . Tidak mempunyai air, tiada oksigen, berwarna kelabu hodoh, penuh berdebu dan banyak lekak-lekuk . Hakikatnya, bulan tidak menarik. Jadi, apakah yang membuatkan kita terpukau dengan bulan semasa bulan mengambang ? "Cahayanya" .  °BULAN TANPA MENTARI GELAP & HODOH° sekiranya tidak memantulkan cahaya mentari, bulan hanya,makhluk hodoh yang buruk . Begitulah manusia, apabila tidak memantulakan Islam dalam kehidupannya, hanya menjadi mereka yang rugi.                    Allah s.w.t menyatakan dalam surah Al Imran ayat 85 yang bermaksud :  `` Sesiapa yang mencari jalan hidup selain Islam, maka tidak akan diterima segala amalannya, dan dia di akhirat kelak tergolong dalam kalangan orang yang rugi ``          Bagaimana pula dengan kita ? Hendak kekal hodoh ? Ataupun hendak bersinar indah seperti bulan ? Bersinar indah seperti di hadapan Allah s.w.t yang mempunyai nama Ar Rahman . ° JADILAH SEPERTI BULAN ° Hakikatnya kita perlu mengambil pengajaran daripada bulan . Ketahuilah kita ini manusia. Banyak kekurangan . Kita hodoh dan buruk hakikatnya dihadapan Allah s.w.t . Sangat kerdil, lemah dan hina . Itulah hakikat kita .  Tetapi, apakah yang menjadikan seseorang itu benar-benar mulia ?       `` Islam ``  Mari kita lihat Rasulullah s.a.w . Baginda miskin orangnya, pakaian Baginda ada yang berjahit, dan rumah Baginda kecil . Tetapi, mengapa Rasulullah s.a.w ini menyenangkan ? Mengapa sesiapa yang melihatnya akan terus jatuh cinta dan tertawan ? Sekiranya diperhatikan, kelebihan Baginda adalah pada akhlaknya yang halus . Hal ini kerana Baginda mempunyai peribadi yang indah . Dan peribadi Baginda itu , adalah pantulan daripada hakikat Islam yang sebenar . Saidatina Aisyah r.a. berkata ``Akhlak Rasulullah s.a.w. itu adalah Al Quran`` ..




(: Syukran aala isti'daadikum liqira'ah :)




Older Post



// Copyright by Muslim

Tutorial Here